Pekan Rantau Panjang Kelantan



Rantau Panjang di sempadan Thailand-Malaysia Kelantan boleh dikatakan syurga membeli-belah bagi rakyat Malaysia terutamanya kaum wanita kerana harga barangnya adalah lebih murah dari tempat lain , tapi kena pandai tawar menawar la yer. Lagi elok kalau korang pandai kecek kelate, sudah tentu boleh tawar menawar sehingga harga terendah sebab diorang ni x layan sangat kalau 'customer' tu dari luar Kelantan . Mengikut pengalaman yang pernah saya lalui , macam tu lah keadaan nya jika membeli belah di sana , lagi elok jika ada member dari Kelantan yang join kita... lagi senang nak tawar menawar.


Sungai Golok yang memisahkan Malaysia dan Thailand , so sesiapa nak seludup barang-barang samada dari Malaysia ke Thailand atau sebaliknya boleh mengikuti sungai ni dengan hanya menaiki sampan  , tapi di sepanjang sungai ni askar-askar Malaysia sentiasa ada utk memastikan tiada penyeludup berjaya ke Malaysia atau ke Thailand. Kalau berani cuba lah..

 Hafizi sempat bergambar di Sg Golok 

 Amboi seronok diorang ni bergambar , sampai askar yang berkawal di situ pun 'confuse' diorang ni nak shopping ker atau nak ke seberang. Tengok Kak Long tu ..dia yang paling teruja.

 Aktiviti membeli-belah sedang giat dilaksanakan oleh kaum-kaum ibu dan hawa , risau ni ...kena cek beg duit ni..cukup ker tak ni nak beli macam-macam ni..risau sangat ni XD

Apa yang Miza buat kat situ? tunggu Mama ker? meh ikut Baba kita pi ngeteh dulu..kalau Mama shopping mahu berjam-jam tu....sengal lutut mahu tunggu...

Ok la tu sempat gak bergambar di sini...maklumlah baru pertama kali menjejakkan kaki kat sini..tentu teruja tu.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...