Hari yang dinanti-nanti telah tiba, risau gak jikalau terlepas flight. Al maklum ler nak pergi ke luar negara @@@@PERTH@@@@. dok dak dok dak degup jantung. Sebelum bertolak kena jugak semak checklist perkara-perkara yang penting, jangan sampai tak dibawa pulak, nanti tak boleh berlepas. Segala persiapan diteliti dan dirapi, antaranya:-
1. Tiket dan Passport
2. Visa
3. Duit Australia Dolar
4. Bekalan Makanan
5. Pakaian
6. Peralatan Kecantikan
7. Key lock bag
8. Kamera
9. Kasut extra
10. Botol air
11. Lesen Memandu
12. Kad Kredit
Kami bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang KLIA 2 dalam jam 8.00 malam. Kami sampai di KLIA sekitar jam 9.00 mlm. Perlu sampai awal agar tidak kelam kabut untuk pendaftaran bagasi dan pemeriksaan Kastam dan sebagainya. Perjalanan bermula dari KLIA 2, jam 12 malam dan tiba di Perth International Airport sekitar jam 5.30 pagi. Perjalanan mengambil masa 5 jam 30 minit. perhhh lama dalam kapal terbang tu weiii, tidur pun tak lena tapi mata mengantuk tahap gaban,rasa letih yang amat. Di atas kapal terbang, kami perlu isi 'Declaration Form', so kalau tak faham atau tak yakin ,bolehlah bertanya pramugari/pramugara. Mendarat aje di Perth, kami perlu melalui pemeriksaan Imigration dengan menyerahkan 'Declaration Form' dan passport. sesi soal jawab pun bermula. Selesai aje terus melalui pemeriksaan keselamatan.
Perth International Airport
Mata mengantuk tapi langkah kaki perlu diteruskan, kami terus mencari Simcard 3G voice plus data, di situ hanya ada vodafone prepaid. Kami terus beli simcard prepaid dan register. Keluar terminal ajer kami terus disapa oleh Hj Yon.
Sekitar bandaraya Perth
Dalam perjalanan ke Homestay , kami dibawa sekitar bandaraya Perth. Lengang jer dan tak sibuk. Suasana damai dan nyaman. Bandaraya nampak tersusun , kemas dan bersih.
Kami menyewa Homestay dengan Hj Yon. Kalau kau orang nak tau, Hj Yon adalah orang Malaysia dan beliau telah lama menetap di Perth, Australia. Kami dijemput oleh Hj Yon dan dibawa terus ke rumah Homestay di Marranggaroo Perth. Sampai di rumah Homestay kami terus tidur, balas dendam beb ngantuk giler.
Homestay yang cantik
Cuaca di Perth adalah cerah dan suhu sekitar 20 C. Selepas dah segar skit, kami pun terus mencari kedai sewa kereta. Kami berjalan kaki menyusuri kawasan perumahan dan mencari kedai kereta sewa. Jaraknya adalah lebih kurang 1 km sahaja. Disebabkan suasana nyaman dan segar , perjalanan kami terasa menyeronokkan.
Laluan jalankaki
Kedai kereta sewa
Perlu kad kredit termasuk juga lesen memandu Malaysia utk proses sewa kereta . Beberapa pakej boleh dipilih bergantung kepada jarak dan masa perjalanan yang telah dirancang
Pamplet yang disediakan untuk panduan pelancung dan semuanya adalah percuma
Di sini pentingnya lesen memandu dan kad kredit. Selesai urusan sewaan kereta, kami pun terus menuju ke kedai untuk mencari makanan dan daging dan ayam halal di sekitar Mirrabooka.
Kedai sekitar Mirrabooka
Pada malam hari kami ronda-ronda sekitar kawasan tu , ingatkan ada kedai makan macam kedai mamak kat Malaysia ni , rupanya semua dah tutup sekitar jam 7 malam. Kami hampa dan terus balik ke rumah , tengok tv dan tidur untuk perjalanan esok hari pula.
No comments:
Post a Comment