Majlis Pertunangan Naza dan Nora

Majlis pertunangan Naza dan Nora telah diadakan pada 30hb Mac 2014 pukul 3 petang , bertempat di Banting Klang . Kami berkumpul dahulu di Kampung Merbau Sempak dan bertolak dalam jam 2  15 petang . Antara yang mengikuti kami ke Banting adalah Mak Ngah Nyok belah Abah dan Pak Ngah Saron belah Mak . Perjalanan dari Kg Merbau Sempak ke Banting mengambil masa selama 30-40 minit.
 Kami disambut oleh pihak perempuan dengan senyuman mesra.

 5 dulang hantaran dari pihak keluarga Naza.
   Dah macam majlis perkahwinan jer nampaknya.
    Ini dia Nora , tunangan Si Naza....comel nampaknya dia ni.
    Proses menyarung cincin oleh ibu Naza ke jari bakal menantunya

Antara tetamu VVIP yang hadir memeriahkan majlis pertunangan Naza dan Nora , nampak ceria jer ..

 Wakil dari pihak perempuan ( Nora ) bagi proses perbincangan pertunangan dan tarikh perkahwinan.

          Sempat juga seisi keluarga Naza utk bergambar bersama si Nora.
Maksu tgh mengunyah YONG TAU FU....sedap giler .... harap masa majlis perkahwinan nanti ada lagi toukeh tu buat lagi...memang lazat..
Si Jeha sempat bersalaman dengan bakal makcik nya sebelum berangkat pulang..

Proses mengambil gambar ( smartcard ) pelajar

Proses mengambil gambar ( smardcard ) pelajar telah dilaksanakan pada 5hb April 2014 , Proses bermula pada jam 9 pagi sehinggalah ke jam 4 petang . Mengikut pangkalan data yang diterima seramai 1100 pelajar UiTM Puncak Perdana sepatutnya terlibat dalam proses tersebut , tetapi apabila kaunter telah di tutup pada jam 4 petang hanya 383 org pelajar sahaja yang hadir , tahniah kepada pelajar yang dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut ,
Antara pelajar yang sedang menunggu giliran utk mengambil gambar bagi proses smartcard , nampak ceria mungkin sebab air dah kembali ada di kolej.
 Abang Fuad nampaknya sedang sibuk 'keyin' no pelajar utk proses mengalmbil gambar

Sibuk gak si Rozi nie melayan pelajar-pelajar yang hadir ,  sampai berkerut dahi tu..hehehe

 1...2.....3...senyummmm...

Antara para pelajar yang masih menunggu giliran utk di ambil gambar , amat sedikit kehadiran para pelajar lelaki jika dibandingkan dengan pelajar wanita.

Dah nampak kosong kaunter proses smartcard pelajar , sambutan kurang menggalakkan , hanya 30% sahaja pelajar yang hadir pada hari tersebut. Apa apa pun ucapan terima kasih pada staf Infotech Shah Alam , Jawatankuasa Perwakilan Kolej KPP kerana banyak membantu , yang penting makanan nya amat sedap sekali ( nie Rozi yang kata hehe )

JUMPA LAGI SEMESTER DEPAN !!

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...