27 Disember 2013,
Suasana malam di Bandar Hilir, Melaka begitu sibuk dengan kehadiran ramai pelancong asing dan tempatan di situ di kala malam menjelma seperti adanya satu temasya. Berpusu-pusu gerombolan manusia datang untuk melihat, mengamati dan menikmati suasana malam dengan disajikan pemandangan peninggalan sejarah di zaman kegemilangan Melayu Melaka era tahun 1400 (berkemungkinan 1200) hingga 1800 masihi.
Persuratan Paduka Melaka
Melatari lingua franca sejarah kegemilangan
Dari helaian perak dakwatnya emas Sulalatus-Salatin
Menari jemari tangkas Tun Sri Lanang
Pada saat berbaris hulubalang menghunus tombak luka
Istana Tuanku menjadi saksi laksamana berpencak
Bersilat lidah menyusun kata mengalun senjata
Demi mengangkat Titah Sultan berdaulat.
"credit : Ahli Persatuan Penulis Melaka (PENAMA), Fairuzan Abdul Majid"
Kami pun tidak melepaskan peluang untuk sama-sama melihat sendiri pemandangan peninggalan sejarah Melaka dengan berjalan kaki di sekitar Bandar Hilir. Ramai juga orang yang mengambil peluang melihat-lihat pemandangan tersebut dengan menaiki beca. Beca di Melaka cantik dihias dengan bunga-bunga dan kalau suka dengar muzik daripada depan A Famosa ke Dutch Square. Semua terpulang kepada 'you all' hendak pilih alternatif melihat Bandar Hilir sama ada menggunakan beca ataupun berjalan kaki aje.
Di sini kami jejak kasih Bandar Hilir di kala malam hari dan 'snapshot' gambar-gambar pemandangan indah di Bandar Hilir untuk tatapan semua.
Sebelah kanan jalan terletaknya bazar utk membeli cendermata dan sebagainya
Sebahagian runtuhan tembok peninggalan zaman jajahan British.
Christ Church, di Dataran Belanda Bangunan Stadthuys
Penduduk tempatan juga menggelarnya sebagai bangunan merah. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya.
Kesan peninggalan bangunan oleh seorang Gabenor Belanda yang memerintah Melaka dahulu yang lengkap dengan gerejanya sekali, kini bangunan ini dijadikan muzium sejarah Melaka.
Sungai Melaka di waktu malam
Berhadapan Hard Rock cafe di Sungai Melaka.
'Posing' di Replika Kincir Angin Belanda di waktu malam.
Alamak pokok nie keluar lampu warna warni......Cuba teka warna lampu yang nyala?
Jawapannya:- warna hijau dan warna biru.
Beca-beca yang berbagai warna dan rupa menghiasi bandar hilir di kala malam menjelang..
Pakcik nie tunggu pelanggan untuk dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Hilir dengan becanya yang berwarna warni dan berkumandang muzik dan lagu. Sabar betul pakcik nie..larat ker dak tu tapi apa nak buat rezeki perlu dicari dengan kudrat yang ada. respect ler kat pakcik nie....
Tempat Riadah di laluan pejalan kali di sepanjang Melaka River Cruise, Sungai Melaka.
Pelbagai aktiviti jalanan di sepanjang jalan Melaka River Cruise.
Replika kapal perang Portugis yang telah berjaya menghancurkan tembok kekuatan Melayu Melaka pada tahun 1511.
No comments:
Post a Comment