Perth - Lancelin Sand Dunes & The Pinnacles Desert


Malam tadi, pn isteri bertungkus lumus mencanai karipap untuk sajian esok hari. Rajin pulak pn isteri nie, di Perth pun berusaha membuat karipap kentang. emmm sedap gak tu bolehlah bila lapar aje nanti boleh kunyah-kunyah karipap ni, bukannya apa sebab perjalanan hari ini akan mengambil masa yang lama.

Awal pagi ini, pn isteri sibuk di dapor memasak nasi dan goreng karipap kentang, hari ini kami akan makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis yang pn isteri buat sebelum berangkat ke Perth. Makanan yang telah siap tu, kami masukkan ke dalam tupperware untuk bekalan makanan tengahari dan kudapan semasa memandu nanti. Sebelum memulakan perjalanan, aku sibuk meneliti google map bagi meneroka jalan yang akan dilalui nanti. Perancangan lokasi hari ini adalah Lancelin Sand Dunes dan The Pinnacle Desert yang terletak di Nambung National Park, namun sekiranya bertuah nanti dapatlah kami melihat sunset di sana...idaman tu.


Segala persiapan (bekalan makanan, air mineral, air botol besar, tikar lipat, baju sejuk tapi takder lah baju sejuk yang tebal gitu, baju sejuk biasa-biasa aje agar tidak kesejukan di malam hari)  dimasukkan ke dalam kereta. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 8.30 pagi dan bergerak ke laluan yang sama seperti semalam iaitu haluan ke Yanchep. 

Perjalanan ke Lancelin ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan pemandangan ke sana sungguh mendamaikan, tiada kesesakan lalulintas dan sesekali ternampak ladang lembu di bahu jalan. 

Sampai di Lancelin Town, kami singgah di kedai ala-ala seven eleven gitu untuk menyewa Sand board dengan kadar AUD10 bagi tempoh satu jam, kami menyewa untuk dua jam. Kami meneruskan perjalanan melalui kawasan perumahan sebelum sampai ke Lancelin Sand Dunes. Sayup-sayup daripada jauh kelihatan kawasan meluncur pasir nie...yessss..akhirnya kami berjaya sampai. Kereta perlu diletak di kawasan yang bersesuaian agar tidak terkandas di pasir...huhuhu. 



Pandangan sisi belakang 

Setelah puas bermain luncur pasir, kami pun bertolak ke kedai di tempat kami menyewa sand board untuk memulangkan semula sand board dan mengambil semula wang deposit. 

Perjalanan diteruskan semula ke destinasi seterusnya iaitu The Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park. Di sini diingatkan agar memandu berhati-hati kerana terdapat binatang liar melintas secara tiba-tiba terutama kanggaroo, ular dll. Sepanjang perjalanan ini, kami sentiasa berwaspada bukan apa risau gak kami kalau tetiba berlanggar dengan kanggaroo. Di sepanjang perjalanan ke Pinnacle ini, terdapat juga bangkai kanggaroo di tepi jalan. kesian nyer kanggaroo tu. 

Terpaku dan terpukau sejenak kami menikmati keindahan alam semulajadi pemandangan gurun dan tumbuhan renek di Nambung ini. Indahnya ciptaan tuhan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih disebabkan kami berhenti rehat di bahu jalan yang agak lebar untuk makan dll urusan.



Alhamdulillah sampai juga kami  akhirnya di destinasi The Pinnacle Desert. nampak merah aje saujana mata memandang..huhuhu. The Pinnacle Desert ini dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Tip:- The Pinnacle Desert ini terletak di tengah-tengah Nambung National Park dan masa terbaik untuk melawat di kawasan ini adalah sekitar bulan September hingga Oktober kerana tumbuhan liar mekar berkembang dan nampak cantik pemandangannya.


Setelah puas menikmati keindahan gurun ini dengan fenomena batu tergantung ini, kami pun bertolak pulang ke Marranggaro. Sepanjang perjalanan ini, kami berdoa agar berpeluang berjumpa dengan sunset yang cun. Tarraaa, inilah hasilnya.


Perjalanan ke Marranggaro mengambil masa 3 jam...sejuk dan letih. 

No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...