Ho Chi Minh City .. hari keenam

Tarikh : 18/7/2016

Sebelum sarapan , kami telah memasukkan semua pakaian serta barang yang kami telah beli ke dalam beg pakaian, manakala baki-baki makanan dan botol-botol mineral yang tidak digunakan kami buang sahaja . Sarapan hari ni pun simple jer , makan roti , telur ,salad segar dan kopi vietnam, memang tu jer la yang boleh kami makan , yang lain memang tak boleh lah sebab status halalnya amat diragui. Setelah urusan check-out di hotel selesai ,kami terus ke jalanraya untuk mengambil teksi ke airport.

Sudah semestinya teksi pilihan kami adalah dari syarikat Vinasun , yang boleh dikatakan antara syarikat teksi yang paling telus di HCMC. Perjalanan ke airport memakan masa selama 30 minit dan bayaran adalah dalam sekitar 135,000 Dong . Kami memberi wang 200,000 Dong dan pemandu memulangkan baki sebanyak 50,000 Dong. Kami dah tahu memang dia akan ambik tips punya. Tapi takper la bajet kami pun dalam sekitar 200,000 Dong.

Sampai sahaja di airport , kami terus check-in di kaunter airasia dengan segera. Proses check-in berjalan lancar sebab sebelum ni kami dah melakukan web check-in sendiri. Di boarding pass kami menunjukkan pintu gate yang akan kami masuk adalah di pintu gate 16 , tetapi di papan kenyataan pula di pintu gate 20. So kami ikut sahajalah ke pintu gate 20. Ramai jugalah yang pergi ke pintu gate 20 tu. Tapi apabila masa berlepas hampir tiba ,tiada pula tanda di skrin yang menunjukkan no penerbangan kami. Kami terus bertanya kepada staf airasia dan diorang mengatakan kena tunggu di pintu gate 16.

Terpaksalah kami bergegas ke pintu gate yang jaraknya agak jauh. Bukan kami sahaja yang terkena malah pelancung dari luar negara pun ada yang terkena juga. Apabila kami melihat sekali lagi di skrin papan kenyataan , mereka telah memperbetulkan kenyataan tersebut, memang huru-hara.

Boarding pass kami dari HCMC ke KL
Babai HCMC , lain kali kita bertemu lagi.

Kapalterbang kami tiba lewat 20minit mungkin kerana kesesakan lalulintas di laluan terminal tersebut. Perjalanan kami mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Sebelum mendarat kami sempat pekena nasi ayam penyet Indonesia , Shepherd's Pie dan mee meggi kari. Urusan kami selesai pada jam 5 petang di terminal KLIA2, dan nasib baik ada Aznor yang menjemput kami utk kembali ke Puncak Perdana.

Semoga bertemu lagi HCMC !!

Ho Chi Minh City .. Mekong Tour

Tarikh : 17/7/2016

Selepas sarapan kami terus berjalan kaki ke Tuan Travel utk menaiki bas ke Mekong. Tepat jam 8 pagi bas pun sampai . 


 Lokasi Tuan Travel yang terletak berdekatan jer dengan pasar Ben Than 
Antara staf Tuan Travel yang friendly
Kami dan beberapa org pelancung sedang menunggu van utk ke Mekong. Manakala selebihnya  akan diambil di hotel tempat mereka menginap

Pelancung yang pergi hari tu adalah dalam 21 org , termasuklah dari USA , UK , China , Jepun dan Thailand. Pemandu pelancung kami adalah seorg yang peramah dan suka senyum. Namanya adalah Thang , boleh juga panggil dia dengan nama Mr Heavy.
Mr Thanh yang petah berbahasa English dan sangat peramah

Perjalanan kami ke Mekong mengambil masa selama 2 jam. 15 minit sebelum tiba di jeti My Tho , kami singgah sebentar di RnR Mekong. Memang besar RnR ni dan kami sempat membeli 'garlic bread' France Standard yang berharga RM6 sebungkus. Memang rangup dan lazat sekali.
 RnR di Mekong , hanya ada 1 sahaja RnR ni sebelum sampai ke Mekong
 Pn Isteri dan Miza sempat bergambar di RnR Mekong. Kalau ada pertanyaan boleh berhubung dengan nombor hotline yang tertera di situ.

