`Renew` Pasport Antarabangsa Malaysia

31/5/16 - Selasa

Pasport kami telah tamat tempoh!!! Aduhai perlu ambil tindakan segera dan misi `renew` perlu dilaksanakan  dengan jayanya, Jikalau tidak, gagal ler untuk menjejakkan kaki ke luar negara. Sebenarnya sudah dua kali kami telah gagal untuk mendapatkan nombor giliran bagi `renew` pasport nie...frust giler tahap gaban...rupanya ramai rakyat Malaysia yang berurusan dengan Imigresen Malaysia untuk membuat pasport. Kaya sungguh rakyat Malaysia....gamaknya!!!!

Tanpa berlengah lagi di pagi hari selasa yang hening, kami terus bersiap-siap untuk ke Jabatan Imigresen Malaysia...Kereta dipacu menuju Bangunan Wisma PKNS. Pejabat Imigresen Malaysia berada di Tingkat 2, Wisma PKNS, Shah Alam, Selangor. Kami tiba di sana sekitar jam di tangan telah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Ingatkan kami antara orang yang terawal, rupa-rupanya barisan menunggu nombor giliran telah panjang...Emmm..redha ajer la...kali ini pantang berundur...pasti misi berjaya...Dalam tempoh masa satu jam kami beratur barulah sampai di kaunter nombor giliran. Hari ni kami berjaya mendapat nombor giliran 83, 84, 85 dan 86. Antara langkah-langkah peraturan `renew' pasport, antaranya:

  • Isi dan lengkapkan borang maklumat pemohonan (warna biru)
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Pasport yang telah tamat tempoh
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, Ibu bapa atau penjaga dikehendaki membawa sijil lahir. Sekiranya tidak membawa sijil lahir maka salinan kad pengenalan pemohon dan kad pengenalan Ibu/bapa/ penjaga. ( pemohon mesti memohon `renew` melalui ibu/bapa /penjaga).

Agak lama juga kami menunggu untuk mendengar nombor giliran dipanggil...namun terpaksa bersabar...bersabar dan terasa sungguh menyeksakan. Setelah hampir 4 jam  menunggu...akhirnya nombor giliran kami dipanggil, lega plus puashati, macam orang lain jugak kan. Kami menuju ke kaunter no. 10  sambil menunggu arahan pegawai bertugas. Pasport lama tersebut kami serahkan bersama-sama kad pengenalan, sijil lahir (bagi pemohon bawah 18 tahun) dan borang biru. Kemudian ibu jari kanan diimbas bagi memastikan identiti adalah sama dan betul dengan pemohon. Selepas itu, pegawai bertugas mengarahkan agar kami duduk di kerusi menghadap kamera untuk diambil gambar (muka sahaja) untuk tujuan dicetak gambar di dalam pasport baru nanti. Emmm dah tidak perlu bawa gambar ukuran pasport lagi...jimat RM12.00..huhuhuhu

Langkah seterusnya membuat pembayaran sebanyak RM200.00 ( 5 tahun/ 50 mukasurat) manakala pemohon bawah umur 13 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 sahaja. Selepas selesai proses bayaran kami disuruh menunggu lagi dalam tempoh masa satu jam kemudian barulah menuntut dan mengambil pasport baru di kaunter. So pandai-pandai la bajet pada masa tu .

Kenangan lama yang menjadi sejarah

Pasport lama yang digunting setelah pasport baru diterima

Resit rasmi , RM100 sahaja yang dicaj kepada Hafizi kerana belum mencapai umur 13 tahun

Yess..pasport baru dah siap..boleh mengembara lagi selepas ni.



No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...