Perth - Yanchep National Park & Two Rocks Beach



Bangun seawal 4 pagi untuk sembahyang Subuh dan kemudian pn Isteri buat sarapan dan bekalan untuk makan tengahari. Hari ni buat sandwich dan nasi goreng. Alhamdulillah siap sudah bekalan makanan tengahari dan kami masukkan ke dalam tupperware untuk makanan tengahari. Bukan apa, kami tak mau pening-pening mencari makanan sebab sukar mendapatkan makanan halal sepanjang perjalanan nanti.

Hari ini kami bercadang pergi ke Yanchep National Park. Kereta dipacu dengan berpandukan GPS. Emmm berdebar gak ler nak memandu di Perth ni. Perjalanan nampak mudah lagi sebab kami menggunakan aplikasi Google Map. Jalanraya di Perth nie mesra pengguna dan pemandu di sini semua berhemah. Lebih kurang 45 minit perjalanan kami pun sampai di Yanchep National Park. Berbekalkan pamplet yang diberi kami mengunjungi dan menikmati suasana nyaman di taman ini.  


Kami meletakkan kereta di tempat yang disediakan. Banyak lot parking disediakan untuk pengunjung taman ini, tidak ketinggalan juga tandas awam pun banyak di sekitar taman Yanchep National Park ini. Banyak juga tempat duduk disediakan untuk pengunjung beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Burung-burung di sini semua jinak-jinak dan kebanyakkan mendekati pengunjung untuk mendapatkan sedikit makanan daripada pengunjung. Kami duduk di satu sudut dan membuka bekalan makanan...taraaa sandwich dan air kopi. baru aje nak suap makanan terus pelbagai spesis dan itik datang mendekati kami. Teruja kami makan sambil ditemani burung-burung liar, seronok plus takut..bukan apa risau gak kalau makanan kami diambil oleh burung-burung liar ni.



Tidak ketinggalan juga, kanggaroo liar berkeliaran di sekitar taman ini, kami cuba mendekati kanggaroo ini tapi sukar sekali, bila dekat kanggaroo terus lari. emmm tension betul lah. Berkali-kali cuba snap shot gambar kanggaroo ni dengan posisi yang cun tapi hampeh...bila dekat dia lari. namun akhirnya berjaya juga le..yes.


Kami meneruskan perjalanan di sekitar taman ni, luas sungguh dan pelbagai spesis tumbuhan-tumbuhan dan pokok hutan ada di sini. Kami menyusuri pokok-pokok yang ada di sini bagi melihat tempat koala, namun hampa sebab koala hanya dilepaskan kepada tatapan pengunjung pada jam 3.00 petang. tak sanggup le nak menunggu huhuhu melepas lagi.


Berjalan dan berjalan lagi dan kami sampai di pusat penerangan. Di sini ada dijual tiket untuk melihat pertunjukan dan pelbagai pakej untuk para pengunjung membuat pilihan dan menikmati acara yang disediakan di Yanchep National Park ini. Kami melihat-lihat pelbagai cenderamata yang ada dijual di dalam premis ini.


Seterusnya kami mengambil kereta untuk meneruskan perjalanan menikmati keindahan alam semulajadi di taman, dengan berpandukan peta yang dibekalkan itu kami menuju ke lokasi Crystal Cave. Menariknya di sini kami dapat melihat pelbagai pokok renek yang kami tidak pernah jumpa. Sempat gak kami snap shot gambar-gambar pokok untuk tatapan semua.

Simbolik pintu gerbang Crystal Cave



Kami dibawa oleh pemandu pelancong untuk mengembara di Crystal Cave ini. Kami diceritakan mengenai sejarah kewujudan gua ini dan siapa yang menjumpai gua ini. Pelbagai ilmu  pengetahuan mengenai gua ini kami dapat perolehi dan dapat melihat keindahannya dengan mata kasar kami. Sungguh indah dan menakjubnya ciptaan tuhan. Kami hanya dibenarkan untuk mengambil gambar tanpa lampu flash. Ini bagi mengelakkan side effect dan meminimakan kerosakan crystal tersebut.

Crsytal Cave



Selepas selesai lawatan di Crystal Cave,kami berehat dan makan tengahari. Selesai makan, kami pun keluar dari Yanchep National Park dan menuju ke Two Rocks Beach. Berbekalan aplikasi Google Map kami mencari lokasi pantai ini. Kami melalui kawasan perumahan dan akhirya berjaya berjumpa dengan Two Rocks Beach. apa lagi teruslah kami meronda-ronda..pantainya sangat cantik.


Keindahan pantai Two Rocks yang amat mengasyikkan

Pn Isteri sempat berposing disebalik batu 

No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...