Ramai pulak tanya mengapa cerita Telaga Tujuh hari tu macam tergantung jer. Ye la..hari tu cuma mukadimah jer tentang asal-usul Telaga Tujuh tu.
Kalau ke Pulau Langkawi , tidak sah kalau tidak pergi ke Telaga Tujuh jadi kami pun bertolak ke Telaga Tujuh tersebut. Perjalanan kami mengambil masa hanya 30-40 minit dari bandar Kuah ke Telaga Tujuh dengan menaiki kereta. Aku sebelum ni tidak pernah mendaki hutan Telaga Tujuh ni cuma isteri saja yang pernah mendaki dan dia berpesan jangan kejang kaki pulak nanti bila mendaki , maklumlah anak tangga yang perlu dilangkahi memang beribu-ribu 'lemon' langkahnya.
Laluan masuk ke Hutan Telaga Tujuh , papan tanda menunjukkan laluan mendaki ke puncak , nampak memang tinggi so kena bersedia mental dan fizikal utk mengharungi anak tangga nanti.
Jangan lupa beli air kelapa dulu . Di jamin mesti dahaga 'giler' bila memanjat nanti
Miza leka membaca arahan tentang "jangan beri makanan kepada monyet" , takut mengganggu persekitaran dan kesihatan monyet tersebut. Ada ke patut hari tu si Hafizi bagi air 'coke' kat si monyet tu , monyet tu selamba pulak minum air tu..rasanya mahu mabuk ketum seminggu monyet tu nanti XD
Pendakian bermula , ada jalanraya dan disebelah nya ada tangga , so boleh pilih la mana opsyen yang disukai , buat masa ni kami cuba menggunakan jalanraya dulu. Rasanya baru 5 minit berjalan dah semput...macam jem jer kepala lutut .
Memandangkan lutut dah 'ketaq' bila menggunakan jalanraya, kami menggunakan laluan tangga pulak. Ok la sebab kalau penat boleh kami berehat sebentar di pondok yang disediakan di sepanjang laluan bertangga itu.
Mak aiii , ada 367 anak tangga lagi nak kami tempuhi , harap tak kejang la kaki sebelum sampai ke telaga tu.
Akhirnya kami sampai juga di air terjun Telaga Tujuh tu , nasib baik kaki tak kejang tapi penat memang teramat la. Hafizi tak sabar-sabar terus mandi kat situ . Airnya memang sejuk dan segar.
Ini jambatan tinjau , kalau nak lihat permandangan yang indah boleh berdiri di sini.
Monyet yang jinak , hulur jer makanan sure diorang datang punya.
No comments:
Post a Comment