Rantau Panjang di sempadan Thailand-Malaysia Kelantan boleh dikatakan syurga membeli-belah bagi rakyat Malaysia terutamanya kaum wanita kerana harga barangnya adalah lebih murah dari tempat lain , tapi kena pandai tawar menawar la yer. Lagi elok kalau korang pandai kecek kelate, sudah tentu boleh tawar menawar sehingga harga terendah sebab diorang ni x layan sangat kalau 'customer' tu dari luar Kelantan . Mengikut pengalaman yang pernah saya lalui , macam tu lah keadaan nya jika membeli belah di sana , lagi elok jika ada member dari Kelantan yang join kita... lagi senang nak tawar menawar.
Sungai Golok yang memisahkan Malaysia dan Thailand , so sesiapa nak seludup barang-barang samada dari Malaysia ke Thailand atau sebaliknya boleh mengikuti sungai ni dengan hanya menaiki sampan , tapi di sepanjang sungai ni askar-askar Malaysia sentiasa ada utk memastikan tiada penyeludup berjaya ke Malaysia atau ke Thailand. Kalau berani cuba lah..
Hafizi sempat bergambar di Sg Golok
Amboi seronok diorang ni bergambar , sampai askar yang berkawal di situ pun 'confuse' diorang ni nak shopping ker atau nak ke seberang. Tengok Kak Long tu ..dia yang paling teruja.
Aktiviti membeli-belah sedang giat dilaksanakan oleh kaum-kaum ibu dan hawa , risau ni ...kena cek beg duit ni..cukup ker tak ni nak beli macam-macam ni..risau sangat ni XD
Apa yang Miza buat kat situ? tunggu Mama ker? meh ikut Baba kita pi ngeteh dulu..kalau Mama shopping mahu berjam-jam tu....sengal lutut mahu tunggu...
Ok la tu sempat gak bergambar di sini...maklumlah baru pertama kali menjejakkan kaki kat sini..tentu teruja tu.
No comments:
Post a Comment