Tetiba jer dapat call dari Ustaz Azlan yang adiknya nak datang ke Puncak Perdana. Adik dia ni memang kaki pancing , so setakat ikan Patin Temerloh ni memang dia senang la cari. Ustaz Azlan tanya nak tak ikan Patin tu? tapi saya kena la tanya Isteri dulu sebab dia yang suka makan ikan air tawar tu, saya tak suka sangat .. bila makan rasa loya pulak hehehe.
Bila dengar jer pasal ikan patin Temerloh ni , si Isteri terus memesan dalam 2 ekor . Isteri taknak yang pancing punya sebab harganya yang mahal , so terpaksalah diorang cari ikan Patin sangkar yang boleh didapati di Pekan Temerloh. Harga seekor adalah dalam RM10 dan beratnya lebih kurang 800 gram. Ikan Patin Sangkar ni murah sikit jika dibandingkan dengan Ikan Patin Buah. Ikan Patin Buah Sangkar harganya lebih kurang RM 30 sekilo manakala yang liar boleh mencecah RM 150 sekilo.
Bila dapat jer ikan tu , teruslah si Isteri memasak gulai tempoyak Patin. Dengan berpandukan resepi dari internet dan juga bekalan tempoyak asli dari Ustaz Azlan , akhirnya Patin masak tempoyak telah berjaya di masak dan rasanya boleh tahan jugak lah. So hari minggu ni kami layan Ikan Patin jer la.
Patin masak tempoyak ( belum siap masak lagi )
No comments:
Post a Comment