Tarikh : 7/7/2016
Penat beraya semalam memang amat ketara , selepas solat subuh kami sekeluarga tidur kembali kerana masih kepenatan dan bangun lebih kurang jam 11 pagi. Selepas selesai memasukkan semua baju dan barang keperluan ke dalam beg , kami terus ke kedai mamak utk bersarapan. Perjalanan ke kampung di Johor dimulakan dengan berhari raya dahulu rumah Kak Long di Kg Kuantan ,Klang. Sempat juga kami pekena nasi kerabu yang di bawa oleh Kak Kamariah dan Khairul malam tadi. Memang sedap dan lazat , cukup dengan ulam-ulaman nya. Nyesal pulak makan kat mamak tadi kalau tidak mahu 2 pinggan kami tambah nasi kerabu ni.
Setelah solat zohor , kami meneruskan perjalanan ke Johor . Kami meneliti google maps utk meninjau kesesakan lebuhraya dan ia menunjukkan kesesakkan yang teruk dari Seremban menuju ke Air Keroh. Kami mengambil jalan alternatif ke Johor dengan melalui jln KLIA Sepang dan terus ke Port Dickson. Kami meneliti lagi lebuhraya PLUS samada masih sesak atau tidak menerusi aplikasi google maps dan ia menunjukkan kesesakan teruk sampai ke Tangkak. Lantas kami bertekad melalui jalan lama saja la untuk sampai ke kampung.
Dari Port Dickson kami terus ke Lubuk Cina dan melalui Lebuh AMJ untuk ke Sungai Mati di Muar. Kami sangkakan perjalanan kami akan berjalan lancar dengan melalui lebuhraya ni , tapi sangkaan kami amat meleset sekali. Apabila sampai sahaja di Melaka , kesesakkannya amat ketara , disebabkan kenderaan yang terlalu banyak melalui lebuhraya ni. Ditambah pula dengan lampu trafik yang banyak sekaligus menambahkan lagi kelambatan kami ke destinasi. Kami sampai di Sg Mati dalam jam 6:30 petang sebelum berhenti di RnR utk rehat dan solat.
Kesesakan jalanraya tidak terhenti di situ sahaja, apabila kami memasuki jalanraya menuju ke Gersik dari Sg Mati , kelihatan kenderaan terlalu banyak dan menyebabkan kesesakan melampau di kawasan itu. Kami terpaksa berhenti di masjid berdekatan untk solat magrib sebelum meneruskan perjalanan ke Gersik. Kami sampai di Parit Bengkok , Gersik dalam jam 9 malam. Pada ingatan kami , mungkin kami orang yang terakhir sampai di kampung tapi rupanya ada juga yang datang lambat disebabkan kesesakan yang melampau, hehehe lega.
Apabila sampai jer di rumah setelah bersalaman dengan mak,abah dan saudara-mara , memang kami terkam dulu nasi. Memang lapar betul. Dalam jam 10 malam , Khairul dan Abg Jamari ajak temankan pergi berurut di Bukit Gambir. Diorang cakap Wak tukang urut tu power dalam mengurut. Badan pun dah penat so gagahkan juga la untuk memberi sokongan pada diorang tu. dalam jam 2 pagi baru lah selesai diorang dikerjakan oleh Wak tu.Mahu terjerit-jerit jugaklah si Khairul tu , tapi dia kata best pulak, aku kat luar ni sampai dah naik pening dah menunggu dia.
Sampai jer di rumah jam dah menunjukkan pukul 2 :30 pagi . Mata pun dah tak boleh tahan , apa lagi memang masa untuk tidur la. Tengah syok-syok tidur hujan lebat pulak , abis bocor atap masuk air tepat-tepat kena muka pulak tu , adusss...terganggu mimpi-mimpi indahku.