 Miza ni cuba untuk meniti parit dengan batang pokok kelapa , kang jatuh jadi satu hal pulak
 Kelihatan seorang pengunjung sedang menunggu giliran utk ke toilet .Toiletnya tidak mempunyai air paip , kalau nak berurusan kena lah bawa sekali botol yang berisi air
Pn Isteri sempat membeli garlic bread utk dibawa ke Sungai Mekong nanti. Rasanya memang sedap dan rangup sekali

Setelah 1/2 jam berehat , makan dan ke toilet, kami meneruskan perjalanan ke jeti 'Mekong River' di My Tho City. Kami menaiki bot terus ke pulau-pulau kecil yang berada di sekitar.


 My Tho Jeti
 Lokasi pulau-pulau kecil yang akan kami kunjungi nanti
 Hafizi paling tak sabar untuk menaiki bot sampai tak tunggu kami dah.
Hati-hati yer Pn Isteri , jangan tergelincir masuk ke sungai pulak.
 Memang selesa menaiki bot ni 
Sungai Mekong yang sentiasa sibuk dari pagi sampai ke malam

Video perjalanan melalui Sungai Mekong boleh dilihat di sini

Perhentian pertama kami adalah di sebuah kampung yang memproses kelapa utk dijadikan candy, coconut oil dan sebagainya. Kami diberi penerangan tentang cara pemprosesan kelapa dari awal sehingga terbentuknya coconut candy tu. Rasanya agak sedap dan berkacang.
 Salah satu proses untuk membuat coconut candy
 Coconut candy yang siap dibungkus untuk dijual kepada pengunjung

 Meja yang panjang ini digunakan untuk proses memotong dan membungkus coconut candy
Gerai yang menjual perbagai produk berasaskan kelapa

Setelah selesai , kami menaiki semua bot untuk ke kampung seterusnya.Perhentian kedua kami adalah di kampung yang menyediakan makan tengahari. Antara makanan yang disajikan adalah nasi kosong , sayur-sayuran , daging babi dan air. Disebabkan makanan semuanya tidak halal , kami hanya mengambil air mineral sahaja. Makanan kami adalah roti beserta telur goreng yang kami bawa pagi tadi.
 Disebabkan restoren ini menyajikan makanan yang tidak halal ,kami hanya minum air mineral dan roti yang di bawa dari hotel tadi
 Antara menu masakan yang boleh dipesan oleh pengunjung . Kalau nak rasa menu masakan ular atau buaya , bolehlah cuba di sini dengan harga yang berpatutan
Elephant Ear Fish ni memang popular di sini.

Di sini juga terdapatnya tempat pemeliharaan buaya tembaga.Buaya-buaya di situ diletakkan di suatu kolam untuk tatapan umum dan juga digunakan sebagai menu di restoren . Anda boleh cuba menu 'buaya goreng berempah' di restoren tersebut. 


 Bangkai ayam digunakan untuk memberi makan kepada buaya 
Bapak-bapak buaya yang kekenyangan 
Sebelum berangkat pergi , kami sempat menghilangkan dahaga dengan air kelapa yang segar , harganya dalam RM3 sebiji

Selepas 1jam 20minit kami berehat , kami diarah menaiki bot utk ke perhentian seterusnya.Perhentian ketiga kami adalah di kampung yang memproses madu lebah. Antara yang diproses adalah royal jelly dan madu lebah asli. Harganya boleh dikatakan mahal jika kita hendak membelinya.


 Gerai pemprosesan madu lebah asli
 Mr Thang menunjukkan cara memegang dengan cara yang betul. Kalau terjatuh memang bertempiaran la kami melarikan diri
 Minah ni walaupun takut-takut tapi berjaya juga pegang sarang lebah ni
 Miza juga tidak ketinggalan mencuba 
Restoren yang menyajikan madu lebah berserta dengan teh o , memang lazat . Tapi yang tak bestnya kami asik di paksa membeli produk lebah tu , memang tak la...kerana harga nya memang mahal.

Selepas itu kami berjalan ke lokasi yang menyediakan tarian tradisional dan dijamu pula dengan buah-buahan seperti nangka,ciku,nenas,jambu dan air teh cina. Setelah selesai menikmati nyanyian dan tarian dari penduduk tempatan , 
Nyanyian dan tarian oleh penduduk tempatan 

Kami sempat membeli beberapa utas gelang buatan penduduk sekitar sebelum ke sungai kecil untuk menaiki sampan untuk mudik  ke bot yang menunggu kami di Sungai Mekong. Jarak perjalanan adalah dalam 2 kilometer.
 Makcik yang menjual gelang dan perbagai barangan tempatan
Jeti untuk mengambil pengunjung menaiki sampan

Pejalanan menaiki sampan adalah lebih kurang 20 minit utk sampai ke bot kami. Kami memberi tips seorang 10,000 Dong kepada pendayung sampan yang nampak macam keletihan. 


