Oriental Village Cable Car Langkawi

23 Disember 2013.

Langkawi Cable Car adalah satu destinasi wajib untuk dikunjungi kerana ia adalah yang terbaik di dunia. Ianya terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi dan merupakan yang terpanjang di dunia iaitu 2.2 km. Stesen cable car ini dibina pada 27 Februari 2005 di Oriental Village bagi memudahkan pengunjung menikmati keindahan pemandangan alam flora dan fauna di sepanjang pergunungan hingga ke puncak gunung (ketinggian 713 meter). Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta ini  amat unik dan pengunjung juga dapat melihat keunikan geologinya  pada jarak dekat bagaikan dalam sangkar burung garuda ( gondola). 

Kami bertolak dari Hotel di Pekan Kuah ke Oriental Village di kaki Gunung Mat Chinchang dengan menaiki bas sewa dan mengambil masa sekitar 30 minit.  Dari jauh lagi kami dapat melihat gondola terapung-apung di udara menaiki puncak Gunung Mat Chinchang. Kami tiba di Oriental Village sekitar jam 9.30 pagi dan disambut oleh jurugambar yang merakam gambar setiap pengunjung untuk diabadikan kenangan di piring Langkawi GeoPark. Pengunjung boleh membeli gambar tersebut dengan harga RM10.00. Jangan lupa 'posing' yang terbaik untuk kenangan.



Inilah jambatan gantung sebagai simbolik pintu masuk / pintu keluar  ke/dari  Oriental Village untuk menuju ke Stesen Langkawi Cable Car. Gayat beb kalau ramai yang melalui jambatan ini sebab jambatan bergoyang dan kita pun terhoyong-hayang untuk menstabilkan diri melalui jambatan ini. 


Di dalam kolam itu banyak terdapat ikan koi yang besar-besar dan kalau kita ada roti bolehlah bagi kepada ikan untuk makan, sudah pasti banyak ikan mengerumuni nak makan. Aduhai pandai pulak ikan-ikan kat situ 'demand' nak makanan yang mahal aje..


 Teratai layu di tasik Oriental Village.


Ramai pengunjung datang berkunjung di Langkawi Cable Car ini, sementara hendak menunggu tiket masuk maka sempatlah menjamu mata ke kedai-kedai yang ada di sekitar. Boleh tahan gak ler harganya. Sibuk pulak si Miza meminta macam-macam untuk dibeli.

Tiket Langkawi Cable Car boleh dibeli dengan harga RM15.00 (with MyKad) untuk dewasa dan RM10.00 (with MyKad) untuk kanak-kanak (2-12 tahun). Pesanan...Jangan lupa bawa MyKad untuk mendapatkan harga istimewa ini, kalau tidak mahal lah kena bayar untuk beli tiket iaitu RM30.00 untuk dewasa dan RM20.00 untuk kanak-kanak.


 Pengunjung setia di Oriental Village.

Muramnya muka Miza kepenatan menunggu giliran menaiki gondola Langkawi Cable Car. Lama jugalah menunggu masa untuk sampai giliran sebab ramai sangat pengunjung di situ kerana cuti sekolah. Maka pengajarannya, jangan datang ke sini semasa cuti sekolah nanti terseksa jiwa dan raga menunggu giliran menaiki gondola. 

Yahooooo sampai juga ke nombor giliran untuk menaiki gondola. Satu trip gondola hanya boleh membawa enam penumpang sahaja jadi pakat-pakat ler dengan kawan-kawan kalau nak sama-sama satu gondola. Kami hanya berempat jadi yang dua lagi adalah pengunjung orang putih (antarabangsa), macam bukan berada di Malaysia.


Pemandangan indah gunung-ganang dan kelihatan gondola terapung-apung dari atas di Stesen dua. Apa yang pasti ku lihat hijau.

Miza sempat berposing untuk dirakam dalam kamera Babah.

Lokasi menarik di Anjung Tinjau Stesen Atas Langkawi Cable Car. Kami telah berada di puncak gunung Mat Chinchang dan dari situ kami boleh melihat pemandangan gunung ganang, laut dan  pulau-pulau di Langkawi. Satu pengalaman percutian yang terbaik dan rugi rasanya kalau datang ke Langkawi tetapi tidak berkunjung di Langkawi Cable Car.

Antara aksi-aksi yang sempat digayakan sewaktu kami berada di puncak Gunung Mat Chinchang sebagai kenangan terindah di sana. Memang terbaik berada di puncak kerana cuacanya yang sejuk dan suasana nyaman sekali. 





 Sempat singgah membeli burger ayam kerana kelaparan. Brother tu 'tak menang tangan' ambil order sebab pengunjung kelaparan bukan kerana apa tetapi kerana penat berposing.

Setelah puas mengamati keindahan suasana dan kedamaian di Puncak Gunung Mat Chinchang maka kami pun beratur mengambil giliran untuk menaiki gondola untuk turun dari Stesen Atas ke stesen pencawang utama di bawah. 

