Ho Chi Minh City .. hari keenam

Tarikh : 18/7/2016

Sebelum sarapan , kami telah memasukkan semua pakaian serta barang yang kami telah beli ke dalam beg pakaian, manakala baki-baki makanan dan botol-botol mineral yang tidak digunakan kami buang sahaja . Sarapan hari ni pun simple jer , makan roti , telur ,salad segar dan kopi vietnam, memang tu jer la yang boleh kami makan , yang lain memang tak boleh lah sebab status halalnya amat diragui. Setelah urusan check-out di hotel selesai ,kami terus ke jalanraya untuk mengambil teksi ke airport.

Sudah semestinya teksi pilihan kami adalah dari syarikat Vinasun , yang boleh dikatakan antara syarikat teksi yang paling telus di HCMC. Perjalanan ke airport memakan masa selama 30 minit dan bayaran adalah dalam sekitar 135,000 Dong . Kami memberi wang 200,000 Dong dan pemandu memulangkan baki sebanyak 50,000 Dong. Kami dah tahu memang dia akan ambik tips punya. Tapi takper la bajet kami pun dalam sekitar 200,000 Dong.

Sampai sahaja di airport , kami terus check-in di kaunter airasia dengan segera. Proses check-in berjalan lancar sebab sebelum ni kami dah melakukan web check-in sendiri. Di boarding pass kami menunjukkan pintu gate yang akan kami masuk adalah di pintu gate 16 , tetapi di papan kenyataan pula di pintu gate 20. So kami ikut sahajalah ke pintu gate 20. Ramai jugalah yang pergi ke pintu gate 20 tu. Tapi apabila masa berlepas hampir tiba ,tiada pula tanda di skrin yang menunjukkan no penerbangan kami. Kami terus bertanya kepada staf airasia dan diorang mengatakan kena tunggu di pintu gate 16.

Terpaksalah kami bergegas ke pintu gate yang jaraknya agak jauh. Bukan kami sahaja yang terkena malah pelancung dari luar negara pun ada yang terkena juga. Apabila kami melihat sekali lagi di skrin papan kenyataan , mereka telah memperbetulkan kenyataan tersebut, memang huru-hara.

Boarding pass kami dari HCMC ke KL
Babai HCMC , lain kali kita bertemu lagi.

Kapalterbang kami tiba lewat 20minit mungkin kerana kesesakan lalulintas di laluan terminal tersebut. Perjalanan kami mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Sebelum mendarat kami sempat pekena nasi ayam penyet Indonesia , Shepherd's Pie dan mee meggi kari. Urusan kami selesai pada jam 5 petang di terminal KLIA2, dan nasib baik ada Aznor yang menjemput kami utk kembali ke Puncak Perdana.

Semoga bertemu lagi HCMC !!

Ho Chi Minh City .. Mekong Tour

Tarikh : 17/7/2016

Selepas sarapan kami terus berjalan kaki ke Tuan Travel utk menaiki bas ke Mekong. Tepat jam 8 pagi bas pun sampai . 


 Lokasi Tuan Travel yang terletak berdekatan jer dengan pasar Ben Than 
Antara staf Tuan Travel yang friendly
Kami dan beberapa org pelancung sedang menunggu van utk ke Mekong. Manakala selebihnya  akan diambil di hotel tempat mereka menginap

Pelancung yang pergi hari tu adalah dalam 21 org , termasuklah dari USA , UK , China , Jepun dan Thailand. Pemandu pelancung kami adalah seorg yang peramah dan suka senyum. Namanya adalah Thang , boleh juga panggil dia dengan nama Mr Heavy.
Mr Thanh yang petah berbahasa English dan sangat peramah

Perjalanan kami ke Mekong mengambil masa selama 2 jam. 15 minit sebelum tiba di jeti My Tho , kami singgah sebentar di RnR Mekong. Memang besar RnR ni dan kami sempat membeli 'garlic bread' France Standard yang berharga RM6 sebungkus. Memang rangup dan lazat sekali.
 RnR di Mekong , hanya ada 1 sahaja RnR ni sebelum sampai ke Mekong
 Pn Isteri dan Miza sempat bergambar di RnR Mekong. Kalau ada pertanyaan boleh berhubung dengan nombor hotline yang tertera di situ.

 Miza ni cuba untuk meniti parit dengan batang pokok kelapa , kang jatuh jadi satu hal pulak
 Kelihatan seorang pengunjung sedang menunggu giliran utk ke toilet .Toiletnya tidak mempunyai air paip , kalau nak berurusan kena lah bawa sekali botol yang berisi air
Pn Isteri sempat membeli garlic bread utk dibawa ke Sungai Mekong nanti. Rasanya memang sedap dan rangup sekali

Setelah 1/2 jam berehat , makan dan ke toilet, kami meneruskan perjalanan ke jeti 'Mekong River' di My Tho City. Kami menaiki bot terus ke pulau-pulau kecil yang berada di sekitar.


