`Renew` Pasport Antarabangsa Malaysia

31/5/16 - Selasa

Pasport kami telah tamat tempoh!!! Aduhai perlu ambil tindakan segera dan misi `renew` perlu dilaksanakan  dengan jayanya, Jikalau tidak, gagal ler untuk menjejakkan kaki ke luar negara. Sebenarnya sudah dua kali kami telah gagal untuk mendapatkan nombor giliran bagi `renew` pasport nie...frust giler tahap gaban...rupanya ramai rakyat Malaysia yang berurusan dengan Imigresen Malaysia untuk membuat pasport. Kaya sungguh rakyat Malaysia....gamaknya!!!!

Tanpa berlengah lagi di pagi hari selasa yang hening, kami terus bersiap-siap untuk ke Jabatan Imigresen Malaysia...Kereta dipacu menuju Bangunan Wisma PKNS. Pejabat Imigresen Malaysia berada di Tingkat 2, Wisma PKNS, Shah Alam, Selangor. Kami tiba di sana sekitar jam di tangan telah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Ingatkan kami antara orang yang terawal, rupa-rupanya barisan menunggu nombor giliran telah panjang...Emmm..redha ajer la...kali ini pantang berundur...pasti misi berjaya...Dalam tempoh masa satu jam kami beratur barulah sampai di kaunter nombor giliran. Hari ni kami berjaya mendapat nombor giliran 83, 84, 85 dan 86. Antara langkah-langkah peraturan `renew' pasport, antaranya:

  • Isi dan lengkapkan borang maklumat pemohonan (warna biru)
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Pasport yang telah tamat tempoh
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, Ibu bapa atau penjaga dikehendaki membawa sijil lahir. Sekiranya tidak membawa sijil lahir maka salinan kad pengenalan pemohon dan kad pengenalan Ibu/bapa/ penjaga. ( pemohon mesti memohon `renew` melalui ibu/bapa /penjaga).

Agak lama juga kami menunggu untuk mendengar nombor giliran dipanggil...namun terpaksa bersabar...bersabar dan terasa sungguh menyeksakan. Setelah hampir 4 jam  menunggu...akhirnya nombor giliran kami dipanggil, lega plus puashati, macam orang lain jugak kan. Kami menuju ke kaunter no. 10  sambil menunggu arahan pegawai bertugas. Pasport lama tersebut kami serahkan bersama-sama kad pengenalan, sijil lahir (bagi pemohon bawah 18 tahun) dan borang biru. Kemudian ibu jari kanan diimbas bagi memastikan identiti adalah sama dan betul dengan pemohon. Selepas itu, pegawai bertugas mengarahkan agar kami duduk di kerusi menghadap kamera untuk diambil gambar (muka sahaja) untuk tujuan dicetak gambar di dalam pasport baru nanti. Emmm dah tidak perlu bawa gambar ukuran pasport lagi...jimat RM12.00..huhuhuhu

Langkah seterusnya membuat pembayaran sebanyak RM200.00 ( 5 tahun/ 50 mukasurat) manakala pemohon bawah umur 13 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 sahaja. Selepas selesai proses bayaran kami disuruh menunggu lagi dalam tempoh masa satu jam kemudian barulah menuntut dan mengambil pasport baru di kaunter. So pandai-pandai la bajet pada masa tu .

Kenangan lama yang menjadi sejarah

Pasport lama yang digunting setelah pasport baru diterima

Resit rasmi , RM100 sahaja yang dicaj kepada Hafizi kerana belum mencapai umur 13 tahun

Yess..pasport baru dah siap..boleh mengembara lagi selepas ni.



Hari Keluarga LKIM

Hari keluarga lagi !! Sabtu lepas Hari Keluarga LKIM telah diadakan di Morib Gold Coast Resort. Disebabkan tiada aktiviti yang hendak dibuat pada masa tu, maka kami semua bersetuju untuk mengikuti program hari keluarga tersebut. Semua perbelanjaan ditanggung oleh LKIM...kira berbaloi la kan...di samping mengeratkan silahturrahim sesama ahli keluarga.