'Sunset' di Jeti Kuah Langkawi

Menikmati suasana 'sunset' yang tenang dan mendamaikan di Jeti Kuah , Langkawi.




Perjalanan pergi ke Langkawi


22 Disember 2013
Anak- anak tidak sabar menanti bermulanya perjalanan ke Langkawi dan keceriaan jelas terpancar di wajah mereka sambil meneka cerita tempat-tempat menarik di Langkawi. Perjalanan kami sekeluarga dari Sungai Buloh ke Langkawi bermula jam 9.30 pagi dengan menggunakan kereta. Segala persiapan rapi telah diatur termasuk pemeriksaan kereta bagi memastikan tiada masalah timbul dan perjalanan ke Langkawi dapat berjalan lancar. 

Bermula dari melalui Lebuhraya Guthrie, Plaza Tol Lagong dan susur masuk melalui Plaza Tol Rawang Selatan untuk ke Lebuhraya Utara Selatan menuju ke utara tanahair. Kemudian kami berhenti rehat seketika di Perhentian Behrang dalam sekitar jam 10.30 pagi. Banyak kemudahan disediakan di perhentian ini seperti tempat meletak kenderaan, gerai-gerai buah-buahan, tandas awam dan tempat rehat. Sempat jugalah kami mengambil gambar Hafizi berehat dan kepenatan.


Hafizi sempat tidur sebentar.


 Hafizi melompat kegirangan apabila Babah menyambung perjalanan ke Langkawi.

Sekitar jam 12.10 tengahari, kami berhenti rehat sekali lagi di Perhentian Anjung Tinjau Ipoh Utara bagi menikmati suasana kehijauan alam semulajadi pergunungan. Beberapa 'snapshot' yang sempat dirakamkan bagi menggambarkan keindahannya. Kesibukan kenderaan yang lalu lalang di highway tidak menggangu kami menatap dan menhirup udara segar dan nyaman dirasai.



Terowong Menora ini terletak di bawah Banjaran Kaledang, negeri Perak. Terowong ini sepanjang 800 meter  dan berada di laluan Lebuhraya Utara Selatan di antara Plaza Tol Jelapang dengan Kuala Kangsar dan Changkat Jering. 
Inilah laluan Terowong Menora yang menyimpan pelbagai misteri dan pemandu dinasihati agar sentiasa menggunakan gear rendah semasa melalui laluan ini. Berhati-hati di jalanraya.

Perut berkeroncong berbunyi tandanya perlu diisi dan kami pun berhenti di Perhentian Sungai Bakap untuk menikmati juadah makanan tengahari iaitu Nasi Lemak Juadah Istimewa. Kami memilih gazebo yang tiada orang supaya keselesaan menikmati hidangan tidak terjejas. Konsep ala ala berkelah gitu.

Seterusnya kami menerusnya perjalanan dan keluar PLaza Tol Juru dengan membayar tol sebanyak RM40.60. Perjalanan diteruskan  melalui  jalanraya George Town dan kira-kira 10 minit, kami masuk lebuhraya semula melalui Plaza Tol Sungai Dua. Hampir satu jam 30 minit, kami susur keluar melalui Plaza Tol Hutan Kampung, Kedah Darulaman dengan kadar tol sebanyak RM13.00. Tidak sampai 10 minit kami pun membayar lagi  tambang RM1.60 di Plaza Tol Jitra dan seterusnya menyusuri laluan Lebuhraya Changlon untuk menuju ke destinasi Kuala Perlis. 

Jam menunjukkan  pukul 4.30 petang apabila kami sampai di Jeti Kuala Perlis dan kesesakan lalulintas berlaku di sepanjang laluan menuju ke jeti tersebut disebabkan pelbagi aktiviti antaranya menurunkan penumpang, meletak kenderaan dan mengambil penumpang serta kesibukan orang ramai membeli tiket feri ke Langkawi. 

Hafizi menyibukkan diri beratur untuk membeli tiket feri dari Kuala Perlis ke Langkawi. Tambang tiket feri ke Langkawi berharga RM18.00 untuk dewasa dan RM13.00 untuk kategori kanak-kanak. Perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Jeti Pulau Langkawi mengambil masa satu jam. Akhirnya kami dapat juga tiket pada jam 6.00 petang tetapi feri mengalami kelewatan bertolak selama 20 minit.


Miza dan Hafizi pilih tempat duduk sebelah tingkap sebab hendak melihat dan mengamati permandangan indah menaiki feri. Feri ini boleh memuatkan penumpang seramai 600 lebih orang dan menempatkan tiga dek lapisan iaitu dek bawah, dek tengah serta dek atas. Suasana kesesakan berlaku semasa menaiki feri setiap kali tibanya cuti sekolah.


 Suasana di Jeti Pulau Langkawi di kala senja.

Kami turun dari jeti dan terus menuju ke Terminal Jeti Pulau Langkawi dengan membawa bagasi masing-masing. Di samping itu, disediakan juga perkhidmatan troli dengan sewaan berharga  RM1.00 sehala.

Wajah-wajah  kepenatan sambil menunggu teksi untuk pergi ke hotel.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...