27 Disember 2013
Setelah urusan 'check in' hotel selesai dan usai solat asar, kami pun bersiar-siar di Jeti Parameswara Maritime yang terletak bersebelahan dengan Euro Rich Hotel di Plaza Mahkota, Melaka. Harapan menggunung tinggi dan berdoa semoga bernasib baik dapat 'snapshot' gambar 'sunset' di tepi jeti. Ini kali lah....
Sementara menunggu kehadiran 'sunset' kami mengambil peluang bersiar-siar untuk menikmati suasana damai dan keindahan di persisiran jeti hingga ke pelabuhan feri Melaka ke Dumai.
Kita orang terlalu asyik dan teruja melihat ikan tembakul berkejar-kejaran di tepian muara. Hafizi dan Miza teringin hendak menangkap ikan-ikan tembakul tu, konon nak dibela si ikan tu...katanya macam pelik ajer!
Cantik kan suasana kat sini, nyaman sesekali bila angin sepoi-sepoi bahasa terasa.
Saja aje lepak-lepak di jeti kayu.... Nak test ketahanan kayu di jambatan jeti itu sama ada boleh atau tidak menampung kita orang. Nampak macam dah usang aje jambatan nie tapi kita orang gagahkan jugak nak bergambar kat situ.
Berhadapan dengan Feri Melaka Dumai.Teringin jugak suatu hari nanti kita orang nak pergi melancong ke Dumai pulak, bila ler agaknya tu?
Emmmm bilalah suasana 'sunset' nie nak menjelma? tak sabar rasanya nak 'snapshot' satu untuk dibuat koleksi harta karun. Sabarlah hati....sekejap lagi tu.
Hafizi kepenatan ikut kita orang, tanpa segan silu terus minta kakaknya dukong dia sampai kat tempat hotel. Cepatlah kakak.....lambat betul ler kakak nie, kalau macam nie bila nak sampai hotel nie?
Kecewa beb...malangnya 'sunset' yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba, menyorok pulak dia disebalik awan...malu kot dengan kita orang datang nak berkenalan....uwaaaaaa sedih gilos terasa patah hati udahnya...frust giler.
No comments:
Post a Comment