 Memang sesak hari ni , memandangkan hari ni juga adalah hari ahad dan ramai pengunjung yang datang ke sini
 Jangan berlaga sudah la yer. 
 Seronok nyer Pn Isteri naik sampan ni
 Kami di bawa hingga ke bot , jarak perjalanan adalah dalam 2 kilometer dan masa yang diambil lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kekuatan pendayung.
 Kepenatan benar nampaknya pakcik ni , tapi demi sesuap nasi diorang sanggup bekerja dari pagi sampai ke petang.
Antara sampan-sampan yang membawa pengunjung ke bot masing-masing

Bot membawa kami kembali ke jeti di My Tho utk pulang semula ke HCMC. Perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 2 jam dan semua tertidur di dalam van disebabkan keletihan melampau. Kami sampai dalam jam 5 petang dan sempat membeli kopi vietnam serta menukar baki duit yang ada utk ditukarkan kepada Ringgit Malaysia memandangkan esok pagi kami akan pulang ke tanahair. Kami memperuntukkan hanya 250,000-300,000 Dong utk bayaran teksi untuk ke lapangan terbang. Selalunya bayaran teksi sekitar 150,000 ke 170,000 Dong sahaja dan kami saja jer lebihkan sedikit mana tahu jalan sesak dan terpaksa membayar lebih.

Dengan kadar kelaparan yang giler, kami terus ke Restoren Hj Mansor utk memesan Pho Daging 2 mangkuk , nasi kosong 4 pinggan beserta kuew teow Penang Seafood yang semuanya berharga 230,000 Dong.Memang menyelerakan lebih-lebih perut memang dah lapar pada masa tu.

Pada malam hari kami tidak keluar ke bandar memandangkan badan dah terlalu letih dan kami perlu  berkemas utk balik ke tanahair pada keesokan harinya. Memang penat tapi amat berbaloi perjalanan kami pada siang hari tadi.








Ho Chi Minh City .. hari keempat

Tarikh : 16/7/2016

Selesai sarapan kami terus berjalan kaki ke Pasar Ben Than lagi untuk membeli beberapa pasang kain sutera Vietnam yang di kirim oleh saudara-mara pada malam tadi. Biasalah harga kain sutera Vietnam tu dalam RM50 , tapi disebabkan dah kenal dan biasa dengan penjual tu , dia memberi harga istimewa utk kami.



 Pening kepala jurual melayan karenah kami.

Tak ramai pengunjung Malaysia di pasar ni memandangkan sekarang masih di bulan Syawal

Perut pun dah berbunyi , setelah selesai urusan di pasar , kami terus ke Malaysia Street untuk mencari restoren makanan halal .Target kami kali ini adalah Restoren Hj Mansor betul-betul di sebelah pasar tersebut. Kami memesan 2 mangkuk sup daging popular iaitu sup@Pho Daging dan 5 pinggan nasi kosong. Rupanya dalam sup tu ada pulak mee, so memang makan besar la kami sampai kenyang giler. Harga Pho daging tu sekitar 70,000 Dong , nasi kosong 10,000 Dong sepinggan dan percuma air kosong ais. Memang lazat sup ni , kalau datang ke HCMC tak merasa sup ni memang tak sah lah.


 Perut dah berbunyi ni , makanan tak sampai-sampai lagi. Penat juga menunggu

Pho@sup daging - sup daging yang amat popular di HCMC , Di dalam sup ada meat ball , daging , taugeh , kuewtiow , daun bawang dan ulam-ulaman. Sup ini di makan bersama chili sos , sambal chili hijau dan juga ulam-ulaman

