Hari Raya Ke 2

29 Julai 2014 ( 2 Syawal ) , Awal pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk pulang berhari raya ke kampung ( Parit Bengkok , Gersik , Johor ) . Selepas selesai mem 'packing' apa yang patut , kami pun mula bertolak dari Puncak Perdana lebih kurang jam 12 tghari.  Kami singgah sebentar di Kampung Merbau Sempak untuk menyimpan kereta kami iaitu Honda CRV ( tahun ni kami balik ke kampung menaiki Perodua MYVI , disebabkan tayar Honda CRV kami tak berapa sesuai digunakan untuk perjalanan jarak jauh).

Perjalanan dari Shah Alam ke persimpangan KLIA melalui leburaya ELITE berjalan dengan lancar sekali , walaupun kenderaan banyak bertali arus tapi tahap kesesakan masih kurang, tetapi apabila mahu memasuki sahaja lebuhraya PLUS di Seremban , kesesakan di lebuhraya amat teruk sekali. Kami ingatkan kesesakan ini akan berkurangan setelah melepasi Tol Seremban atau Tol Senawang tetapi kesesakan ini berlanjutan sehingga ke Ayer Keroh , punya la seksa nya memandu dalam keadaan macam ini , rasa macam nak terbang jer...

Kami sampai di kampung Parit Bengkok dalam jam 4 petang, Ejam  , Kak Ida  dan Azah sekeluarga masih belum sampai lagi, so untuk tidak membuang masa, selepas solat Asar kami pun beraya juga di 'Darat' dengan beberapa keluarga yang dah ada. Sempat juga lah kami beraya dalam 2-3 rumah pada petang tersebut.

 Kila nampak paling bergaya ari tu, duduk di tengah-tengah pulak tu..hehehhe

 Ni dia pasangan paling romantik di hari raya kedua ni , berdua-duaan kesana kesini..huhuhu

 Orang nak beraya dia ni asik tgk gajet jer....camno nak fokus raya camni??

 Gadis-gadis comel berhari raya...seronok nampak diorang tu.

 Sebelum balik pekena rambutan dulu, mmg lazat dan berkhasiat.

Apa yang ditengok tu? ada cicak lak kat tayar .."eeee geli la" kata Kila.

Selepas magrib , aktiviti raya kami diteruskan ke rumah makcik Tempe dan Wak Sukini. Ok la tu sempat juga beraya di hari raya kedua ini.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...