Ho Chi Minh City .. hari kedua

Tarikh : 14/7/2016

Setelah selesai solat subuh dalam jam 5 pagi , kami terus mandi dan bersiap-siap untuk sarapan di restoren di dalam hotel. Perbagai menu disediakan seperti mee sup , nasi goreng , kuih-muih dan sebagainya. Kami hanya makan roti bakar , telur ayam dan juga salad. Yang paling sedap adalah kopinya. Kopi Vietnam memang diakui antara tersedap di rantau ini.
Permandangan bandaraya Ho Chi Minh dari tingkap hotel kami menginap

Setelah selesai sarapan , kami rehat sebentar di bilik. Setengah jam kemudian kami terus berjalan kaki ke pasar Ben Than. Masa perjalanan adalah lebih kurang 10 minit ke sana. 
Kami berjalan kaki sahaja ke pasar Ben Than , tak jauh sangat dari hotel kami menginap

Alamak , sesat pulok dah, terpaksa refer map yang diberi oleh pihak hotel pagi tadi. Sebenarnya dekat jer , tapi disebabkan baru pertama kali menjejakkan kaki di HCMC maka jalan pun sesat-sesat lah

Kelihatan bangunan semacam TM Tower di Bangsar

Setelah penat berjalan, akhirnya kami sampai di pasar Ben Than


Pintu masuk pasar Ben Than

Sampai sahaja di pasar kami terus di sapa oleh jurujual , ada yang lebih ekstrem lagi dengan menarik tangan utk memasuki kedai mereka.Pn isteri sempat membeli beberapa helai kain cotton yang berharga RM30 sehelai dan juga beberapa helai kain sutera vietnam yang berharga RM50 sehelai. Jika dibandingkan dengan di Malaysia , harga di sini memang amat murah sekali. 
Jurujual kain sutera vietnam yang mempromosikan produknya . Minah ni kira terkenal juga dikalangan rakyat Malaysia

Pembantu jurujual sempat berposing . Dia ni pun pandai cakap melayu. 


Satu lagi gerai yang menjual kain sutera vietnam , tapi yang tak bestnya bila selesai urusan jual-beli dia minta komisyen pulak, bagi jer la dia RM5

Tidak ketinggalan juga Pn isteri membeli gelang Jade Vietnam. Pada mulanya mereka meletak dengan harga RM250 , tapi setelah tawar-menawar dapat jugalah Pn isteri membeli dengan harga RM180. Miza juga tidak ketinggalan untuk membeli gelang seramik dengan harga 230,000 Dong.


Proses tawar-menawar untuk membeli gelang Jade

Selesai membeli-belah di pasar , kami terus berjalan-jalan di Malaysia Street berdekatan dengan Restoren Hjh Basiroh. Kami juga bertanya harga tudung Nealofa , harganya amat murah sekitar RM15-18 sahaja sehelai.


Malaysia Street , banyak kedai makanan halal terletak di sini. Di sini juga terdapatnya kedai-kedai kain yang harganya murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Semuanya bertutur bahasa melayu di sini, rasa macam berada di Kuala Lumpur pulak

Kami ingat nak jalan kaki sahaja balik ke hotel , tetapi setelah 15 minit berjalan kami telah sesat, ingat-ingat lupa pulak jalan yang kami lalui tadi. Akhirnya kami terpaksa mengalah dengan menaiki teksi Vinasun ke hotel . Caj nyer tidak lah mahal sangat sekitar 30,000 Dong sahaja. 


Kadar caj yang dikenakan apabila menaiki teksi Vinasun. Pastikan sediakan duit kecil secukupnya sebab diorang ni selalunya tak pulangkan baki , anggap jer la tips utk diorang 

Sampai di hotel kami terus makan nasi berlaukkan ikan bilis pedas dan tidur seketika.Kami bercadang untuk ke pasar malam berhampiran dengan Pasar Ben Than pada malam hari tetapi tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebatnya. Hajat kami terpaksa ditangguhkan kerana hujan tidak berhenti sehingga jam 10 malam. Selepas jam 10 malam kami ke Circle K Market bersebelahan dengan tempat hotel kami menginap utk membeli roti dan air mineral utk mengalas perut yang sememangnya tengah kelaparan. Ketika sampai di hotel kami terserempak dengan rakyat Malaysia yang berniaga di sini. Banyak pengalaman dia ceritakan semasa dia berada di sini. Dia juga berkata di sini lebih selamat jika berjalan malam jika dibandingkan di Kuala Lumpur. Sudah 4 tahun dia berniaga di sini, memang tak mustahil lah dia boleh bercakap Vietnam.

Selepas jam 10:30 malam kami pun naik semula ke bilik hotel untuk berehat dan tidur. Keadaan di luar masih lagi 'happening' dengan aktivti perniagaan dan minum-minum. Banyak juga kelihatan pusat massage dibuka di sini tapi hanya fokus pada foot massage sahaja kerana aktiviti pelacuran memang diharamkan oleh kerajaan Vietnam sehinggakan bila hendak check-in di hotel jer diperlukan marrige certificate bagi pasangan yang hendak menginap. Certificate ni diperlukan jika ada pelancung asing membawa wanita vietnam ke bilik hotel mereka.