Kami bertolak dari Puncak Perdana pada jam 9 malam Jumaat dan sampai di lokasi lebih kurang dalam jam 11 malam . Apabila sampai di lokasi, kami diberi kupon utk sarapan pagi dan tiket percuma untuk aktiviti di Water Theme Park di Resort tersebut. Keesokkan hari, kami bersarapan sarapan  dan selepaas itu, kami terus ke taman tema air untuk melakukan aktiviti mandi manda , berenang dan menggelunsor. Hafizi dan Miza kalau jumpa kolam memang suka teramat sangat , sampai berjam-jam pun sanggup diorang duduk berendam di dalam tu. Tak takut kecut ke nanti??

Sebelah petang selepas Zohor, acara sukaneka diadakan di pantai Morib , nasib baik banyak pokok di pantai tersebut ,so taklah panas sangat nak bersukaneka. Pasir di situ memang bersih dan putih.

Mama dan Hafizi menunggu giliran untuk menunjukkan bakat bersukan , tapi leceh la takda acara lari dalam guni , kalau ada sure kalah punya kalau join XD

Bersemangat betul diorang ni. 


Alamak...tetiba ada pulak seorang budak kecik dalam grop Hafizi ni , tipis ler peluang nak menang kalau macam ni.

Pantas dan Hebat!!!! harapan pada Hafizi jer sekarang ni...tapi akhirnya kumpulan Hafizi mendapat tempat ke 3 . OK lah tu dari kalah

Miza dan Mama masuk bertanding juga.tapi keputusannya kalah juga, aiiii bila la nak menang ni , kena tunggu Baba yang masuk sekejap lagi kot..

Mama dan Miza masih juga mencuba dalam acara yang lain....
Hasilnya ...tergolek jatuh di atas pasir...hehehe . 

Acara kesukaan Baba telah tiba, acara tu tidak lain dan tidak bukan adalah acara baling belon yang berisi air . Nampaknya seperti yang dijangka acara ini di menangi oleh Baba dan Mama dengan mudah sekali.

Antara ahli keluarga LKIM yang hadir .

Jam 8 malam, aktiviti makan malam dan penyampaian hadiah dimulakan .Acara cabutan bertuah juga telah di adakan. Tunggu punya tunggu akhirnya nombor bertuah Mama telah dipanggil dan dapat la hadiah barangan dari HP. Selesai makan kami terus balik ke Puncak Perdana kerana pada keesokkan harinya kami ada aktiviti di tempat lain ( sibuk bebenor ni)

Masa untuk Tenis

29/5/2016 - 6:00 petang

Hari ni memang hari paling sibuk buat kami sekeluarga , mana tidaknya baru sampai rumah sahaja Hafizi dan Miza mengajak bermain tenis pula. Diorang kata dah lama tak main tenis , lagipun tentu court tenis kosong hari ni sebab pada masa ni , pelajar UiTM tengah bercuti kan? ..katanya lagi. Untuk makluman , lokasi yang selalu kami bermain  adalah di UiTM Puncak Alam , Kampus Alam Bina . Di situ terdapat 2 court tenis yang baru dan persekitarannya yang segar dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah dan bersukan.

Apa lagi selesai solat Asar , Hafizi dah sibuk mencari reket tenis di dalam bilik . Tidak lupa juga dengan bola tenis dan air sejuk ..memang aktif betul dia ni. Nasib baik la ada 4 reket tenis , so semua boleh bermain sekaligus. Hafizi bermain menggunakan reket tenis berjenama Dunlop , manakala selebihnya adalah berjenama Wilson. 

Apabila semua peralatan sukan selesai di masukkan ke dalam bonet kereta , kami terus menuju ke UiTM Puncak Alam .Perjalanan dari UiTM Puncak Perdana ke UiTM Puncak Alam mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Suasana sunyi dan hening menemani kami apabila kami sampai di lokasi yang dituju memandangkan pada masa ini pelajar UiTM tengah bercuti.

