Perak lagi untuk Datuk Lee Chong Wei

Tanggal 20/8/2016 , hari sabtu jam 10.15 malam waktu Malaysia , harapan menggunung rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong Wei ( DLCW ) memenangi emas olimpik pertama Malaysia tidak berjaya dijelmakan. Permainan mantap dan kawalan gelanggang yang sempurna oleh Cheng Long memastikan DLCW tewas straight set 18-21 , 18-21. Usaha gigih dan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh DLCW masih belum mampu menandingi kehebatan Cheng Long.


 Datuk Lee Chong Wei

Perlawanan badminton olimpik Rio 2016 bermula pada 11 Ogos 2016 , bertempat di Riocentro Pavilion 4, Riocentro - Av. Salvador Allende - Barra da Tijuca, Rio de Janeiro - RJ.

Keputusan perlawanan DLCW yang membawa perak buat negara :

11 Ogos - DLCW vs Soren Opti ( SUR )  21-2 , 21-3
14 Ogos - DLCW vs Derek Wong ( Singapore ) 21-18 , 21-8
17 Ogos - DLCW vs Chou Tien Chen ( Taiwan ) 21-9,  21-15
19 Ogos - DLCW vs Lin Dan ( China ) 15-21 , 21-11 , 22-20
20 Ogos - DLCW vs Cheng Long ( China ) 18-21, 18-21

Pingat perak utk DLCW

Mengimbas kembali penglibatan DLCW dalam sukan olimpik , beliau mula melayakkan diri ke olimpik pada tahun 2004 Olimpik Athens , Greece.

Langkah olimpik DLCW 

Tahun 2004 , Athens

16 Ogos - DLCW vs Ng Wei ( Hong Kong ) 15-3 , 15-13
17 Ogos - DLCW vs Chen Hong ( China ) 11-15 , 15-3 , 12-15
Kejuaraan dimenangi oleh Taufik Hidayat dari Indonesia yang menewaskan Sho Sheong Mo dari Korea Selatan dengan keputusan 15-8 , 15-7

Tahun 2008 , Beijing

11 Ogos - DLCW vs Ronald Susilo ( Singapore ) 21-13 , 21-14
12 Ogos - DLCW vs Kestustis Navickas ( Litunia ) 21-5, 21-7
14 Ogos - DLCW vs Sony Dwi Kuncoro ( Indonesia ) 21-9 , 21-11
15 Ogos - DLCW vs Lee Hyun II 21-18 , 13-21 ,21-13
17 Ogos - DLCW vs Lin Dan ( China ) 12-21 , 8-21
Kejuaraan dimenangi oleh Lin Dan dari China

Tahun 2012 , London

30 Julai - DLCW vs Ville Lang ( Finland ) 21-8 , 14-21 ,21-11
01 Ogos - DLCW vs Simon Santoso ( Indonesia ) 21-12 , 21-8
02 Ogos - DLCW vs Kasyap Parupalli ( India ) 21-19 , 21-11
03 Ogos - DLCW vs Cheng Long ( China ) 21-13 , 21-14
05 Ogos - DLCW vs Lin Dan ( China ) 21-15 , 10-21 , 19-21
Kejuaraan dimenangi oleh Lin Dan dari China

Tahniah DLCW!!!!, walaupun hanya mampu menggapai pingat perak tetapi keazaman dan kesungguhan untuk menang perlu dicontohi oleh semua atlet negara Malaysia. Semoga emas akan muncul di Tokyo 2020 nanti.








Info@Philately: New Stamp Issue 10/2016 | SEVEN WONDERS OF MALAYSIA'S FLORA & FAUNA | Date of Issue/Sale: 23.08.16

Untuk pengetahuan semua , Pos Malaysia akan mengeluarkan set setem kenangan isu " Tujuh Keajaiban Flora dan Fauna Malaysia "pada 23 Ogos ini. Sebagai pemegang akaun SODA , aku memang tidak sabar menunggu setiap keluaran setem terbarunya setiap bulan. 


Segala pertanyaan , bolehlah berhubung dengan :


Mohd Zainuddin Noor Rosdy (Moza)
Sales & Marketing, Online Services & Creative
Stamp & Philately Unit, Pos Niaga

Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t:              +603 2267 2002
f:              +603 2694 2139

Perth - Lancelin Sand Dunes & The Pinnacles Desert


Malam tadi, pn isteri bertungkus lumus mencanai karipap untuk sajian esok hari. Rajin pulak pn isteri nie, di Perth pun berusaha membuat karipap kentang. emmm sedap gak tu bolehlah bila lapar aje nanti boleh kunyah-kunyah karipap ni, bukannya apa sebab perjalanan hari ini akan mengambil masa yang lama.

