Hari keluarga lagi !! Sabtu lepas Hari Keluarga LKIM telah diadakan di Morib Gold Coast Resort. Disebabkan tiada aktiviti yang hendak dibuat pada masa tu, maka kami semua bersetuju untuk mengikuti program hari keluarga tersebut. Semua perbelanjaan ditanggung oleh LKIM...kira berbaloi la kan...di samping mengeratkan silahturrahim sesama ahli keluarga.
Kami bertolak dari Puncak Perdana pada jam 9 malam Jumaat dan sampai di lokasi lebih kurang dalam jam 11 malam . Apabila sampai di lokasi, kami diberi kupon utk sarapan pagi dan tiket percuma untuk aktiviti di Water Theme Park di Resort tersebut. Keesokkan hari, kami bersarapan sarapan dan selepaas itu, kami terus ke taman tema air untuk melakukan aktiviti mandi manda , berenang dan menggelunsor. Hafizi dan Miza kalau jumpa kolam memang suka teramat sangat , sampai berjam-jam pun sanggup diorang duduk berendam di dalam tu. Tak takut kecut ke nanti??
Sebelah petang selepas Zohor, acara sukaneka diadakan di pantai Morib , nasib baik banyak pokok di pantai tersebut ,so taklah panas sangat nak bersukaneka. Pasir di situ memang bersih dan putih.
Mama dan Hafizi menunggu giliran untuk menunjukkan bakat bersukan , tapi leceh la takda acara lari dalam guni , kalau ada sure kalah punya kalau join XD
Bersemangat betul diorang ni.
Alamak...tetiba ada pulak seorang budak kecik dalam grop Hafizi ni , tipis ler peluang nak menang kalau macam ni.
Pantas dan Hebat!!!! harapan pada Hafizi jer sekarang ni...tapi akhirnya kumpulan Hafizi mendapat tempat ke 3 . OK lah tu dari kalah
Miza dan Mama masuk bertanding juga.tapi keputusannya kalah juga, aiiii bila la nak menang ni , kena tunggu Baba yang masuk sekejap lagi kot..
Mama dan Miza masih juga mencuba dalam acara yang lain....
Hasilnya ...tergolek jatuh di atas pasir...hehehe .
Acara kesukaan Baba telah tiba, acara tu tidak lain dan tidak bukan adalah acara baling belon yang berisi air . Nampaknya seperti yang dijangka acara ini di menangi oleh Baba dan Mama dengan mudah sekali.
Antara ahli keluarga LKIM yang hadir .
Jam 8 malam, aktiviti makan malam dan penyampaian hadiah dimulakan .Acara cabutan bertuah juga telah di adakan. Tunggu punya tunggu akhirnya nombor bertuah Mama telah dipanggil dan dapat la hadiah barangan dari HP. Selesai makan kami terus balik ke Puncak Perdana kerana pada keesokkan harinya kami ada aktiviti di tempat lain ( sibuk bebenor ni)