Hafizi sedang menikmati keenakkan pho daging

Selesai sahaja makan , kami berbual bersama pelancung Malaysia yang makan juga di sini, dia beritahu yang dia dah lama bermastautin di Perth. Dia kata kalau nak datang ke Perth nanti boleh contact dia utk booking apartment dan sebagainya. Borak punya borak sampai kami terlupa pula hendak membeli beg di situ. Kami sempat pekena dulu kopi susu ais yang lazat sebelum meneruskan perjalanan kaki ke Tuan Travel di alamat 99 Pham Ngu Lao Street , Dist 1 , HCMC, untuk menempah perjalanan ke Mekong pada keesokan hari nya. Di sini harga yang ditawarkan memang murah giler jika dibandingkan dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi dan hotel yang lain. Tony ( nama staff kedai ) memang mesra dan dia sempat pulak nak ajak ngeteh bila dia tutup kedai pada malam nanti. Harga pakej ke Mekong adalah dalam lingkungan 7 USD utk seorg, berbeza dengan pakej yg ditawarkan oleh hotel kami menginap iaitu sekitar 20USD utk seorg. Tu belum lagi dibandingkan dengan harga pakej travel agensi kat Malaysia, memang mahal la.


 Mr Tony , memang friendly orangnya.

Hafizi dan Mr Tony bergambar di kedai. Diorang dah jadi geng sekarang ni, hehehe

So kalau hendak berkunjung ke HCMC dan hendak mencari pakej yang murah ke Mekong , Chu Chi Tunnel dan sebagainya, berhubunglah dengan Mr Tony ni.
Email : tuantravel99@gmail.com
Laman web : www.tuantravelvietnam.com / www.tuantravel.com


Ho Chi Minh City .. City Tour

Tarikh : 15/7/2016

Selepas sarapan , kami terus ke War Remnants Museum dengan menaiki teksi dengan bayaran 30,000 Dong. Apabila sampai di sana kami terus ke kaunter tiket. Harganya 15,000 Dong bagi setiap orang. Di sini diterangkan peristiwa tentang kekejaman tentera Amerika terhadap rakyat Vietnam semasa perang Vietnam pada tahun 1960 an . Kami mengambil masa selama 2 jam utk selesai meneliti semua dokumen dan gambar peperangan tersebut. Museum ini mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkat menerangkan sejarah-sejarah tentang peperangan Vietnam menentang tentera Amerika.

War Remnants Museum

Besarnya meriam ni

Hafizi menunjukkan skill menembaknya

Kami sempat bergambar di hadapan kereta kebal USA , memang besar 

Pintu masuk replika penjara bagi menyeksa tawanan perang dan politik

Tempat pancung kepala pesalah , memang ngeri

Perbagai senjata semasa perang vietnam dipamerkan 

Ramai juga pelancung dari Eropah . Bersungguh-sungguh diorang meneliti dokumen perang tu

Pn Isteri dan Miza sempat membeli gelang yang berharga RM3 dari penjual OKU di tingkat paling bawah museum ini

Setelah selesai semua urusan di museum , kami terus ke Reunification Palace yang berada tidak jauh dari sini. Perjalanan hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja. 

Reunification Palace - juga dikenali sebagai Independence Palace , dibina di atas tapak Norodom Palace.Ia telah direka oleh arkitek Ngô Viết Thụ dan merupakan tempat tinggal bagi Presiden Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam

Dalam perjalanan ke sana kami disapa oleh penjual air kelapa dan kami terus memesan sebanyak 3 biji kelapa utk diminum. Kami ingat harganya adalah dalam sekitar 15,000 ke 20,000 Dong tetapi rupanya kami telah di 'pau' oleh penjual tersebut. Harganya adalah 150,000 Dong iaitu lebih kurang RM30 duit Malaysia. Kami lihat ramai juga pelancung asing yang kena 'pau' macam kami , tapi takpa lah itu rezeki dia, lain kali kami akan lebih berhati-hati.
Dah beli , kena la minum ..sedap tu memang sedap tapi hati pula tak sedap sebab kena pau tadi

Hati-hati...mereka memang mesra , mulanya mengajak bergambar dan lepas tu suruh beli air kelapa. Kalau taknak cakap NO jer , kalau banyak bertanya memang dia akan anggap kita hendak membeli 

Hafizi sempat bergambar , walaupun kena 'pau' tapi kami anggap itu rezeki diorang dan kami akan lebih berhati-hati di masa akan datang

Setelah bergambar di depan Independence Palace , kami terus ke Notre-Dame Cathedral utk seisi bergambar. 