Hafizi dan Miza tak sabar-sabar utk beraksi di gelanggang. "Baba..Mama..cepatlah pakai kasut sukan ni .adik tak sabar nak pukul bola ni"..katanya lagi

Wah hebat pukulan ni..Roger Federer tengok ni sure nangis

Miza dan Mama pun bermain juga sambil Baba menjadi jurulatih kepada mereka semua. Ok la petang-petang ni dapat juga keluarkan peluh... kan bagus untuk kesihatan.




Ace Central Mart

29/5/2016 - 3:00 petang

Aktiviti membeli belah barang dapur untuk masak makan malam bermula. Kami menuju ke Ace Central Mart, Saujana Utama. Kereta di parking dan list barang untuk dibeli pun dibawa sekali supaya membeli barang yang perlu saja. Elakkan membazir, beli barang yang perlu saja...jimat cermat amalan mulia.

Masak Pajeri Nenas best jugak malam ni. Nenas segar-segar dijual di sini ..rasa nak beli la pula , padahal sebelum ni menu dalam kepala nak masak lemak sayur pucuk manis.

Miza pula asyk sibuk memilih kurma, dia kata puasa dah nak hampir tiba, so must prepare early laaa utk beli buah kurma, katanya. Amalan makan buah kurma di bulan puasa adalah amalan mulia dan  digalakkan kepada umat Islam...perhhh berfalsafah pula my daughter.

"Baba..saya dahagalah..nak minum air...tapi tak tahu nak pilih yang mana satu..semua nampak sedap sedap belaka "

Hafizi pun sibuk menolong Baba mencari sayur utk masakan malam nanti 

Rajin lah anak-anak Babah nie...bagus lah... semua tolong angkat barang yang dibeli dan letak ke dalam kereta. 
lokasi: Pintu belakang Ace Central Mart 

Pekena Nasik Kandaq

29/5/2016 - 2.00 petang

Perut dah keroncong berbunyi ``krungg```krungg``krungg`, tapi lokasi mana nak makan pun tak tahu lagi..apa ye nak makan apa tengahari ni. Miza bagi idea jom makan berger kat McDonald.  Hafizi pula sibuk nak makan ayam KFC dan Mama sunyi sepi seribu bahasa dengan harapan Baba tau tempat mana nak dituju. Aduhaiii..ni yang malas nak fikir ni, letih betull le, nak makan pun tak tahu apa dia...tekak pun tak der isyarat nak telan apa...apa benda nak dimakannya.

Akhirnya kata sepakat sebulat suara  dicapai, kita makan di kedai mamak nasi kandaq jer la.  Apa lagi kenderaan pun dipacu menuju ke Restoran One Bistro Nasi Kandar di Saujana Utama, Sg Buloh menjadi pilihan kami. Faktornya adalah kerana nasi putih yang enak , kari daging nya yang lazat dan lauk-lauknya yang segar dan menyelerakan

Keadaan restoran yang bersih , pekerja yang memakai topi/songkok semasa bekerja dan masakannya yang lazat dan segar antara faktor kami memilih utk makan di sini.

Antara pilihan lauk pauk yang yang menyelerakan , antaranya adalah kari kepala ikan Senangin yang amat besar . Harganya sekitar RM40.00 dan boleh dimakan bersama 4 orang. 

Emmm...sedap ke tak teh tarik ni. Tengok warna macam `kawww` jer , entahlaaaa.

Nyum..nyum..nyumm ..sedapnya lauk daging ni dengan kuah madu ayam . Ini masakan kesukaan Hafizi tau...
jangan lupa #kuahmaduayam #laukdaging #nasikandaq #kesukaanhafizi

Miza pun makan sampai tak ingat dunia , sedap bebenor la tu.