Awal pagi ini, pn isteri sibuk di dapor memasak nasi dan goreng karipap kentang, hari ini kami akan makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis yang pn isteri buat sebelum berangkat ke Perth. Makanan yang telah siap tu, kami masukkan ke dalam tupperware untuk bekalan makanan tengahari dan kudapan semasa memandu nanti. Sebelum memulakan perjalanan, aku sibuk meneliti google map bagi meneroka jalan yang akan dilalui nanti. Perancangan lokasi hari ini adalah Lancelin Sand Dunes dan The Pinnacle Desert yang terletak di Nambung National Park, namun sekiranya bertuah nanti dapatlah kami melihat sunset di sana...idaman tu.


Segala persiapan (bekalan makanan, air mineral, air botol besar, tikar lipat, baju sejuk tapi takder lah baju sejuk yang tebal gitu, baju sejuk biasa-biasa aje agar tidak kesejukan di malam hari)  dimasukkan ke dalam kereta. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 8.30 pagi dan bergerak ke laluan yang sama seperti semalam iaitu haluan ke Yanchep. 

Perjalanan ke Lancelin ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan pemandangan ke sana sungguh mendamaikan, tiada kesesakan lalulintas dan sesekali ternampak ladang lembu di bahu jalan. 

Sampai di Lancelin Town, kami singgah di kedai ala-ala seven eleven gitu untuk menyewa Sand board dengan kadar AUD10 bagi tempoh satu jam, kami menyewa untuk dua jam. Kami meneruskan perjalanan melalui kawasan perumahan sebelum sampai ke Lancelin Sand Dunes. Sayup-sayup daripada jauh kelihatan kawasan meluncur pasir nie...yessss..akhirnya kami berjaya sampai. Kereta perlu diletak di kawasan yang bersesuaian agar tidak terkandas di pasir...huhuhu. 



Pandangan sisi belakang 

Setelah puas bermain luncur pasir, kami pun bertolak ke kedai di tempat kami menyewa sand board untuk memulangkan semula sand board dan mengambil semula wang deposit. 

Perjalanan diteruskan semula ke destinasi seterusnya iaitu The Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park. Di sini diingatkan agar memandu berhati-hati kerana terdapat binatang liar melintas secara tiba-tiba terutama kanggaroo, ular dll. Sepanjang perjalanan ini, kami sentiasa berwaspada bukan apa risau gak kami kalau tetiba berlanggar dengan kanggaroo. Di sepanjang perjalanan ke Pinnacle ini, terdapat juga bangkai kanggaroo di tepi jalan. kesian nyer kanggaroo tu. 

Terpaku dan terpukau sejenak kami menikmati keindahan alam semulajadi pemandangan gurun dan tumbuhan renek di Nambung ini. Indahnya ciptaan tuhan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih disebabkan kami berhenti rehat di bahu jalan yang agak lebar untuk makan dll urusan.



Alhamdulillah sampai juga kami  akhirnya di destinasi The Pinnacle Desert. nampak merah aje saujana mata memandang..huhuhu. The Pinnacle Desert ini dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Tip:- The Pinnacle Desert ini terletak di tengah-tengah Nambung National Park dan masa terbaik untuk melawat di kawasan ini adalah sekitar bulan September hingga Oktober kerana tumbuhan liar mekar berkembang dan nampak cantik pemandangannya.


Setelah puas menikmati keindahan gurun ini dengan fenomena batu tergantung ini, kami pun bertolak pulang ke Marranggaro. Sepanjang perjalanan ini, kami berdoa agar berpeluang berjumpa dengan sunset yang cun. Tarraaa, inilah hasilnya.


Perjalanan ke Marranggaro mengambil masa 3 jam...sejuk dan letih. 

Perth - Yanchep National Park & Two Rocks Beach



Bangun seawal 4 pagi untuk sembahyang Subuh dan kemudian pn Isteri buat sarapan dan bekalan untuk makan tengahari. Hari ni buat sandwich dan nasi goreng. Alhamdulillah siap sudah bekalan makanan tengahari dan kami masukkan ke dalam tupperware untuk makanan tengahari. Bukan apa, kami tak mau pening-pening mencari makanan sebab sukar mendapatkan makanan halal sepanjang perjalanan nanti.

