23 Disember 2013
Tidak lengkap percutian kami ke Langkawi sekiranya kami tidak melihat mercu tanda Langkawi iaitu Dataran Helang. Kami berpeluang singgah sebentar di Dataran Helang yang terletak bersebelahan dengan Jeti Langkawi sebelum waktu pelepasan Feri pada jam 11.15 pagi. Kami 'posing' di segenap sudut Dataran Helang selama 30 minit untuk mengabadikan gambar kenangan.
Ianya juga menjadi tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di Pulau Langkawi dan terletak berhampiran dengan jeti Langkawi serta nampak terserlah gah sekiranya kita pergi ke Langkawi melalui jalan laut dengan menaiki feri. Sayup-sayup saujana mata memandang patung helang yang berwarna merah coklat tingginya 12 meter di mana menurut cerita rakyat tempatan, Langkawi yang diperolehi namanya daripada Helang. Selain daripada itu, dalam bahasa Melayu lama pula Kawi menandakan coklat kemerahan maka Langkawi bermaksud 'helang coklat kemerahan'.
Reaksi patung burung helang merah coklat yang bersedia hendak terbang ke udara.
Meninjau-ninjau manalah tau feri yang ditunggu-tunggu sudah berlepas. Almaklumlah, tiket feri ke Kuala Perlis 'sold out' dan kalau terlepas feri ini bolehlah tinggal lama sehari lagi kat Langkawi...hihihi, bolehlah ajak Babah melawat lokasi lain di Langkawi.
Emmm takde peluang nampaknya sebab feri itu belum berlepas lagi...so kenalah balik hari ini jugak. Macam banyak lagi tempat yang belum dilawati lagi kat Langkawi nie. Takper lain kali nak ajak Babah pergi ke Langkawi lagi bolehlah join trip 'island Hoping', Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh, Makam Mahsuri dan Beras Terbakar.
Jangan terbang dulu wahai si burung helang, orang nak bergambar sekejap.
Sempat juga ajak mama pi shopping beli 'key chain' Langkawi untuk kenang-kenangan dari Langkawi.
Inilah jambatan batu yang menghubungkan Dataran Helang ke Jeti Pulau Langkawi dan sempatlah kami 'snapshot' di atas tembok jambatan batu tu. emmm jangan jatuh ke dalam laut sudahlah. bahaya betullah aksi kali nie.
No comments:
Post a Comment