Tarikh : 17/7/2016
Selepas sarapan kami terus berjalan kaki ke Tuan Travel utk menaiki bas ke Mekong. Tepat jam 8 pagi bas pun sampai .
Pelancung yang pergi hari tu adalah dalam 21 org , termasuklah dari USA , UK , China , Jepun dan Thailand. Pemandu pelancung kami adalah seorg yang peramah dan suka senyum. Namanya adalah Thang , boleh juga panggil dia dengan nama Mr Heavy.
Lokasi Tuan Travel yang terletak berdekatan jer dengan pasar Ben Than
Antara staf Tuan Travel yang friendly
Kami dan beberapa org pelancung sedang menunggu van utk ke Mekong. Manakala selebihnya akan diambil di hotel tempat mereka menginap
Perjalanan kami ke Mekong mengambil masa selama 2 jam. 15 minit sebelum tiba di jeti My Tho , kami singgah sebentar di RnR Mekong. Memang besar RnR ni dan kami sempat membeli 'garlic bread' France Standard yang berharga RM6 sebungkus. Memang rangup dan lazat sekali.
Setelah 1/2 jam berehat , makan dan ke toilet, kami meneruskan perjalanan ke jeti 'Mekong River' di My Tho City. Kami menaiki bot terus ke pulau-pulau kecil yang berada di sekitar.
RnR di Mekong , hanya ada 1 sahaja RnR ni sebelum sampai ke Mekong
Pn Isteri dan Miza sempat bergambar di RnR Mekong. Kalau ada pertanyaan boleh berhubung dengan nombor hotline yang tertera di situ.
Miza ni cuba untuk meniti parit dengan batang pokok kelapa , kang jatuh jadi satu hal pulak
Kelihatan seorang pengunjung sedang menunggu giliran utk ke toilet .Toiletnya tidak mempunyai air paip , kalau nak berurusan kena lah bawa sekali botol yang berisi air
Pn Isteri sempat membeli garlic bread utk dibawa ke Sungai Mekong nanti. Rasanya memang sedap dan rangup sekali
My Tho Jeti
Lokasi pulau-pulau kecil yang akan kami kunjungi nanti
Hafizi paling tak sabar untuk menaiki bot sampai tak tunggu kami dah.
Hati-hati yer Pn Isteri , jangan tergelincir masuk ke sungai pulak.
Memang selesa menaiki bot ni
Sungai Mekong yang sentiasa sibuk dari pagi sampai ke malam
Video perjalanan melalui Sungai Mekong boleh dilihat di sini
Perhentian pertama kami adalah di sebuah kampung yang memproses kelapa utk dijadikan candy, coconut oil dan sebagainya. Kami diberi penerangan tentang cara pemprosesan kelapa dari awal sehingga terbentuknya coconut candy tu. Rasanya agak sedap dan berkacang.
Setelah selesai , kami menaiki semua bot untuk ke kampung seterusnya.Perhentian kedua kami adalah di kampung yang menyediakan makan tengahari. Antara makanan yang disajikan adalah nasi kosong , sayur-sayuran , daging babi dan air. Disebabkan makanan semuanya tidak halal , kami hanya mengambil air mineral sahaja. Makanan kami adalah roti beserta telur goreng yang kami bawa pagi tadi.
Di sini juga terdapatnya tempat pemeliharaan buaya tembaga.Buaya-buaya di situ diletakkan di suatu kolam untuk tatapan umum dan juga digunakan sebagai menu di restoren . Anda boleh cuba menu 'buaya goreng berempah' di restoren tersebut.
Selepas 1jam 20minit kami berehat , kami diarah menaiki bot utk ke perhentian seterusnya.Perhentian ketiga kami adalah di kampung yang memproses madu lebah. Antara yang diproses adalah royal jelly dan madu lebah asli. Harganya boleh dikatakan mahal jika kita hendak membelinya.
Salah satu proses untuk membuat coconut candy
Coconut candy yang siap dibungkus untuk dijual kepada pengunjung
Meja yang panjang ini digunakan untuk proses memotong dan membungkus coconut candy
Gerai yang menjual perbagai produk berasaskan kelapa
Disebabkan restoren ini menyajikan makanan yang tidak halal ,kami hanya minum air mineral dan roti yang di bawa dari hotel tadi
Antara menu masakan yang boleh dipesan oleh pengunjung . Kalau nak rasa menu masakan ular atau buaya , bolehlah cuba di sini dengan harga yang berpatutan
Elephant Ear Fish ni memang popular di sini.
Bangkai ayam digunakan untuk memberi makan kepada buaya
Bapak-bapak buaya yang kekenyangan
Sebelum berangkat pergi , kami sempat menghilangkan dahaga dengan air kelapa yang segar , harganya dalam RM3 sebiji
Gerai pemprosesan madu lebah asli
Mr Thang menunjukkan cara memegang dengan cara yang betul. Kalau terjatuh memang bertempiaran la kami melarikan diri
Minah ni walaupun takut-takut tapi berjaya juga pegang sarang lebah ni
Miza juga tidak ketinggalan mencuba
Restoren yang menyajikan madu lebah berserta dengan teh o , memang lazat . Tapi yang tak bestnya kami asik di paksa membeli produk lebah tu , memang tak la...kerana harga nya memang mahal.
Nyanyian dan tarian oleh penduduk tempatan
Makcik yang menjual gelang dan perbagai barangan tempatan
Jeti untuk mengambil pengunjung menaiki sampan
Pejalanan menaiki sampan adalah lebih kurang 20 minit utk sampai ke bot kami. Kami memberi tips seorang 10,000 Dong kepada pendayung sampan yang nampak macam keletihan.
Bot membawa kami kembali ke jeti di My Tho utk pulang semula ke HCMC. Perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 2 jam dan semua tertidur di dalam van disebabkan keletihan melampau. Kami sampai dalam jam 5 petang dan sempat membeli kopi vietnam serta menukar baki duit yang ada utk ditukarkan kepada Ringgit Malaysia memandangkan esok pagi kami akan pulang ke tanahair. Kami memperuntukkan hanya 250,000-300,000 Dong utk bayaran teksi untuk ke lapangan terbang. Selalunya bayaran teksi sekitar 150,000 ke 170,000 Dong sahaja dan kami saja jer lebihkan sedikit mana tahu jalan sesak dan terpaksa membayar lebih.
Memang sesak hari ni , memandangkan hari ni juga adalah hari ahad dan ramai pengunjung yang datang ke sini
Jangan berlaga sudah la yer.
Seronok nyer Pn Isteri naik sampan ni
Kami di bawa hingga ke bot , jarak perjalanan adalah dalam 2 kilometer dan masa yang diambil lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kekuatan pendayung.
Kepenatan benar nampaknya pakcik ni , tapi demi sesuap nasi diorang sanggup bekerja dari pagi sampai ke petang.
Antara sampan-sampan yang membawa pengunjung ke bot masing-masing
Dengan kadar kelaparan yang giler, kami terus ke Restoren Hj Mansor utk memesan Pho Daging 2 mangkuk , nasi kosong 4 pinggan beserta kuew teow Penang Seafood yang semuanya berharga 230,000 Dong.Memang menyelerakan lebih-lebih perut memang dah lapar pada masa tu.
Pada malam hari kami tidak keluar ke bandar memandangkan badan dah terlalu letih dan kami perlu berkemas utk balik ke tanahair pada keesokan harinya. Memang penat tapi amat berbaloi perjalanan kami pada siang hari tadi.
No comments:
Post a Comment