Hari ini kami bercadang pergi ke Yanchep National Park. Kereta dipacu dengan berpandukan GPS. Emmm berdebar gak ler nak memandu di Perth ni. Perjalanan nampak mudah lagi sebab kami menggunakan aplikasi Google Map. Jalanraya di Perth nie mesra pengguna dan pemandu di sini semua berhemah. Lebih kurang 45 minit perjalanan kami pun sampai di Yanchep National Park. Berbekalkan pamplet yang diberi kami mengunjungi dan menikmati suasana nyaman di taman ini.  


Kami meletakkan kereta di tempat yang disediakan. Banyak lot parking disediakan untuk pengunjung taman ini, tidak ketinggalan juga tandas awam pun banyak di sekitar taman Yanchep National Park ini. Banyak juga tempat duduk disediakan untuk pengunjung beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Burung-burung di sini semua jinak-jinak dan kebanyakkan mendekati pengunjung untuk mendapatkan sedikit makanan daripada pengunjung. Kami duduk di satu sudut dan membuka bekalan makanan...taraaa sandwich dan air kopi. baru aje nak suap makanan terus pelbagai spesis dan itik datang mendekati kami. Teruja kami makan sambil ditemani burung-burung liar, seronok plus takut..bukan apa risau gak kalau makanan kami diambil oleh burung-burung liar ni.



Tidak ketinggalan juga, kanggaroo liar berkeliaran di sekitar taman ini, kami cuba mendekati kanggaroo ini tapi sukar sekali, bila dekat kanggaroo terus lari. emmm tension betul lah. Berkali-kali cuba snap shot gambar kanggaroo ni dengan posisi yang cun tapi hampeh...bila dekat dia lari. namun akhirnya berjaya juga le..yes.


Kami meneruskan perjalanan di sekitar taman ni, luas sungguh dan pelbagai spesis tumbuhan-tumbuhan dan pokok hutan ada di sini. Kami menyusuri pokok-pokok yang ada di sini bagi melihat tempat koala, namun hampa sebab koala hanya dilepaskan kepada tatapan pengunjung pada jam 3.00 petang. tak sanggup le nak menunggu huhuhu melepas lagi.


Berjalan dan berjalan lagi dan kami sampai di pusat penerangan. Di sini ada dijual tiket untuk melihat pertunjukan dan pelbagai pakej untuk para pengunjung membuat pilihan dan menikmati acara yang disediakan di Yanchep National Park ini. Kami melihat-lihat pelbagai cenderamata yang ada dijual di dalam premis ini.


Seterusnya kami mengambil kereta untuk meneruskan perjalanan menikmati keindahan alam semulajadi di taman, dengan berpandukan peta yang dibekalkan itu kami menuju ke lokasi Crystal Cave. Menariknya di sini kami dapat melihat pelbagai pokok renek yang kami tidak pernah jumpa. Sempat gak kami snap shot gambar-gambar pokok untuk tatapan semua.

Simbolik pintu gerbang Crystal Cave



Kami dibawa oleh pemandu pelancong untuk mengembara di Crystal Cave ini. Kami diceritakan mengenai sejarah kewujudan gua ini dan siapa yang menjumpai gua ini. Pelbagai ilmu  pengetahuan mengenai gua ini kami dapat perolehi dan dapat melihat keindahannya dengan mata kasar kami. Sungguh indah dan menakjubnya ciptaan tuhan. Kami hanya dibenarkan untuk mengambil gambar tanpa lampu flash. Ini bagi mengelakkan side effect dan meminimakan kerosakan crystal tersebut.

Crsytal Cave



Selepas selesai lawatan di Crystal Cave,kami berehat dan makan tengahari. Selesai makan, kami pun keluar dari Yanchep National Park dan menuju ke Two Rocks Beach. Berbekalan aplikasi Google Map kami mencari lokasi pantai ini. Kami melalui kawasan perumahan dan akhirya berjaya berjumpa dengan Two Rocks Beach. apa lagi teruslah kami meronda-ronda..pantainya sangat cantik.


Keindahan pantai Two Rocks yang amat mengasyikkan

Pn Isteri sempat berposing disebalik batu 

Perth - hari pertama


Hari yang dinanti-nanti telah tiba, risau gak jikalau terlepas flight. Al maklum ler nak pergi ke luar negara @@@@PERTH@@@@. dok dak dok dak degup jantung. Sebelum bertolak kena jugak semak checklist perkara-perkara yang penting, jangan sampai tak dibawa pulak, nanti tak boleh berlepas. Segala persiapan diteliti dan dirapi, antaranya:-

1. Tiket dan Passport
2. Visa
3. Duit Australia Dolar
4. Bekalan Makanan
5. Pakaian
6. Peralatan Kecantikan
7. Key lock bag
8. Kamera
9. Kasut extra
10. Botol air
11. Lesen Memandu
12. Kad Kredit

