Bosan betul duduk kat rumah jer , asik-asik mengadap komputer dan tv lepas tu layan pulak si meow Ciko yang gebu tu , aduyai memang ketara bosan tu. Salah satu cara nak hilangkan bosan samada bercuti atau bersukan. Kalau bersukan , malam tadi dah main badminton dah , sampai jam 1 pagi non-stop , ni penat pun tak hilang lagi . So atas persetujuan semua , kami bercadang ke Kuantan memandangkan di sana tu terdapat pantai yang indah dan makanan pulak sedap-sedap belaka .
Destinasi yang akan kami pergi :
1. Sebelum sampai di Kuantan , kami pekena dulu ikan Patin masak tempoyak di Temerluh , memang lazat sehingga menjilat jari tu.
2. Selepas Zohor , kami mandi-manda pula di Gambang Waterpark Resort sampai la jam 6 petang
3. Selepas Asar , kami check in dulu di hotel yang telah kami 'booking' sebelum ni , iaitu hotel Mega View , 'Rate' dia dalam RM140-RM150 semalam utk 4-5 org , kira ok la tu.
4. Selepas maghrib , kami pergi makan malam kat Aina Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur Kuantan. Rasanya boleh tahan dan yang pasti harganya amat berpatutan.
5.Esoknya selepas sarapan , kami check-out utk pergi ke Kemaman pula. Sebelum ke Kemaman kami sempat dulu mengambil beberapa gambar di Sungai Kuantan.
6. Aktiviti membeli keropok lekor , keropok kering , Sata , Popia Sata dan macam-macam lagi dilaksanakan dengan jayanya bila sampai sahaja di Kuala Kemaman
7. Sempat juga kami 'ngopi' di Restoren Aziz Satar yang popular di Kemaman
8. Selepas selesai solat zohor kami mengambil angin di pantai Kuala Kemaman , di situ rasanya tidak dibenarkan mandi-manda kerana ombaknya memang tinggi dan ganas.
9. Dalam jam 3 petang kami pulang kembali ke tanahair ( macam pergi oversea pulak )
OK tu jer cara nak hilangkan bosan di hujung minggu .
Miza , Maksu dan Hafizi melayan perasaan di Sg Kuantan
Diorang ni ceria sebab kejap lagi diorang nak pekena Sata dan Otak-otak di Kemaman
Malam-malam ada ramai orang memancing di sini , tak tahu lah ikan apa yang diorang dapat
Hotel Mega View , tempat kami bermalam
Hafizi juga tidak ketinggalan menunjukkan skil lompatan nya.
No comments:
Post a Comment