Shahri Tomyam Kg Kubu Gajah

Jumaat malam sabtu  27/5/16

Selepas penat bermain badminton di Sg Buloh , kami terus ke Kg Kubu Gajah . Destinasi kami adalah restoren makanan Sahri Tomyam. Memang itu adalah tempat yang kami selalu pergi disebabkan makanannya yang lazat dan harganya berpatutan . Yang paling best masa menunggu tidak bergitu lama dan restorennya juga bersih. Isteri  memang suka makan nasi goreng thai phuket  , sampai kalau datang jer kat situ , makanan tu sahaja yag menjadi pilihan dia.

 Adik sempat melayan kucing yang comel ni sebelum makanan tiba. Kucing ni bukan nak makan sangat pun cuma nak bermanja-manja dengan pengunjung jer.

 Disebabkan dahaga bermain badminton tadi masih belum hilang , maka air kosong ni la yang aku order,

 Adik melayan movie sementara menunggu hidangan sampai , kali ni dia cakap dia teramat lapar dan dia order sampai 2 pinggan nasi kosong beserta daging masak merah. Memang lapar tu.

 Ni dia nasi goreng thai phuket kesukaan isteri.

 Hari ni Miza nak makan nasi goreng USA , selalunya dia order kueteow goreng jer.

Adik dan Miza sedang menkmati hidangan yang lazat tu. Aku pulak order telur bungkus dengan nasi kosong jer.

Minggu depan kalau kami bermain badminton lagi di Sg Buloh , pasti kami akan singgah lagi di sini.

Masa untuk smash !!

Jumaat malam sabtu - 27/5/16

Sudah menjadi kebiasaan jumaat malam sabtu adalah malam utk bermain badminton , selalunya aktiviti di laksanakan di Dewan Badminton Hospital Sg Buloh tetapi disebabkan terdapatnya tempahan utk mengadakan kenduri kahwin di dewan tersebut maka kami bersetuju utk bermain di Tropicana Badminton Akademi di Sg Buloh. Sewa penggunaan court badminton sejam adalah dalam RM24.00 . Rate ni hampir sama dengan semua dewan badminton yang ada di negeri Selangor

 Kami sampai di lokasi dalam jam 10 malam dan banyak lot parking yang masih kosong.

 Pintu masuk ke dalam dewan badminton , hanya 1 pintu sahaja dibuka buat masa ini.



Apa lagi..bila dah sampai tu terus lah masuk gelanggang , member pun dah tunggu lama . Disebabkan isteri dan anak-anak kelaparan ,so sempat bermain dalam 3 games jer la dan semua games menang pulak tu..dapat air 100+ free hehehe . Lebih kurang jam 11.40 malam kami pun berangkat pulang utk acara makan-makan di Kampung Kubu Gajah , Selangor. Semoga jumpa lagi di gelanggang 'keramat' ni di lain waktu.

Hafizi masak berger

"Adik !!! Baba nak adik masak berger la hari ni , sebab adik tak sekolah hari ni , Baba nak adik masak berger utk Baba dan Kakak Miza " 

Hafizi pun macam Miza jugak , suka sangat kat dapur masak macam-macam , so tak risau sangat la kalau diorang tu pegang pisau dan memasak menggunakan kuali panas. Hafizi memang suka kalau disuruh masak berger . Laju dia masak berger maklumlah dah ada pengalaman memasak berger bersama Abang Lan. Utk makluman Abang Lan ni adalah penjual berger di UiTM Puncak Perdana. 

Dengan gaya tersendiri , Hafizi menunjukkan skil memasak roti berger dengan cara yang betul XD

Sekarang masak daging berger pulak , lama juga kena tunggu ni , takut tak masak dengan sempurna.

Lazatnya , ada tomato , salad , mayonis ...memang mengiurkan la berger Hafizi ni.

Berger Hafizi pun dah siap....boleh la makan bersama-sama...nampak jer dah lapar.

