Perjalanan pergi ke Langkawi


22 Disember 2013
Anak- anak tidak sabar menanti bermulanya perjalanan ke Langkawi dan keceriaan jelas terpancar di wajah mereka sambil meneka cerita tempat-tempat menarik di Langkawi. Perjalanan kami sekeluarga dari Sungai Buloh ke Langkawi bermula jam 9.30 pagi dengan menggunakan kereta. Segala persiapan rapi telah diatur termasuk pemeriksaan kereta bagi memastikan tiada masalah timbul dan perjalanan ke Langkawi dapat berjalan lancar. 

Bermula dari melalui Lebuhraya Guthrie, Plaza Tol Lagong dan susur masuk melalui Plaza Tol Rawang Selatan untuk ke Lebuhraya Utara Selatan menuju ke utara tanahair. Kemudian kami berhenti rehat seketika di Perhentian Behrang dalam sekitar jam 10.30 pagi. Banyak kemudahan disediakan di perhentian ini seperti tempat meletak kenderaan, gerai-gerai buah-buahan, tandas awam dan tempat rehat. Sempat jugalah kami mengambil gambar Hafizi berehat dan kepenatan.


Hafizi sempat tidur sebentar.


 Hafizi melompat kegirangan apabila Babah menyambung perjalanan ke Langkawi.

Sekitar jam 12.10 tengahari, kami berhenti rehat sekali lagi di Perhentian Anjung Tinjau Ipoh Utara bagi menikmati suasana kehijauan alam semulajadi pergunungan. Beberapa 'snapshot' yang sempat dirakamkan bagi menggambarkan keindahannya. Kesibukan kenderaan yang lalu lalang di highway tidak menggangu kami menatap dan menhirup udara segar dan nyaman dirasai.



Terowong Menora ini terletak di bawah Banjaran Kaledang, negeri Perak. Terowong ini sepanjang 800 meter  dan berada di laluan Lebuhraya Utara Selatan di antara Plaza Tol Jelapang dengan Kuala Kangsar dan Changkat Jering. 
Inilah laluan Terowong Menora yang menyimpan pelbagai misteri dan pemandu dinasihati agar sentiasa menggunakan gear rendah semasa melalui laluan ini. Berhati-hati di jalanraya.

Perut berkeroncong berbunyi tandanya perlu diisi dan kami pun berhenti di Perhentian Sungai Bakap untuk menikmati juadah makanan tengahari iaitu Nasi Lemak Juadah Istimewa. Kami memilih gazebo yang tiada orang supaya keselesaan menikmati hidangan tidak terjejas. Konsep ala ala berkelah gitu.

Seterusnya kami menerusnya perjalanan dan keluar PLaza Tol Juru dengan membayar tol sebanyak RM40.60. Perjalanan diteruskan  melalui  jalanraya George Town dan kira-kira 10 minit, kami masuk lebuhraya semula melalui Plaza Tol Sungai Dua. Hampir satu jam 30 minit, kami susur keluar melalui Plaza Tol Hutan Kampung, Kedah Darulaman dengan kadar tol sebanyak RM13.00. Tidak sampai 10 minit kami pun membayar lagi  tambang RM1.60 di Plaza Tol Jitra dan seterusnya menyusuri laluan Lebuhraya Changlon untuk menuju ke destinasi Kuala Perlis. 

Jam menunjukkan  pukul 4.30 petang apabila kami sampai di Jeti Kuala Perlis dan kesesakan lalulintas berlaku di sepanjang laluan menuju ke jeti tersebut disebabkan pelbagi aktiviti antaranya menurunkan penumpang, meletak kenderaan dan mengambil penumpang serta kesibukan orang ramai membeli tiket feri ke Langkawi. 

Hafizi menyibukkan diri beratur untuk membeli tiket feri dari Kuala Perlis ke Langkawi. Tambang tiket feri ke Langkawi berharga RM18.00 untuk dewasa dan RM13.00 untuk kategori kanak-kanak. Perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Jeti Pulau Langkawi mengambil masa satu jam. Akhirnya kami dapat juga tiket pada jam 6.00 petang tetapi feri mengalami kelewatan bertolak selama 20 minit.


Miza dan Hafizi pilih tempat duduk sebelah tingkap sebab hendak melihat dan mengamati permandangan indah menaiki feri. Feri ini boleh memuatkan penumpang seramai 600 lebih orang dan menempatkan tiga dek lapisan iaitu dek bawah, dek tengah serta dek atas. Suasana kesesakan berlaku semasa menaiki feri setiap kali tibanya cuti sekolah.


 Suasana di Jeti Pulau Langkawi di kala senja.

Kami turun dari jeti dan terus menuju ke Terminal Jeti Pulau Langkawi dengan membawa bagasi masing-masing. Di samping itu, disediakan juga perkhidmatan troli dengan sewaan berharga  RM1.00 sehala.

Wajah-wajah  kepenatan sambil menunggu teksi untuk pergi ke hotel.

No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...