Kami bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang KLIA 2 dalam jam 8.00 malam. Kami sampai di KLIA sekitar jam 9.00 mlm. Perlu sampai awal agar tidak kelam kabut untuk pendaftaran bagasi dan pemeriksaan Kastam dan sebagainya.  Perjalanan bermula dari KLIA 2,  jam 12 malam dan tiba di Perth International Airport sekitar jam 5.30 pagi. Perjalanan mengambil masa 5 jam 30 minit. perhhh lama dalam kapal terbang tu weiii, tidur pun tak lena tapi mata mengantuk tahap gaban,rasa letih yang amat. Di atas kapal terbang, kami perlu isi 'Declaration Form', so kalau tak faham atau tak yakin ,bolehlah bertanya pramugari/pramugara.  Mendarat aje di Perth, kami perlu melalui pemeriksaan Imigration  dengan menyerahkan 'Declaration Form' dan passport. sesi soal jawab pun bermula. Selesai aje terus melalui pemeriksaan keselamatan. 

Perth International Airport 

Mata mengantuk tapi langkah kaki perlu diteruskan, kami terus mencari Simcard 3G voice plus data, di situ hanya ada vodafone prepaid. Kami terus beli simcard prepaid dan register. Keluar terminal ajer kami terus disapa oleh Hj Yon.

Sekitar bandaraya Perth 

Dalam perjalanan ke Homestay , kami dibawa sekitar bandaraya Perth. Lengang jer dan tak sibuk. Suasana damai dan nyaman. Bandaraya nampak tersusun , kemas dan bersih.

Kami menyewa Homestay dengan Hj Yon. Kalau kau orang nak tau, Hj Yon adalah orang Malaysia dan beliau telah lama menetap di Perth, Australia. Kami dijemput oleh Hj Yon dan dibawa terus ke rumah Homestay di Marranggaroo Perth. Sampai di rumah Homestay kami terus tidur, balas dendam beb ngantuk giler. 

Homestay yang cantik

Cuaca di Perth adalah cerah dan suhu sekitar 20 C. Selepas dah segar skit, kami pun terus mencari kedai sewa kereta. Kami berjalan kaki menyusuri kawasan perumahan dan mencari kedai kereta sewa. Jaraknya adalah lebih kurang 1 km sahaja. Disebabkan suasana nyaman dan segar , perjalanan kami terasa menyeronokkan.

Laluan jalankaki 

 Kedai kereta sewa

  Perlu kad kredit termasuk juga lesen memandu Malaysia utk proses sewa kereta . Beberapa pakej boleh dipilih bergantung kepada jarak dan masa perjalanan yang telah dirancang

Pamplet yang disediakan untuk panduan pelancung dan semuanya adalah percuma

Di sini pentingnya lesen memandu dan kad kredit. Selesai urusan sewaan kereta, kami pun terus menuju ke kedai untuk mencari makanan dan daging dan ayam halal di sekitar Mirrabooka.
Kedai sekitar Mirrabooka

Pada malam hari kami ronda-ronda sekitar kawasan tu , ingatkan ada kedai makan macam kedai mamak kat Malaysia ni , rupanya semua dah tutup sekitar jam 7 malam. Kami hampa dan terus balik ke rumah , tengok tv dan tidur untuk perjalanan esok hari pula.



Pertukaran Airbag Honda

13/8/16 - Sabtu

Setelah selesai 'booking' untuk pertukaran airbag pada pagi rabu , kami terus ke Autoworld Asia Honda services center di Sg Plong. 


Surat panggilan dari honda 

Kami sampai tepat-tepat jam 10:30 pagi. Kelihatan ramai 'customer' menunggu giliran nombor mereka dipanggil. Walaupun aku sudah booking , tapi kena ambil no giliran juga , leceh betul. Jadi tak guna lah booking awal-awal lain kali , sama jer dengan orang yang tak booking.

Nombor giliran kami adalah 3006 , sekarang baru 3002 so kena tunggu la dulu. Sementara menunggu tu kami sempat menjamah nasi lemak dan milo panas yang disediakan oleh pusat servis tersebut. Nasi lemak dia memang sedap sampai 2 bungkus sorang kami makan , lagipun memang kami belum bersarapan lagi , memang lapar la pada masa tu.

 Nasi lemak dan milo suam , memang sedap dan lazat

Miza sempat membaca novel 

Setelah no giliran dipanggil dan data dimasukkan ke dalam komputer , kerani memberitahu pertukaran airbag baru mengambil masa selama 1 jam 30 minit .