Bercuti di Kuantan

Bosan betul duduk kat rumah jer , asik-asik mengadap komputer dan tv lepas tu layan pulak si meow Ciko yang gebu tu , aduyai memang ketara bosan tu. Salah satu cara nak hilangkan bosan samada bercuti atau bersukan. Kalau bersukan , malam tadi dah main badminton dah , sampai jam 1 pagi non-stop  , ni penat pun tak hilang lagi . So atas persetujuan semua , kami bercadang ke Kuantan memandangkan di sana tu terdapat pantai yang indah dan makanan pulak sedap-sedap belaka .

Destinasi yang akan kami pergi :

1. Sebelum sampai di Kuantan , kami pekena dulu ikan Patin masak tempoyak di Temerluh , memang lazat sehingga menjilat jari tu.
2. Selepas Zohor , kami mandi-manda pula di Gambang Waterpark Resort sampai la jam 6 petang
3. Selepas Asar , kami check in dulu di hotel yang telah kami 'booking' sebelum ni , iaitu hotel Mega View , 'Rate' dia dalam RM140-RM150 semalam utk 4-5 org , kira ok la tu.
4. Selepas maghrib , kami pergi makan malam kat Aina Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur Kuantan. Rasanya boleh tahan dan yang pasti harganya amat berpatutan.
5.Esoknya selepas sarapan , kami check-out utk pergi ke Kemaman pula. Sebelum ke Kemaman kami sempat dulu mengambil beberapa gambar di Sungai Kuantan.
6. Aktiviti membeli keropok lekor , keropok kering , Sata , Popia Sata dan macam-macam lagi dilaksanakan dengan jayanya bila sampai sahaja di Kuala Kemaman
7. Sempat juga kami 'ngopi' di Restoren Aziz Satar yang popular di Kemaman
8. Selepas selesai solat zohor kami mengambil angin di pantai Kuala Kemaman , di situ rasanya tidak dibenarkan mandi-manda kerana ombaknya memang tinggi dan ganas.
9. Dalam jam 3 petang kami pulang kembali ke tanahair ( macam pergi oversea pulak )

OK tu jer cara nak hilangkan bosan di hujung minggu . 

Miza , Maksu dan Hafizi melayan perasaan di Sg Kuantan

Diorang ni ceria sebab kejap lagi diorang nak pekena Sata dan Otak-otak di Kemaman

Malam-malam ada ramai orang memancing di sini , tak tahu lah ikan apa yang diorang dapat

Hotel Mega View , tempat kami bermalam

Hafizi juga tidak ketinggalan menunjukkan skil lompatan nya.

Megi Kari Goreng Cili Api

26/5/2016 - 8 malam

"Baba lapar tak sekarang nie? , kalau Baba lapar nanti saya masakkan special utk Baba iaitu Megi kari goreng cili api " - Miza bertanya pada Baba nya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Baba berkata - " Ok gak...boleh gak merasa megi special tu ..Baba pun tengah lapar gak ni" 

Ni dia megi tersohor di Malaysia dengan adunan 12 rempah asli dengan cili sebenar..

Antara bahan-bahan yang Miza sediakan , nampak macam banyak jer cili api tu.. sure pedas 'giler' ni 

Tadaaaaa..... ini dia hasil air tangan Miza ...Megi kari goreng cili api . Lazat berkhasiat dan pedas teramat , sungguh enak di makan begitu saja ( macam iklan roti gardenia pulak dah )

Resepi dari Miza

1 cili merah 
5 cili api
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah

Kesemua bahan ini dipotong halus-halus

Cara memasak :

Panaskan minyak di kuali , apabila dah panas masukkan semua  bahan yang telah dipotong . tumis sehingga naik bau dan masukkan megi goreng ke dalam kuali tersebut , letakkan sedikit air bagi melembutkan megi tersebut . Apabila megi sudah lembut dan sebati dengan bahan-bahan tadi , masukkan pula rempah kari megi dan kacau sehingga sebati . Akhirnya Megi kari goreng cili api siap utk dihidangkan. Mudah kan?


HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...