29/5/2016 - 6:00 petang
Hari ni memang hari paling sibuk buat kami sekeluarga , mana tidaknya baru sampai rumah sahaja Hafizi dan Miza mengajak bermain tenis pula. Diorang kata dah lama tak main tenis , lagipun tentu court tenis kosong hari ni sebab pada masa ni , pelajar UiTM tengah bercuti kan? ..katanya lagi. Untuk makluman , lokasi yang selalu kami bermain adalah di UiTM Puncak Alam , Kampus Alam Bina . Di situ terdapat 2 court tenis yang baru dan persekitarannya yang segar dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah dan bersukan.
Apa lagi selesai solat Asar , Hafizi dah sibuk mencari reket tenis di dalam bilik . Tidak lupa juga dengan bola tenis dan air sejuk ..memang aktif betul dia ni. Nasib baik la ada 4 reket tenis , so semua boleh bermain sekaligus. Hafizi bermain menggunakan reket tenis berjenama Dunlop , manakala selebihnya adalah berjenama Wilson.
Apabila semua peralatan sukan selesai di masukkan ke dalam bonet kereta , kami terus menuju ke UiTM Puncak Alam .Perjalanan dari UiTM Puncak Perdana ke UiTM Puncak Alam mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Suasana sunyi dan hening menemani kami apabila kami sampai di lokasi yang dituju memandangkan pada masa ini pelajar UiTM tengah bercuti.
Hafizi dan Miza tak sabar-sabar utk beraksi di gelanggang. "Baba..Mama..cepatlah pakai kasut sukan ni .adik tak sabar nak pukul bola ni"..katanya lagi
Wah hebat pukulan ni..Roger Federer tengok ni sure nangis
Miza dan Mama pun bermain juga sambil Baba menjadi jurulatih kepada mereka semua. Ok la petang-petang ni dapat juga keluarkan peluh... kan bagus untuk kesihatan.
en mazli,gelanggang tenis tu kena tempah dulu ke?
ReplyDeletex perlu tempah....guna jer , time ni xda student gelanggang kosong.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete