HP Bowling Tournament 2017


Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan tali silaturahim diantara pihak HP dan juga pelanggan-pelanggan HP. Acara ini dikhususkan hanya untuk staf ICT jabatan kerajaan sahaja. Mereka menjemput setiap jabatan menghantar 1 pasukan lelaki dan juga 1 pasukan wanita.

Kami di UiTM Selangor hanya mampu menghantar 1 pasukan lelaki sahaja kerana staf ICT wanita kami tidak mahu bertanding , mungkin segan rasanya. Saya pun dah lama juga tidak bermain bowling ni takut nanti keluar pulak skill balingan ala longkang pulak...aduss.Tapi disebabkan semua kos ditanggung oleh pihak HP dan ada juga cabutan bertuah berupa Laptop dan Printer , saya pun join jer la. Mana tahu ada rezeki, boleh membawa pulang sebiji Laptop walaupun balingan asyik ke longkang jer masa tu hehehe.

Ok kita jumpa di sana !! .



Info@Philately: New Stamp Issue 5/2017 | Festival Food Series - Kadazandusun & Dayak | Date of Issue/Sale: 16.03.17

Pos Malaysia akan mengeluarkan satu lagi set setem kenangan isu " KADAZANDUSUN & DAYAK - Food Festival" pada 16 MAC 2017 ni. Pada peminat setem dan sampul surat hari pertama diminta jangan melepaskan peluang untuk membeli set keluaran yang istimewa ini.

Saya memang tidak akan lepaskan peluang memiliki setem ni kerana saya pernah berkawan dengan mereka dan pernah juga merasai masakan mereka yang lain daripada masyarakat di Semenanjung Malaysia. 


Segala pertanyaan , bolehlah berhubung dengan :

Mohd Zainuddin Noor Rosdy (Moza)
Sales & Marketing, Online Services & Creative


Stamp & Philately Unit, Pos Niaga

Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t:              +603 2267 2002
f:              +603 2694 2139

Amir Nur Hakim

Akhirnya Hafizi dapat juga sepupu lelaki belah abahnya. Ada geng katanya. Selalunya sepupu belah abah semua perempuan dari Jieha sampai la ke Fiera. Amir Nur Hakim diberi nama oleh ibubapa nya. Kata Hafizi , tunggulah Amir besar sikit nanti, bila dah boleh berjalan dan berlari , boleh kejar ayam kat rumah atok. 

Mimpi ngeri pasti akan berlaku dengan lebih dasyat. Ayam-ayam pasti tidak akan tidur lena memandangkan Hafizi dah ada geng baru.

Amir Nur Hakim

KEJOHANAN PERTANDINGAN BOLING PIALA REKTOR UiTM CAWANGAN SELANGOR (KAMPUS PFI) 2017

Tadi ada member whatsup , dia ajak masuk kejohanan boling ni. Adus dah lama la tak main, lagipun nak angkat bola tu dah tak mampu ..berat teramat. Diorang cakap main suka-suka jer , masalah nye nanti yang suka-suka ni membawa duka. Takda ke bola boling yang ringan-ringan macam bolasepak ker? rasa macam baling batu la pulok. Dah insaf rasanya nak main sebab tangan banyak nak guna untuk sukan lain terutamanya badminton. Sorry yer !


HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...