Tarikh : 15/7/2016
Selepas sarapan , kami terus ke War Remnants Museum dengan menaiki teksi dengan bayaran 30,000 Dong. Apabila sampai di sana kami terus ke kaunter tiket. Harganya 15,000 Dong bagi setiap orang. Di sini diterangkan peristiwa tentang kekejaman tentera Amerika terhadap rakyat Vietnam semasa perang Vietnam pada tahun 1960 an . Kami mengambil masa selama 2 jam utk selesai meneliti semua dokumen dan gambar peperangan tersebut. Museum ini mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkat menerangkan sejarah-sejarah tentang peperangan Vietnam menentang tentera Amerika.
War Remnants Museum
Besarnya meriam ni
Hafizi menunjukkan skill menembaknya
Kami sempat bergambar di hadapan kereta kebal USA , memang besar
Pintu masuk replika penjara bagi menyeksa tawanan perang dan politik
Tempat pancung kepala pesalah , memang ngeri
Perbagai senjata semasa perang vietnam dipamerkan
Ramai juga pelancung dari Eropah . Bersungguh-sungguh diorang meneliti dokumen perang tu
Pn Isteri dan Miza sempat membeli gelang yang berharga RM3 dari penjual OKU di tingkat paling bawah museum ini
Setelah selesai semua urusan di museum , kami terus ke Reunification Palace yang berada tidak jauh dari sini. Perjalanan hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja.
Reunification Palace - juga dikenali sebagai Independence Palace , dibina di atas tapak Norodom Palace.Ia telah direka oleh arkitek Ngô Viết Thụ dan merupakan tempat tinggal bagi Presiden Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam
Dah beli , kena la minum ..sedap tu memang sedap tapi hati pula tak sedap sebab kena pau tadi
Hati-hati...mereka memang mesra , mulanya mengajak bergambar dan lepas tu suruh beli air kelapa. Kalau taknak cakap NO jer , kalau banyak bertanya memang dia akan anggap kita hendak membeli
Hafizi sempat bergambar , walaupun kena 'pau' tapi kami anggap itu rezeki diorang dan kami akan lebih berhati-hati di masa akan datang
Setelah bergambar di depan Independence Palace , kami terus ke Notre-Dame Cathedral utk seisi bergambar.
Pn Isteri sempat bertanya kepada pegawal di situ laluan ke Notre-Dame Cathederal
Notre-Dame Cathedral - Di bina oleh koloni Perancis pada tahun 1863 hingga 1880. Gereja tersebut mempunyai 2 menara loceng yang mempunyai ketinggian setinggi 58 meter
Di sebelahnya pula terletaknya Saigon Central Post Office. Apabila kami sampai di hadapan post office tersebut ,kami di sapa oleh penjual duit/setem lama. Mereka menawarkan harga RM80 utk satu set duit lama Vietnam. Setelah tawar-menawar kami diberi harga RM60 utk set tersebut. Nampak sangat muka masam penjual tersebut bila menerima wang dari kami , tapi itulah kelebihan jika pandai tawar-menawar sebab kita pasti hendak harga yang paling termurah , bukan bergitu?.
Pintu hadapan Saigon Central Post Officce - dibina pada tahun 1886. Ia direka oleh Auguste Henri Vildieu dan Alfred Foulhoux dari Perancis
Penjual duit lama dan setem sedang berurusan dengan kami. Aku memang minat mengumpul duit-duit luar negara ni, so aku beli jer la dengan harga yang berpatutan
Apabila masuk sahaja di dalam Post Office tersebut , kami terus ke kaunter jualan cendrehati utk di bawa pulang ke Malaysia. Pelekat magnet peti ais , keychain , beg duit dan poskad menjadi sasaran kami. Kami juga sempat membeli poskad yang berharga 5000 Dong untuk di hantar ke Malaysia. Harga setemnya pula adalah 11,000 Dong. Biasalah kami hantar ke alamat sendiri hehehe. Di sana kami juga berjumpa dengan rakan-rakan dari Malaysia dan sempat berborak selama 15 minit.
Ramai pelancung asing berurusan di sini
Pn isteri sibuk memilih cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti
Poskad yang akan kami hantar ke Malaysia . Hantar ke alamat sendiri hehehe
Kadar bayaran setem
Miza pun sibuk juga membeli cenderahati untuk kawan-kawan sekelas nya.
Setelah selesai urusan di Post Office tersebut , kami terus balik ke hotel dengan menaiki teksi Vinasun. Kali ni teksi yang ada adalah jenis Innova , tambangnya mahal sedikit jika dibandingkan dengan teksi berjenis Vios . Tambang ke hotel adalah dalam 45000 Dong. Apabila kami hendak membayar sekeping 50000 Dong , pemandu teksi tu tak mahu pula. Dia semahu mahunya hendak duit kecil. Memang kelakar bila kami suruh dia ambil baki 5000 Dong dia taknak juga, dia nak juga duit kecil ..hehehe. Akhirnya kami beri dia 3 keping duit 10000 Dong dan sekeping duit 20000 Dong , baru lah dia gembira , sambil memulangkan baki 5000 Dong kepada kami, memang kelakar.
Di bilik hotel , kami semua kelaparan. Kami terus makan sup ayam yang kami beli di Malaysia beserta nasi dan sambal kicap. Memang menyelerakan. Pada mulanya kami bercadang hendak booking perjalanan ke Delta Mekong pada keesokkan hari tapi setelah berfikir dan berbincang sesama ahli keluarga , kami membatalkan cadangan tersebut , jimat 80USD . Mahal betul komisyen yang diambil oleh pihak hotel ni.
Pada malam hari kami bergerak ke pasar malam di kawasan Ben Than , beberapa pasang seluar dan beg telah kami beli setelah berjaya menawar sebanyak 50% diskaun. Susah betul nak tawar-menawar sampai penjual pun naik marah, tapi kita pelanggan mesti hendak harga yang paling murah kan. Kami juga sempat menikmati kopi susu ais Vietnam yang lazat sekali dengan harga RM3 segelas. Memang sedap sehinggakan Si Miza minum sampai 2 gelas.
Suasana di Pasar malam di sebelah pasar Ben Than
Ramai pengunjung datang ke sini , tapi harga barang yang ditawarkan sudah mahal jika dibandingkan dengan 2-3 tahun lepas
Tudung Nealofa pun ada dijual di sini , harganya amat murah RM 16-17 sahaja
Kopi susu ais memang terbaik !! , sedap dan lazat
Kami kembali ke hotel dalam jam 9 :45 malam dan sempat ke kedai Circle K utk membeli roti dan telur utk mengalas perut di malam hari.
No comments:
Post a Comment