29/5/2016 - 3:00 petang
Aktiviti membeli belah barang dapur untuk masak makan malam bermula. Kami menuju ke Ace Central Mart, Saujana Utama. Kereta di parking dan list barang untuk dibeli pun dibawa sekali supaya membeli barang yang perlu saja. Elakkan membazir, beli barang yang perlu saja...jimat cermat amalan mulia.
Masak Pajeri Nenas best jugak malam ni. Nenas segar-segar dijual di sini ..rasa nak beli la pula , padahal sebelum ni menu dalam kepala nak masak lemak sayur pucuk manis.
Miza pula asyk sibuk memilih kurma, dia kata puasa dah nak hampir tiba, so must prepare early laaa utk beli buah kurma, katanya. Amalan makan buah kurma di bulan puasa adalah amalan mulia dan digalakkan kepada umat Islam...perhhh berfalsafah pula my daughter.
"Baba..saya dahagalah..nak minum air...tapi tak tahu nak pilih yang mana satu..semua nampak sedap sedap belaka "
Hafizi pun sibuk menolong Baba mencari sayur utk masakan malam nanti
Rajin lah anak-anak Babah nie...bagus lah... semua tolong angkat barang yang dibeli dan letak ke dalam kereta.
lokasi: Pintu belakang Ace Central Mart