Pn Isteri sempat bertanya kepada pegawal di situ laluan ke Notre-Dame Cathederal

Notre-Dame Cathedral - Di bina oleh koloni Perancis pada tahun 1863 hingga 1880. Gereja tersebut mempunyai 2 menara loceng yang mempunyai ketinggian setinggi 58 meter

Di sebelahnya pula terletaknya Saigon Central Post Office. Apabila kami sampai di hadapan post office tersebut ,kami di sapa oleh penjual duit/setem lama. Mereka menawarkan harga RM80 utk satu set duit lama Vietnam. Setelah tawar-menawar kami diberi harga RM60 utk set tersebut. Nampak sangat muka masam penjual tersebut bila menerima wang dari kami , tapi itulah kelebihan jika pandai tawar-menawar sebab kita pasti hendak harga yang paling termurah , bukan bergitu?.
Pintu hadapan Saigon Central Post Officce - dibina pada tahun 1886. Ia direka oleh Auguste Henri Vildieu dan Alfred Foulhoux dari Perancis

Penjual duit lama dan setem sedang berurusan dengan kami. Aku memang minat mengumpul duit-duit luar negara ni, so aku beli jer la dengan harga yang berpatutan

Apabila masuk sahaja di dalam Post Office tersebut , kami terus ke kaunter jualan cendrehati utk di bawa pulang ke Malaysia. Pelekat magnet peti ais , keychain , beg duit dan poskad menjadi sasaran kami. Kami juga sempat membeli poskad yang berharga 5000 Dong untuk di hantar ke Malaysia. Harga setemnya pula adalah 11,000 Dong. Biasalah kami hantar ke alamat sendiri hehehe. Di sana kami juga berjumpa dengan rakan-rakan dari Malaysia dan sempat berborak selama 15 minit.

Ramai pelancung asing berurusan di sini

Pn isteri sibuk memilih cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti
Poskad yang akan kami hantar ke Malaysia . Hantar ke alamat sendiri hehehe

Kadar bayaran setem 

Miza pun sibuk juga membeli cenderahati untuk kawan-kawan sekelas nya.

Setelah selesai urusan di Post Office tersebut , kami terus balik ke hotel dengan menaiki teksi Vinasun. Kali ni teksi yang ada adalah jenis Innova , tambangnya mahal sedikit jika dibandingkan dengan teksi berjenis Vios . Tambang ke hotel adalah dalam 45000 Dong. Apabila kami hendak membayar sekeping 50000 Dong , pemandu teksi tu tak mahu pula. Dia semahu mahunya hendak duit kecil. Memang kelakar bila kami suruh dia ambil baki 5000 Dong dia taknak juga, dia nak juga duit kecil ..hehehe. Akhirnya kami beri dia 3 keping duit 10000 Dong dan sekeping duit 20000 Dong , baru lah dia gembira , sambil memulangkan baki 5000 Dong kepada kami, memang kelakar. 

Di bilik hotel , kami semua kelaparan. Kami terus makan sup ayam yang kami beli di Malaysia beserta nasi dan sambal kicap. Memang menyelerakan. Pada mulanya kami bercadang hendak booking perjalanan ke Delta Mekong pada keesokkan hari tapi setelah berfikir dan berbincang sesama ahli keluarga , kami membatalkan cadangan tersebut , jimat 80USD . Mahal betul komisyen yang diambil oleh pihak hotel ni.

Pada malam hari kami bergerak ke pasar malam di kawasan Ben Than , beberapa pasang seluar dan beg telah kami beli setelah berjaya menawar sebanyak 50% diskaun. Susah betul nak tawar-menawar sampai penjual pun naik marah, tapi kita pelanggan mesti hendak harga yang paling murah kan. Kami juga sempat menikmati kopi susu ais Vietnam yang lazat sekali dengan harga RM3 segelas. Memang sedap sehinggakan Si Miza minum sampai 2 gelas.

Suasana di Pasar malam di sebelah pasar Ben Than

Ramai pengunjung datang ke sini , tapi harga barang yang ditawarkan sudah mahal jika dibandingkan dengan 2-3 tahun lepas

Tudung Nealofa pun ada dijual di sini , harganya amat murah RM 16-17 sahaja 

Kopi susu ais memang terbaik !! , sedap dan lazat 

Kami kembali ke hotel dalam jam 9 :45 malam dan sempat ke kedai Circle K utk membeli roti dan telur utk mengalas perut di malam hari.




HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...