Projek petang ni adalah bagi mengajar my wife tentang selok-belok penggunaan kamera Sony DSLR. Memandangkan my wife akan ke Perth untuk urusan kerjanya maka eloklah dia belajar sedikit sebanyak penggunaan kamera ini bagi memantapkan lagi dirinya dalam proses 'snap' gambar di sana nanti. Yang paling penting baginya adalah pengetahuan tentang ISO , mengawal shutter dan juga aperture.
Di sini diterangkan serba sedikit tentang 3 setting utama DSLR tersebut:
1. ISO - ISO or ASA adalah unit yang
digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada
cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan.
ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera
menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.
ISO diwakili dengan nombor seperti ISO80, ISO 100,
ISO 200 dan seterusnya. Tambahkan ISO jika anda menggunakan aperture kecil dan
shutter speed yang lebih pantas. Ini kerana ISO akan membantu mencerahkan imej
yang kita rakam. Lebih tinggi ISO yang kita gunakan, gambar akan menjadi lebih
cerah dan kurang kualitinya untuk cetakan bersaiz besar
Untuk film atau ‘point and shoot’ camera, biasanya
tersedia dengan ISO 50 atau 100 paling rendah. ISO yang lebih pantas adalah
seperti ISO 800 atau 1600 atau 12,000. Digital SLR adalah lebih sensitif kepada
cahaya daripada kamera filem atau kamera digital yang berlensa tetap
(fixed-lens).
Penggunaan ISO yang rendah adalah untuk
mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’. Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan
menjadikan imej lebih ‘grain’ berbanding dengan ISO rendah
2. Shutter Speed - Secara teorinya, Shutter
Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR.
Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan
foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang
akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk
handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan
BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR
Pemilihan shutter speed bergantung kepada
Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah
bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda
menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM
1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini
semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej
samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon)
3. Aperture - Aperture adalah
bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila
anda mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek
yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan
mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar
lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk
ke dalam kamera.
Berapa banyak cahaya yang masuk ke dalam lubang shutter akan mempengaruhi
samada gambar yang diambil akan mendapat ‘exposure’ yang betul atau
tidak (dengan mengabaikan faktor shutter speed dan ISO terlebih dulu).
Terlalu banyak cahaya yang masuk boleh mengakibatkan gambar menjadi
‘overexposed’, manakala terlalu kurang boleh menyebabkan ia menjadi
‘underexposed’ pula.
Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol
f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana
semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil.
Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin
besar.
Inilah hasil yang diperolehi dari pengajaran petang ini, kira boleh lah yer. Kesian si Miza tak pasal-pasal jadi model pulak petang tu.