Tadi ada member whatsup , dia ajak masuk kejohanan boling ni. Adus dah lama la tak main, lagipun nak angkat bola tu dah tak mampu ..berat teramat. Diorang cakap main suka-suka jer , masalah nye nanti yang suka-suka ni membawa duka. Takda ke bola boling yang ringan-ringan macam bolasepak ker? rasa macam baling batu la pulok. Dah insaf rasanya nak main sebab tangan banyak nak guna untuk sukan lain terutamanya badminton. Sorry yer !
Ikan Patin Masak Tempoyak
Tetiba jer dapat call dari Ustaz Azlan yang adiknya nak datang ke Puncak Perdana. Adik dia ni memang kaki pancing , so setakat ikan Patin Temerloh ni memang dia senang la cari. Ustaz Azlan tanya nak tak ikan Patin tu? tapi saya kena la tanya Isteri dulu sebab dia yang suka makan ikan air tawar tu, saya tak suka sangat .. bila makan rasa loya pulak hehehe.
Bila dengar jer pasal ikan patin Temerloh ni , si Isteri terus memesan dalam 2 ekor . Isteri taknak yang pancing punya sebab harganya yang mahal , so terpaksalah diorang cari ikan Patin sangkar yang boleh didapati di Pekan Temerloh. Harga seekor adalah dalam RM10 dan beratnya lebih kurang 800 gram. Ikan Patin Sangkar ni murah sikit jika dibandingkan dengan Ikan Patin Buah. Ikan Patin Buah Sangkar harganya lebih kurang RM 30 sekilo manakala yang liar boleh mencecah RM 150 sekilo.
Bila dapat jer ikan tu , teruslah si Isteri memasak gulai tempoyak Patin. Dengan berpandukan resepi dari internet dan juga bekalan tempoyak asli dari Ustaz Azlan , akhirnya Patin masak tempoyak telah berjaya di masak dan rasanya boleh tahan jugak lah. So hari minggu ni kami layan Ikan Patin jer la.
Patin masak tempoyak ( belum siap masak lagi )
Info@Philately: New Stamp Issue 4/2017 | Siri Definitif Kebangsaan - Orkid / National Definitive Series - Orchids | Date of Issue/Sale: 21.02.17
Pos Malaysia akan mengeluarkan satu lagi set setem kenangan isu " SIRI DEFINITIF KEBANGSAAN - ORKID" pada 21 February 2017 ni. Pada peminat setem dan sampul surat hari pertama diminta jangan melepaskan peluang untuk membeli set keluaran yang istimewa ini.
Memandang my wife memang suka dengan bunga orkid ni , memang tak sabar rasanya nak mendapatkan 1 set setem kenangan ni hehehe. Tak dapat tanam bunga orkid dapat setem orkid pun jadi la.
Memandang my wife memang suka dengan bunga orkid ni , memang tak sabar rasanya nak mendapatkan 1 set setem kenangan ni hehehe. Tak dapat tanam bunga orkid dapat setem orkid pun jadi la.
Segala pertanyaan , bolehlah berhubung dengan :
Mohd Zainuddin Noor Rosdy (Moza)
Sales & Marketing, Online Services & Creative
Sales & Marketing, Online Services & Creative
Stamp & Philately Unit, Pos Niaga
Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t: +603 2267 2002
f: +603 2694 2139
Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t: +603 2267 2002
f: +603 2694 2139
Subscribe to:
Posts (Atom)
HP Bowling Tournament 2017
Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...
-
22 Disember 2013 Anak- anak tidak sabar menanti bermulanya perjalanan ke Langkawi dan keceriaan jelas terpancar di wajah mereka sambil ...
-
17 Ogos 2014 . Hari ni rasa macam nak ambil gambar flora dan fauna di kampus pula . Mood nak ber makro ni tiba-tiba datang pulak , so inilah...