Service Order ...semuanya percuma
Kereta kami yang sedang diservis 

Dalam masa menunggu tu , kami sempat juga pergi ke tingkat 1 untuk melihat kereta-kereta honda baru yang dipamerkan di situ. Pn Isteri berminat pula dengan kereta HRV baru tu , harga yang paling murah adalah dalam 99,000 ++ seunit. Kami dilayan oleh seorang salesgirl yang comel bernama Yap Lee Peng. Beliau menerangkan tentang spesifikasi kenderaan serta bayaran yang perlu dibayar jika hendak membeli HRV ni. Bayarannya sekitar RM1165.75 sebulan selama 9 tahun , kalau 0% bayaran pendahuluan. 

Setelah sejam lebih kami di 'showroom' , kami pergi semula ke tingkat bawah untuk melihat kenderaan kami , samada sudah selesai di servis atau belum. Kami terus ke kaunter bayaran , dan kerani mengatakan kereta sudah siap diservis dan boleh dibawa pulang dengan 0 bayaran. Kami pun pulang dengan hati yang girang sebab airbag yang sebelum ini boleh membawa maut  akhirnya telah ditukar dengan percuma.

Terima Kasih HONDA .

Persahabatan Badminton - PABC vs Saujana Utama

12/8/16 - Jumaat malam sabtu

Sebelum perlawanan malam tadi ,pasukan kami telah banyak kali diajak oleh pasukan lawan dari Saujana Utama untuk perlawanan persahabatan badminton , tetapi disebabkan selalu jer tak cukup pemain , itu yang menyebabkan perlawananan persahabatan tu selalu tak jadi. Malam tadi kami berjaya juga mengumpul seramai 10 pemain , cukup-cukup lah dalam 5 regu , so bolehlah kami berentap dengan pasukan dari saujana tu. Perlawanan bermula pada jam 10:15 malam.

Pasukan PABC dan Saujana Utama bergambar bersama sebelum perlawanan bermula , aku dan haji belum sampai lagi , teruk la diorang ni tak sabar-sabar nak bergambar
Mizi dan Jonet berjaya memenangi perlawanan pertama

Perlawanan pertama : Mizi dan Jonet menang sebab lawan mengalami kecederaan dalaman dan tidak mampu untuk bertarung dalam set penentuan ( 1-0 )

Cg Wan dan Haji , bernasib baik malam ni

Perlawanan kedua : Cg Wan dan Haji menang perlawanan penentuan dengan hanya perbezaan 2 mata - 23/21 ( 2-0 )

Kia dan Mohidin tewas tapi tewas bermaruah. 

Perlawanan ketiga : Kia dan Mohidin tewas straight set dengan pasukan lawan ( 2-1 )

Abg Lan dan Shah menang mudah malam ni

Perlawanan keempat : Abg Lan dan Shah menang straight set dengan pasukan lawan ( 3-1)

Mazli dan Midi juga menang mudah malam ni , baju pasukan ada tapi tak boleh pakai pula sebab diorang tersilap beli saiz kecik aduss, kuciwa betul

Perlawanan kelima : Mazli dan Midi juga menang straight set dengan pasukan lawan ( 4-1 )

Pasukan kami telah menang 4-1 , keputusan ini boleh dikatakan agak membanggakan kerana sebelum ini pasukan lawan belum pernah tewas bila diorang friendly dengan pasukan sekitar puncak alam ni.

Tahniah my team !! Puncak Alam Badminton Club da best !!!

Ho Chi Minh City .. panduan dan tips

Setelah beberapa hari kami berada di Bandaraya Ho Chi Minh , ini adalah panduan dan tips yang boleh digunakan ketika melancung ke situ.

1. Pastikan anda hanya menggunakan teksi syarikat Vinasun sahaja . Jika datang hanya 4 org ke bawah gunakan kereta kerana harganya lebih murah. Pengunaan MPV Inova boleh digunakan jika lebih dari 4 org sekeluarga.

2. Tukar duit hanya di kedai emas area pasar Ben Than. Kedai emas ini mmg popular dalam urusan tukar menukar wang. Bawa sedikit wang Vietnam Dong sahaja ( dalam sekitar 300,000 Dong ) utk urusan teksi semasa baru sampai di airport. Kadar tukaran di kedai emas ni mmg lebih menguntungkan jika dibanding kita tukar di Malaysia.

3. Bila jer sim card data/voice di kedai-kedai di sekitar bandar. Jangan terburu-buru beli di airport kerana harganya lebih mahal dari di kedai-kedai.