Ho Chi Minh City .. hari pertama

Tarikh : 13/7/2016

Kami bertolak ke KLIA 2 pada jam 9:30 pagi , perjalanan yang selesa kerana tiada kesesakan lalulintas di ELITE Highway sehingga ke KLIA 2 . Terima kasih juga kepada Aznor kerana sudi menghantar kami sekeluarga ke sana. Perjalanan kami memakan masa selama 40 minit .

Selepas check-in di KLIA2 , Hafizi dan Miza memang seronok sangat nak naik kapalterbang AirAsia sebab dah lama tak naik katanya.

Sampai sahaja di KLIA 2 kami terus ke kaunter check-in Air Asia untuk proses 'beg drop' . Bagi memudahkan urusan check-in , kami terlebih dahulu telah web check-in di rumah, senang dan mudah. Proses check-in di kaunter tidak mengambil masa yang lama , hanya 15 minit sahaja termasuklah menunggu giliran. Kami diberi 'boarding pass' dan di suruh menunggu di balai berlepas di ruang menunggu L7. Flight kami berlepas dalam jam 12 20 tertangguh selama 20minit.

Boarding pass , Ho Chi Minh City kami datang !!

Lama betul menunggu untuk naik kapalterbang ni.

Miza ni dengan pantas melihat makanan yang dijual di dalam flight. Dia kata nak makan nasi lemak la. Harganya dalam RM 13 satu set, mahal betul.

Memang gembira la diorang ni dapat makan nasi lemak di udara , padahal rasanya tak sedap sangat pun.
Nasi Lemak AirAsia 

Kami sampai di Tan Son Nhat International Airport pada jam 1:30 petang waktu Vietnam
Laluan menuju ke kaunter imigrasasi dan bagasi di airport. Nampak macam tak berapa sesak.

Kami sempat membeli sim kad unlimited data dan jumlah panggilan selama 13 jam dengan harga 10USD.  Data yang diberi sebanyak 790MB dan selepas kuota habis data masih boleh digunakan tetapi kelajuannya amat perlahan .Tapi takper sekurang-kurangnya dengan adanya data ni ia penting untuk kami berhubung dengan dunia luar .

Proses imigrasasi amat mudah sekali di sini , lagi mudah berbanding di Malaysia , tidak ketat hanya cop dan keluar, pegawai tu pun tak tanya apa-apa mungkin sudah biasa dengan rakyat Malaysia yang selalu datang ke HCMC. Selesai proses imigrasasi kami terus ke kaunter 'Loss and Found' sebab kami hendak melaporkan kerosakan pada bagasi kami semasa tiba di HCMC. Layanan terbaik kami terima dari staf kaunter tersebut dan memang mudah sekali urusan tu. 

Layanan mesra dari staf kaunter `Loss and Found` di airport.
Bagasi kami yang rosak. Nasib baik tak teruk sangat , kalau tidak abis semua baju terkeluar sana-sini.
Saigon Ground Services , layanan memang terbaik.

Setelah selesai pemeriksaan kastam, kami terus ke kaunter teksi . Tambang yang dikenakan hanya 220,000 Dong  untuk ke hotel kami menginap. 
Kaunter teksi yang kami pilih untuk ke hotel.
Resit teksi dalam 220,000 Dong ke hotel. 
Kami boleh menaiki teksi Vinasun bermeter tetapi rasa malas nak sorong beg jauh-jauh ke perhentian teksi.
Suasana di luar airport , memang sesak dengan manusia

Teksi-teksi yang digunakan di sini semuanya jenis Toyota yang baru. Perjalanan kami ke hotel mengambil masa lebih kurang 45 minit kerana kesesakan jalanraya yang teruk. Motosikal bersimpang siur sana sini, tapi takda pula berlaku kemalangan.
Motorsikal memang banyak di HCMC

Diorang dah biasa macam tu rasanya.Setelah sampai di hotel pemandu teksi tu terus meminta tips dari kami dan kami beri RM5 dan di sungguh gembira nampaknya dengan tips tu. Melancung ke HCMC ni , setiap masa mesti jer ada orang yang minta tips, so kena lah awal-awal sediakan banyak duit kecil.

Proses check-in di hotel Hiang Lien ni amat mudah sebab kami dah booking dari online awal-awal lagi. Kami hanya memberi passport kepada staf kaunter dan dia terus bagi kunci bilik bernombor 801 kepada kami. Bayaran pun belum di laksanakan lagi membuatkan kami risau juga takut duit hotel tu terguna pulak untuk kegunaan lain.

Di sebelah hotel kami ada kedai 24jam Circle K milik jutawan Malaysia tu , so kami belilah keperluan utk makan malam kami seperti chili sos , telur ayam , mineral water dan sebagainya. Harganya amat murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Harga Roti segar berserta telur goreng + salad+tomato+bawang hanya RM1.90 jer ( 10,000 Dong ) , murah sangat.Chili sos yang kami beli pun memang ada halal certifed, so kami tidak was-was lah menggunakan bahan tersebut. Hari ni kami tidak pergi kemana-mana just duduk sahaja di dalam bilik hotel memandangkan kami memang dah terlebih penat mengharungi perjalanan yang jauh pada siang hari.










HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...