Euro Rich Hotel...


27 Disember 2013

Cuti-cuti Malaysia di sambung lagi ke destinasi Melaka Bandaraya Bersejarah. Kali ini kami mengorak langkah ke Euro Rich Hotel yang terletak di Plaza Mahkota, Melaka. Kami bertolak dari kampung pada jam 3.30 petang dan terpaksa menempuh kesesakan lalulintas di Bandar Melaka terutamanya di Bandar Hilir. Aduhai macam mana tak sesak giler sebab ramai pelancong asing dan pelancong tempatan yang melawat Melaka pada waktu itu.

Kami tercari-cari lokasi Euro Rich Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka, kira-kira 1 km dari Kubu A'Famosa dan Jonker Street yang terkenal. Setelah tiba di Jalan Melaka Raya berdekatan berhadapan Menara Tamingsari dan Dataran Pahlawan, kami mencari jalan ke Plaza Mahkota dan yesss akhirnya jumpa gak hotel tu.

 Inilah pandangan sisi hadapan Euro Rich Hotel.

Ini pula pandangan  lot Parking untuk meletak kenderaan bagi pengunjung hotel. Peringatan!!!! wajib gores kad kupon Parking Melaka (RM0.60 sejam) yang diberi percuma oleh pihak hotel bagi mengelakkan disaman oleh pihak berkuasa tempatan.

Alamatnya: Euro Rich Hotel Melaka: Jalan PM 13, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.

Test...test...test remote tv....ok ker tak nie?
Itulah benda pertama yang dicapai oleh Hafizi sebaik tiba di hotel, asyik tengok tv ajer.

Di dalam bilik ini ada satu katil single dan satu katil queen, TV, aircond, meja tulis dan kerusi, bilik mandi En suite dengan kelengkapan mandian.

Ulasan untuk Euro Rich Hotel:-

Cukup selesa bagi mereka yang bercuti bersama family kerana bilik yang luas, lantai 'classic dark wooden flooring'  dan berdekatan dengan tempat-tempat menarik (Bandar Hilir, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, A'Famosa, Bukit St Paul), parking percuma, layanan staff yang mesra dan pantas.


Arnab yang comel di Kampung

25 Disember 2013

Sempena cuti Krismas tahun nie, kami balik kampung ler pulak. Bayangkan betapa penat dan lenguhnya badan, apa tak nyer memandu dari Kuala Lumpur ke Utara dan kini ke selatan tanahair pulak. So lepak-lepak ler pulak kat kampung.

Pada keesokan hari, kami berkesempatan bermain dengan anak-anak Arnab Pedaging yang baru berusia 25 hari.  Seronok gak dapat bermain dengan anak-anak arnab nie, comel sangat haiwan tu macam teringin aje nak bawa balik ke KL untuk temankan Si Chiko yang kesunyian kat rumah tu.

Inilah rupanya Arnab Pedaging yang baru berusia 25 hari. Geram betul dengan keletah si arnab nie, rasa macam nak picit-picit ajer...tapi takut pulak nanti Acik Amin marah kat saya. Nasib ko ler anak arnab...siapler ko nanti  kalau dah matang, cukup umur pasti ko kena buat rendang tok.

Miza nie tak sudah-sudah dok belek-belek si Arnab nie...emmm sure nie nak bagi nama timang-timangan ekkk..apa yek nama yang terlintas nak bagi tur.

Miza kata           : Ape nama awak?
Anak arnab kata : .@@@@@@@(bahasa arnab)
Miza kata           : Jantan ke betina nie?
Arnab kata         : @@@@########(bahasa arnab)
Miza kata           : macam comel aje...macam cute...jom ikut balik kee elll. nak tak weiii?

 Jom geng kita main sembunyi-sembunyi dalam karung...boleh ler ikut balik ke KL.

 cak bah cak...pandai main ker tak nie?

 Mana satu mak dia nie..alahai terlupalah pulak mana satu tadi bukak sangkar dia nie...so arnab pi cari mana satu mak mu nie? Cepatlah jerit minta tolong yer si anak arnab, macam nie tau kalau nak carik mak mu....help! help! help! where my mummy....uwaaaaaaaaa.

Selamat berpisah..sedih tau

Mama bagi resepi macam mana hendak masak rendang arnab, kalau nak cuba masak rendang arnab tu boleh lah TRY  ikut resepi di bawah ini.....Selamat Menjamu Selera.

Rendang Arnab Comel

Bahan-bahan :

1ekor arnab
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu serbuk ketumbar
12 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik
2 batang serai
1 biji kelapa-ambil 2 mangkuk santan pekat
1 senduk minyak masak
sehelai daun kunyit 
Sehelai daun limau purut

Cara Memasak :

1. Arnab di potong dan dibersihkan. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia ,lengkuas  diblender dan kemudian serai dititik.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblender tadi hingga wangi dan barulah dimasukkan daging, serbuk kunyit , ketumbar dan garam secukup rasa.
3. Kemudian masukkan pati santan dan kerisik. Kacau supaya semuanya sebati, masukkan daun kunyit dan daun limau purut, biarkan kuahnya menjadi kering. Angkat dan hidang.

Dataran Helang , Langkawi

23 Disember 2013

Tidak lengkap percutian kami ke Langkawi sekiranya kami tidak melihat mercu tanda Langkawi iaitu Dataran Helang. Kami berpeluang singgah sebentar di Dataran Helang yang terletak bersebelahan dengan Jeti Langkawi sebelum waktu pelepasan Feri pada jam 11.15 pagi. Kami 'posing' di segenap sudut Dataran Helang selama 30 minit  untuk mengabadikan gambar kenangan. 

Ianya juga menjadi tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di Pulau Langkawi dan terletak berhampiran dengan jeti Langkawi serta nampak terserlah gah sekiranya kita pergi ke Langkawi melalui jalan laut dengan menaiki feri. Sayup-sayup saujana mata memandang patung helang yang berwarna merah coklat tingginya 12 meter di mana menurut cerita rakyat tempatan, Langkawi yang diperolehi namanya daripada Helang. Selain daripada itu, dalam bahasa Melayu lama pula Kawi menandakan coklat kemerahan maka Langkawi bermaksud 'helang coklat kemerahan'.

Reaksi patung burung helang merah coklat  yang bersedia hendak terbang ke udara.

Meninjau-ninjau manalah tau feri yang ditunggu-tunggu sudah berlepas. Almaklumlah, tiket feri ke Kuala Perlis  'sold out' dan kalau terlepas feri ini bolehlah tinggal lama sehari lagi kat Langkawi...hihihi, bolehlah ajak Babah melawat lokasi lain di Langkawi.

Emmm takde peluang nampaknya sebab feri itu belum berlepas lagi...so kenalah balik hari ini jugak. Macam banyak lagi tempat yang belum dilawati lagi kat Langkawi nie. Takper lain kali nak ajak Babah pergi ke Langkawi lagi bolehlah join trip 'island Hoping', Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh, Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. 

 Jangan terbang dulu wahai si burung helang, orang nak bergambar sekejap.


Sempat juga ajak mama pi shopping beli 'key chain' Langkawi untuk kenang-kenangan dari Langkawi.
Inilah jambatan batu yang menghubungkan Dataran Helang ke Jeti Pulau Langkawi dan sempatlah kami 'snapshot' di atas tembok jambatan batu tu. emmm jangan jatuh ke dalam laut sudahlah. bahaya betullah aksi kali nie.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...