4.Proses imigrasi dan kastam semasa datang dan pulang memang senang.Mereka tak tanya apa-apa pun. Tak payah nak declare barang atau makanan macam di Australia tu.

5.Membeli-belah di pasar Ben Than memang perlu kepakaran tawar-menawar. Harganya memang tinggi diorang letak tapi kita boleh menawar sehingga ke paras terendah jika bernasib baik. Selalunya dalam 50-60% diskaun. Dah tawar tu jangan tak beli pulak, kang tak pasal-pasal gaduh pulak nanti. Kalau taknak jangan tawar, pergi sahaja ke tempat lain.

6. Kalau hendak tour, jangan ambil pakej tour di hotel kerana harganya mahal teramat. Ambil sahaja pakej tour di Tuan Travel. Pakejnya yang amat murah dan stafnya sungguh friendly. Perjalanan ke sesuatu tempat yang dituju memang `happening` dengan tour guide yang sungguh effisyen. Anda boleh hubungi agen ini di :

Email : tuantravel99@gmail.com
Laman web : www.tuantravelvietnam.com / www.tuantravel.com

Pakej di dalam laman web ni agak mahal , cuba hubungi mereka di kedai.

7. Bila berjalan kaki di tempat kujungan ramai pelancung , jangan cuba membeli air kelapa di tepi-tepi jalan yang dijual oleh lelaki vietnam. Mereka cuba menyuruh kita rasa , bila kita cuba bertanya terus mereka memotong kelapa dan memberi kepada kita. Harganya amat mahal dalam RM10 sebiji. Memang kena scam la jawabnya.

8. Jangan naik beca, kalau terlalu banyak duit dan tidak tahu macamana nak habiskan duit semasa melancung di HCMC , boleh lah naik beca tu. Harganya dornag cakap 100..bila kita tanya 100,000 Dong..diorang angguk jer..tapi bila nak turun dari beca, kita akan dikenakan caj lagi 100USD. Parah wooo.

9. Nak beli cenderhati dan baju yang murah-murah beli jer di kedai-kedai di area Malaysia Street di kawasan Ben Than. Kalau pandai tawar boleh dapat harga lagi murah.

10. Bila melintas jalan , hati-hati dengan motorsikal yg terlalu banyak yang datang dari arah kiri dan kanan. Selalunya bila ada peluang melintas, jalan sahaja kerana penunggang motorsikal tu tak akan langgar kita bila kita melintas. Jangan was-was bila melintas.

Itu sahaja untuk kali ni , jika ada info lagi akan saya kemaskini kemudian.

Ho Chi Minh City .. hari keenam

Tarikh : 18/7/2016

Sebelum sarapan , kami telah memasukkan semua pakaian serta barang yang kami telah beli ke dalam beg pakaian, manakala baki-baki makanan dan botol-botol mineral yang tidak digunakan kami buang sahaja . Sarapan hari ni pun simple jer , makan roti , telur ,salad segar dan kopi vietnam, memang tu jer la yang boleh kami makan , yang lain memang tak boleh lah sebab status halalnya amat diragui. Setelah urusan check-out di hotel selesai ,kami terus ke jalanraya untuk mengambil teksi ke airport.

Sudah semestinya teksi pilihan kami adalah dari syarikat Vinasun , yang boleh dikatakan antara syarikat teksi yang paling telus di HCMC. Perjalanan ke airport memakan masa selama 30 minit dan bayaran adalah dalam sekitar 135,000 Dong . Kami memberi wang 200,000 Dong dan pemandu memulangkan baki sebanyak 50,000 Dong. Kami dah tahu memang dia akan ambik tips punya. Tapi takper la bajet kami pun dalam sekitar 200,000 Dong.

Sampai sahaja di airport , kami terus check-in di kaunter airasia dengan segera. Proses check-in berjalan lancar sebab sebelum ni kami dah melakukan web check-in sendiri. Di boarding pass kami menunjukkan pintu gate yang akan kami masuk adalah di pintu gate 16 , tetapi di papan kenyataan pula di pintu gate 20. So kami ikut sahajalah ke pintu gate 20. Ramai jugalah yang pergi ke pintu gate 20 tu. Tapi apabila masa berlepas hampir tiba ,tiada pula tanda di skrin yang menunjukkan no penerbangan kami. Kami terus bertanya kepada staf airasia dan diorang mengatakan kena tunggu di pintu gate 16.

