Cuti sekolah telah tiba lagi , so destinasi apa yang boleh kita pergi yang mempunyai pantai yang indah beserta resort yang menarik? Sudah tentunya lokasi nya adalah di Pantai Morib .Ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang amat menarik di daerah Kuala Langat Selangor. Para pelancong juga boleh memilih hotel dan resort yang menarik dengan harganya agak berpatutan.
Mengikut laman web percutianbajet.com . tarikan utama pelancong ke sini adalah :
- Kawasan pantai yang dibangunkan utk aktiviti pelancongan
- Meriah - terdapat perbagai gerai jualan yang menjual perbagai barangan
- Tempat makan yang menarik - terdapat kedai makanan , kedai kerepek dan juga makanan laut
- Tempat penginapan yang menarik - ada waterpark di Gold Coast Morib
- Aktiviti menarik - mandi laut , main layang-layang , sukan pantai dan sebagainya
Suasana damai dan tenang boleh dirasai bila malam menjelang tiba. Ini adalah beberapa gambar yang sempat aku rakamkan semasa matahari melabuhkan dirinya apabila hari kian meniti senja.
No comments:
Post a Comment