Megi Kari Goreng Cili Api

26/5/2016 - 8 malam

"Baba lapar tak sekarang nie? , kalau Baba lapar nanti saya masakkan special utk Baba iaitu Megi kari goreng cili api " - Miza bertanya pada Baba nya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Baba berkata - " Ok gak...boleh gak merasa megi special tu ..Baba pun tengah lapar gak ni" 

Ni dia megi tersohor di Malaysia dengan adunan 12 rempah asli dengan cili sebenar..

Antara bahan-bahan yang Miza sediakan , nampak macam banyak jer cili api tu.. sure pedas 'giler' ni 

Tadaaaaa..... ini dia hasil air tangan Miza ...Megi kari goreng cili api . Lazat berkhasiat dan pedas teramat , sungguh enak di makan begitu saja ( macam iklan roti gardenia pulak dah )

Resepi dari Miza

1 cili merah 
5 cili api
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah

Kesemua bahan ini dipotong halus-halus

Cara memasak :

Panaskan minyak di kuali , apabila dah panas masukkan semua  bahan yang telah dipotong . tumis sehingga naik bau dan masukkan megi goreng ke dalam kuali tersebut , letakkan sedikit air bagi melembutkan megi tersebut . Apabila megi sudah lembut dan sebati dengan bahan-bahan tadi , masukkan pula rempah kari megi dan kacau sehingga sebati . Akhirnya Megi kari goreng cili api siap utk dihidangkan. Mudah kan?


Teruja dapat naik Air Asia

Teruja dapat naik kapalterbang AirAsia . Itulah yang boleh digambarkan kepada 2 orang adik beradik ni. Maklumlah hampir 6 tahun tidak menaiki kapalterbang sejak berpindah dari Sabah pada tahun 2010 dahulu. Macam-macam gaya la diorang kat dalam kapalterbang tu . Si Miza memang tak habis-habis nak beli makanan dalam kapalterbang tu , dia kata makanan dalam kapalterbang ni memang sedap dan 'awsem' . Harga dia memang mahal , nasi lemak biasa jer dah RM12.00 , belum campur yang lain-lain lagi , boleh kempis kocek ni . Apa-apa pun diorang amat gembira dengan penerbangan ini. Terima Kasih AirAsia. 




Telaga Tujuh Langkawi - Sambungan

Ramai pulak tanya mengapa cerita Telaga Tujuh hari tu macam tergantung jer. Ye la..hari tu cuma mukadimah jer tentang asal-usul Telaga Tujuh tu. 

Kalau ke Pulau Langkawi , tidak sah kalau tidak pergi ke Telaga Tujuh  jadi kami pun bertolak ke Telaga Tujuh tersebut. Perjalanan kami mengambil masa hanya 30-40 minit dari bandar Kuah ke Telaga Tujuh dengan menaiki kereta. Aku sebelum ni tidak pernah mendaki hutan Telaga Tujuh ni cuma isteri saja yang pernah mendaki dan dia berpesan jangan kejang kaki pulak nanti bila mendaki , maklumlah anak tangga yang perlu dilangkahi memang beribu-ribu 'lemon' langkahnya.

 Laluan masuk ke Hutan Telaga Tujuh , papan tanda menunjukkan laluan mendaki ke puncak , nampak memang tinggi so kena bersedia mental dan fizikal utk mengharungi anak tangga nanti. 

Jangan lupa beli air kelapa dulu . Di jamin mesti dahaga 'giler' bila memanjat nanti 

 Miza leka membaca arahan tentang "jangan beri makanan kepada monyet" , takut mengganggu persekitaran dan kesihatan monyet tersebut. Ada ke patut hari tu si  Hafizi bagi air 'coke' kat si monyet tu , monyet tu selamba pulak minum air tu..rasanya mahu mabuk ketum seminggu monyet tu nanti XD

 Pendakian bermula , ada jalanraya dan disebelah nya ada tangga , so boleh pilih la mana opsyen yang disukai , buat masa ni kami cuba menggunakan jalanraya dulu. Rasanya baru 5 minit berjalan dah semput...macam jem jer kepala lutut . 

 Memandangkan lutut dah 'ketaq' bila menggunakan jalanraya, kami menggunakan laluan tangga pulak. Ok la sebab kalau penat boleh kami berehat sebentar di pondok yang disediakan di sepanjang laluan bertangga itu.

 Mak aiii , ada 367 anak tangga lagi nak kami tempuhi , harap tak kejang la kaki sebelum sampai ke telaga tu.

 Akhirnya kami sampai juga di air terjun Telaga Tujuh tu , nasib baik kaki tak kejang tapi penat memang teramat la. Hafizi tak sabar-sabar terus mandi kat situ . Airnya memang sejuk dan segar.

 Ini jambatan tinjau , kalau nak lihat permandangan yang indah boleh berdiri di sini.

Monyet yang jinak , hulur jer makanan sure diorang datang punya.

Kuala Nal


Alamak !! ...kali ni terpaksa menghantar rombongan perminangan anak buah ( anak sulong Kak Long ) ke Kuala Nal di dalam daerah Kuala Krai , Kelantan . Mulanya macam malas la nak pergi sebab terpaksa nak feri bagai dan jaraknya dari Shah Alam yang terlalu jauh , tapi digagahkan diri juga untuk pergi ke sana memandangkan aku pun belum pernah menjejakkan kaki di bumi Kelate.

Perjalanan bermula pada jam 1 pagi dari Shah Alam dan kemudian singgah sebentar di Damansara Damai utk mengambil Abe Khairul dan Kak Kamariah . Ok jugak mereka nak tumpang kerana boleh share-share minyak ..jimat sikit kos perjalanan kan. Perjalanan diteruskan melalui Lebuhraya MRR2 , memasuki tol Gombak dan seterusnya ke Genting Sempah.

Berhenti seketika di stesen Petronas di Laluan Lebuhraya Karak sebab Miza sibuk hendak ke toilet . Dia ni kalau jalan asyik nak ke toilet jer , tapi ok la..boleh la pekena kopi panas sekejap. 20 minit selepas itu perjalanan diteruskan melalui simpang kiri Bentong Barat menuju ke bandar Bentong dan ke Raub.

Disebabkan pada pagi itu jalan memang 'clear' , kami sampai di Gua Musang pada jam 6 pagi , so sempat lah solat subuh dan 'breakfast' di RnR Gua Musang. Jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai . Perjalanan mengambil masa 2 jam kerana terlalu banyak kenderaan berat berada di atas jalanraya , nak memotong pun kena berhati-hati kerana laluan ni amat berbahaya dan berliku-liku. Jam 9 pagi kami sampai di Kuala Krai dan kami ke masjid berdekatan utk salin pakaian, takkan nak pergi kenduri kawin pakai tshirt jer hehehe.

Selepas siap semuanya , kami terus ke Jeti utk menaiki feri ke Kuala Nal , ini yang tak best ni feri dia dah la slow lepas tu sempit pulak , so terpaksa la tunggu giliran dengan tempoh masa yang agak lama. Kata orang sabar tu separuh dari iman...so sabar je la...

 Tu dia feri yang kami naiki , Khairul dan Kak Kam nampak ceria jer , maklumla dalam kereta boleh tidur dengan nyenyak , aku jer ngantuk tak tidur lansung ..aduhhhaii

My Lovely Wife nampak ceria gak pagi ni...

 Miza dan Mama sempat bergambar di atas feri yang slow ni

 Ini lah feri Kuala Nal

Sungai Kelantan 

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...