Terpaksalah kami bergegas ke pintu gate yang jaraknya agak jauh. Bukan kami sahaja yang terkena malah pelancung dari luar negara pun ada yang terkena juga. Apabila kami melihat sekali lagi di skrin papan kenyataan , mereka telah memperbetulkan kenyataan tersebut, memang huru-hara.

Boarding pass kami dari HCMC ke KL
Babai HCMC , lain kali kita bertemu lagi.

Kapalterbang kami tiba lewat 20minit mungkin kerana kesesakan lalulintas di laluan terminal tersebut. Perjalanan kami mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Sebelum mendarat kami sempat pekena nasi ayam penyet Indonesia , Shepherd's Pie dan mee meggi kari. Urusan kami selesai pada jam 5 petang di terminal KLIA2, dan nasib baik ada Aznor yang menjemput kami utk kembali ke Puncak Perdana.

Semoga bertemu lagi HCMC !!

Ho Chi Minh City .. Mekong Tour

Tarikh : 17/7/2016

Selepas sarapan kami terus berjalan kaki ke Tuan Travel utk menaiki bas ke Mekong. Tepat jam 8 pagi bas pun sampai . 


 Lokasi Tuan Travel yang terletak berdekatan jer dengan pasar Ben Than 
Antara staf Tuan Travel yang friendly
Kami dan beberapa org pelancung sedang menunggu van utk ke Mekong. Manakala selebihnya  akan diambil di hotel tempat mereka menginap

Pelancung yang pergi hari tu adalah dalam 21 org , termasuklah dari USA , UK , China , Jepun dan Thailand. Pemandu pelancung kami adalah seorg yang peramah dan suka senyum. Namanya adalah Thang , boleh juga panggil dia dengan nama Mr Heavy.
Mr Thanh yang petah berbahasa English dan sangat peramah

Perjalanan kami ke Mekong mengambil masa selama 2 jam. 15 minit sebelum tiba di jeti My Tho , kami singgah sebentar di RnR Mekong. Memang besar RnR ni dan kami sempat membeli 'garlic bread' France Standard yang berharga RM6 sebungkus. Memang rangup dan lazat sekali.
 RnR di Mekong , hanya ada 1 sahaja RnR ni sebelum sampai ke Mekong
 Pn Isteri dan Miza sempat bergambar di RnR Mekong. Kalau ada pertanyaan boleh berhubung dengan nombor hotline yang tertera di situ.

 Miza ni cuba untuk meniti parit dengan batang pokok kelapa , kang jatuh jadi satu hal pulak
 Kelihatan seorang pengunjung sedang menunggu giliran utk ke toilet .Toiletnya tidak mempunyai air paip , kalau nak berurusan kena lah bawa sekali botol yang berisi air
Pn Isteri sempat membeli garlic bread utk dibawa ke Sungai Mekong nanti. Rasanya memang sedap dan rangup sekali

Setelah 1/2 jam berehat , makan dan ke toilet, kami meneruskan perjalanan ke jeti 'Mekong River' di My Tho City. Kami menaiki bot terus ke pulau-pulau kecil yang berada di sekitar.


 My Tho Jeti
 Lokasi pulau-pulau kecil yang akan kami kunjungi nanti
 Hafizi paling tak sabar untuk menaiki bot sampai tak tunggu kami dah.
Hati-hati yer Pn Isteri , jangan tergelincir masuk ke sungai pulak.
 Memang selesa menaiki bot ni 
Sungai Mekong yang sentiasa sibuk dari pagi sampai ke malam

Video perjalanan melalui Sungai Mekong boleh dilihat di sini

Perhentian pertama kami adalah di sebuah kampung yang memproses kelapa utk dijadikan candy, coconut oil dan sebagainya. Kami diberi penerangan tentang cara pemprosesan kelapa dari awal sehingga terbentuknya coconut candy tu. Rasanya agak sedap dan berkacang.
 Salah satu proses untuk membuat coconut candy
 Coconut candy yang siap dibungkus untuk dijual kepada pengunjung

 Meja yang panjang ini digunakan untuk proses memotong dan membungkus coconut candy
Gerai yang menjual perbagai produk berasaskan kelapa

Setelah selesai , kami menaiki semua bot untuk ke kampung seterusnya.Perhentian kedua kami adalah di kampung yang menyediakan makan tengahari. Antara makanan yang disajikan adalah nasi kosong , sayur-sayuran , daging babi dan air. Disebabkan makanan semuanya tidak halal , kami hanya mengambil air mineral sahaja. Makanan kami adalah roti beserta telur goreng yang kami bawa pagi tadi.
 Disebabkan restoren ini menyajikan makanan yang tidak halal ,kami hanya minum air mineral dan roti yang di bawa dari hotel tadi
 Antara menu masakan yang boleh dipesan oleh pengunjung . Kalau nak rasa menu masakan ular atau buaya , bolehlah cuba di sini dengan harga yang berpatutan
Elephant Ear Fish ni memang popular di sini.

