Raya ke 19 di rumah Jieha

15 Ogos 2014 ( 19 Syawal ) - Malam ini kami dijemput menghadiri majlis hari raya di rumah Jieha , rakan se FELO kami. Majlis makan-makan ini bermula seawal jam 8 malam dan berakhir lebih kurang jam 10 30 malam. Ahli keluarga terdekat tuan rumah juga dijemput hadir.

 Apa la diorang tengok tu? yang lain semuanya serius tapi yang di tengah tu ketawa pulak?

 Fauzi sibuk melayan anaknya makan....aktif anak si Fauzi ni..

 Ni la tuan rumah..Jieha bersama anak bongsu nyer Nia..

 Pasangan romantis abad ini , Aiman bersama isterinya Ain

 Hj Bahaman ( Pengetua Kolej Jasmine ) juga hadir memeriahkan majlis ini. Berselera nampaknya

 Ceria nampaknya...
Tak tahu nak komen ........ lantak korang la nak buat macam mana pun...hehehe..yang penting happy

Raya D Puncak

15 Ogos 2014 ( 19 Syawal ) , Sambutan hari raya untuk UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana telah diadakan di Dewan Serbaguna , UiTM Puncak Alam . Sambutan bermula dengan taklimat Sayangi UiTM oleh PNC UiTM Puncak Alam. Jamuan Raya bermula pada jam 11 30 pagi apabila taklimat tersebut tamat.

Taklimat Sayangi UiTM oleh Penolong Naib Cancelor Kampus UiTM KPA dan KPP

 Tuan John dan Tuan Syawal nampak semangat mendengar taklimat Sayangi UiTM.

Hidangan hari raya dari staf Pejabat Asasi

 Dia nie kalau ambik gambar sure comel punya...staf dari Pejabat PNC

 Hidangan Laksa dari staf Pejabat Infotech

 Staf dari Pejabat HEP  , bila nak open nasi tomato tu, dah lapar ni...

Hidangan lemang dan rendang .. sedap dan lazat dari Pejabat PTAR

 Anak sapa la ni? ... ceria bersama satay yang di sediakan oleh Pejabat Fasiliti

 Salah seorang dari staf Pejabat Fasiliti yang kelaparan..hehehe...

Majlis tamat pada jam 12 45 tghari ...semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan


HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...