 My Tho Jeti
 Lokasi pulau-pulau kecil yang akan kami kunjungi nanti
 Hafizi paling tak sabar untuk menaiki bot sampai tak tunggu kami dah.
Hati-hati yer Pn Isteri , jangan tergelincir masuk ke sungai pulak.
 Memang selesa menaiki bot ni 
Sungai Mekong yang sentiasa sibuk dari pagi sampai ke malam

Video perjalanan melalui Sungai Mekong boleh dilihat di sini

Perhentian pertama kami adalah di sebuah kampung yang memproses kelapa utk dijadikan candy, coconut oil dan sebagainya. Kami diberi penerangan tentang cara pemprosesan kelapa dari awal sehingga terbentuknya coconut candy tu. Rasanya agak sedap dan berkacang.
 Salah satu proses untuk membuat coconut candy
 Coconut candy yang siap dibungkus untuk dijual kepada pengunjung

 Meja yang panjang ini digunakan untuk proses memotong dan membungkus coconut candy
Gerai yang menjual perbagai produk berasaskan kelapa

Setelah selesai , kami menaiki semua bot untuk ke kampung seterusnya.Perhentian kedua kami adalah di kampung yang menyediakan makan tengahari. Antara makanan yang disajikan adalah nasi kosong , sayur-sayuran , daging babi dan air. Disebabkan makanan semuanya tidak halal , kami hanya mengambil air mineral sahaja. Makanan kami adalah roti beserta telur goreng yang kami bawa pagi tadi.
 Disebabkan restoren ini menyajikan makanan yang tidak halal ,kami hanya minum air mineral dan roti yang di bawa dari hotel tadi
 Antara menu masakan yang boleh dipesan oleh pengunjung . Kalau nak rasa menu masakan ular atau buaya , bolehlah cuba di sini dengan harga yang berpatutan
Elephant Ear Fish ni memang popular di sini.

Di sini juga terdapatnya tempat pemeliharaan buaya tembaga.Buaya-buaya di situ diletakkan di suatu kolam untuk tatapan umum dan juga digunakan sebagai menu di restoren . Anda boleh cuba menu 'buaya goreng berempah' di restoren tersebut. 


 Bangkai ayam digunakan untuk memberi makan kepada buaya 
Bapak-bapak buaya yang kekenyangan 
Sebelum berangkat pergi , kami sempat menghilangkan dahaga dengan air kelapa yang segar , harganya dalam RM3 sebiji

Selepas 1jam 20minit kami berehat , kami diarah menaiki bot utk ke perhentian seterusnya.Perhentian ketiga kami adalah di kampung yang memproses madu lebah. Antara yang diproses adalah royal jelly dan madu lebah asli. Harganya boleh dikatakan mahal jika kita hendak membelinya.


 Gerai pemprosesan madu lebah asli
 Mr Thang menunjukkan cara memegang dengan cara yang betul. Kalau terjatuh memang bertempiaran la kami melarikan diri
 Minah ni walaupun takut-takut tapi berjaya juga pegang sarang lebah ni
 Miza juga tidak ketinggalan mencuba 
Restoren yang menyajikan madu lebah berserta dengan teh o , memang lazat . Tapi yang tak bestnya kami asik di paksa membeli produk lebah tu , memang tak la...kerana harga nya memang mahal.

Selepas itu kami berjalan ke lokasi yang menyediakan tarian tradisional dan dijamu pula dengan buah-buahan seperti nangka,ciku,nenas,jambu dan air teh cina. Setelah selesai menikmati nyanyian dan tarian dari penduduk tempatan , 
Nyanyian dan tarian oleh penduduk tempatan 

Kami sempat membeli beberapa utas gelang buatan penduduk sekitar sebelum ke sungai kecil untuk menaiki sampan untuk mudik  ke bot yang menunggu kami di Sungai Mekong. Jarak perjalanan adalah dalam 2 kilometer.
 Makcik yang menjual gelang dan perbagai barangan tempatan
Jeti untuk mengambil pengunjung menaiki sampan

Pejalanan menaiki sampan adalah lebih kurang 20 minit utk sampai ke bot kami. Kami memberi tips seorang 10,000 Dong kepada pendayung sampan yang nampak macam keletihan. 


 Memang sesak hari ni , memandangkan hari ni juga adalah hari ahad dan ramai pengunjung yang datang ke sini
 Jangan berlaga sudah la yer. 
 Seronok nyer Pn Isteri naik sampan ni
 Kami di bawa hingga ke bot , jarak perjalanan adalah dalam 2 kilometer dan masa yang diambil lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kekuatan pendayung.
 Kepenatan benar nampaknya pakcik ni , tapi demi sesuap nasi diorang sanggup bekerja dari pagi sampai ke petang.
Antara sampan-sampan yang membawa pengunjung ke bot masing-masing

Bot membawa kami kembali ke jeti di My Tho utk pulang semula ke HCMC. Perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 2 jam dan semua tertidur di dalam van disebabkan keletihan melampau. Kami sampai dalam jam 5 petang dan sempat membeli kopi vietnam serta menukar baki duit yang ada utk ditukarkan kepada Ringgit Malaysia memandangkan esok pagi kami akan pulang ke tanahair. Kami memperuntukkan hanya 250,000-300,000 Dong utk bayaran teksi untuk ke lapangan terbang. Selalunya bayaran teksi sekitar 150,000 ke 170,000 Dong sahaja dan kami saja jer lebihkan sedikit mana tahu jalan sesak dan terpaksa membayar lebih.

Dengan kadar kelaparan yang giler, kami terus ke Restoren Hj Mansor utk memesan Pho Daging 2 mangkuk , nasi kosong 4 pinggan beserta kuew teow Penang Seafood yang semuanya berharga 230,000 Dong.Memang menyelerakan lebih-lebih perut memang dah lapar pada masa tu.

Pada malam hari kami tidak keluar ke bandar memandangkan badan dah terlalu letih dan kami perlu  berkemas utk balik ke tanahair pada keesokan harinya. Memang penat tapi amat berbaloi perjalanan kami pada siang hari tadi.








HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...