Di sini juga terdapatnya tempat pemeliharaan buaya tembaga.Buaya-buaya di situ diletakkan di suatu kolam untuk tatapan umum dan juga digunakan sebagai menu di restoren . Anda boleh cuba menu 'buaya goreng berempah' di restoren tersebut. 


 Bangkai ayam digunakan untuk memberi makan kepada buaya 
Bapak-bapak buaya yang kekenyangan 
Sebelum berangkat pergi , kami sempat menghilangkan dahaga dengan air kelapa yang segar , harganya dalam RM3 sebiji

Selepas 1jam 20minit kami berehat , kami diarah menaiki bot utk ke perhentian seterusnya.Perhentian ketiga kami adalah di kampung yang memproses madu lebah. Antara yang diproses adalah royal jelly dan madu lebah asli. Harganya boleh dikatakan mahal jika kita hendak membelinya.


 Gerai pemprosesan madu lebah asli
 Mr Thang menunjukkan cara memegang dengan cara yang betul. Kalau terjatuh memang bertempiaran la kami melarikan diri
 Minah ni walaupun takut-takut tapi berjaya juga pegang sarang lebah ni
 Miza juga tidak ketinggalan mencuba 
Restoren yang menyajikan madu lebah berserta dengan teh o , memang lazat . Tapi yang tak bestnya kami asik di paksa membeli produk lebah tu , memang tak la...kerana harga nya memang mahal.

Selepas itu kami berjalan ke lokasi yang menyediakan tarian tradisional dan dijamu pula dengan buah-buahan seperti nangka,ciku,nenas,jambu dan air teh cina. Setelah selesai menikmati nyanyian dan tarian dari penduduk tempatan , 
Nyanyian dan tarian oleh penduduk tempatan 

Kami sempat membeli beberapa utas gelang buatan penduduk sekitar sebelum ke sungai kecil untuk menaiki sampan untuk mudik  ke bot yang menunggu kami di Sungai Mekong. Jarak perjalanan adalah dalam 2 kilometer.
 Makcik yang menjual gelang dan perbagai barangan tempatan
Jeti untuk mengambil pengunjung menaiki sampan

Pejalanan menaiki sampan adalah lebih kurang 20 minit utk sampai ke bot kami. Kami memberi tips seorang 10,000 Dong kepada pendayung sampan yang nampak macam keletihan. 


 Memang sesak hari ni , memandangkan hari ni juga adalah hari ahad dan ramai pengunjung yang datang ke sini
 Jangan berlaga sudah la yer. 
 Seronok nyer Pn Isteri naik sampan ni
 Kami di bawa hingga ke bot , jarak perjalanan adalah dalam 2 kilometer dan masa yang diambil lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kekuatan pendayung.
 Kepenatan benar nampaknya pakcik ni , tapi demi sesuap nasi diorang sanggup bekerja dari pagi sampai ke petang.
Antara sampan-sampan yang membawa pengunjung ke bot masing-masing

Bot membawa kami kembali ke jeti di My Tho utk pulang semula ke HCMC. Perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 2 jam dan semua tertidur di dalam van disebabkan keletihan melampau. Kami sampai dalam jam 5 petang dan sempat membeli kopi vietnam serta menukar baki duit yang ada utk ditukarkan kepada Ringgit Malaysia memandangkan esok pagi kami akan pulang ke tanahair. Kami memperuntukkan hanya 250,000-300,000 Dong utk bayaran teksi untuk ke lapangan terbang. Selalunya bayaran teksi sekitar 150,000 ke 170,000 Dong sahaja dan kami saja jer lebihkan sedikit mana tahu jalan sesak dan terpaksa membayar lebih.

Dengan kadar kelaparan yang giler, kami terus ke Restoren Hj Mansor utk memesan Pho Daging 2 mangkuk , nasi kosong 4 pinggan beserta kuew teow Penang Seafood yang semuanya berharga 230,000 Dong.Memang menyelerakan lebih-lebih perut memang dah lapar pada masa tu.

Pada malam hari kami tidak keluar ke bandar memandangkan badan dah terlalu letih dan kami perlu  berkemas utk balik ke tanahair pada keesokan harinya. Memang penat tapi amat berbaloi perjalanan kami pada siang hari tadi.








HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...