Jejak Kasih di Bandar Hilir, Melaka Bandaraya Warisan Dunia

28 Disember 2013

Jom...kita ke Bandar Hilir Melaka! tapi apa yang ada di Bandar Hilir, Melaka...sibuk ler anak-anak celoteh bertanya. Banyak tempat bersejarah dan menarik di Bandar Hilir, Melaka nie dan kalau nak tau meh ler kita ke sana...
Banyak juga tempat yang sempat kami kunjungi antaranya Porta De Santiago (Kota A'Famosa), Jonker Walk, Dataran Portugis, muzium dan River Cruise di Sungai Melaka. So biarlah gambar jelah yang berbicara kewujudan Melaka Bandaraya Bersejarah nie...

 Jom ronda-ronda di sekitar Bandar Hilir tengok peninggalan sejarah dengan naik beca ekk... 
Meh tengoklah my beca nie..
cantik kan i nie, yelah i ada lampu, ada bunga lagi dan kalau u mau dengar muzik pun i ada.
 Replika kapal perang Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511. 

Sungai Melaka  




 River Cruise di Sungai Melaka

Mana satu pilihan hati nie 'Step in Melaka'....'From Melaka River Cruise'. 'Key chain' ini boleh di beli di Melaka River Cruise untuk diabadikan kenangan di Melaka. 

 Replika Kincir Air zaman Kesultanan Melaka

 Tembok Belanda

 Perkasa tak saya nie.... manalah tau boleh kalahkan kehebatan si meriam Belanda nie.



Gereja Christ
Dibina pada tahun 1753, struktur gereja ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang tulen. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat dengan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa sambungan, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan "Last Supper".

Bangunan Stadthuys – ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda)
Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadthuys juga dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650 dan merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadthuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong. 


Banyak barang dijual disini diantaranya jam tangan, cemin mata, payung yang pelik2, duit lama, poster lama, selipar, kasut, permainan,  baju kanak-kanak, beg tangan handmade, topi, key chain, t shirt dll.

Bukit Saint Paul:
Dibina pada tahun 1521 oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho, gereja ini yang dinamakan "Our Lady of The Hill" kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian golongan bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul". St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka gereja ini pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.

Penemuan tembok/runtuhan yang dikatakan sebahagian dinding A Famosa...tapi di mana serpihan bangunan Istana Kerajaan Melaka dulu dan kenapa kita bangga sangat dengan tinggalan A Famosa tu bukankah itu adalah lambang kejatuhan KESULTANAN MELAYU MELAKA? So fikir-fikirkan ler.
Kota A Famosa:
Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511 bagi menangkis serangan orang-orang Melayu. Bahan binaan kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan-bangunan  lain yang musnah akibat peperangan. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque .

Kota A Famosa mempunyai empat menara dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. yang dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.

A Famosa sebagai kubu pertahanan, ia telah mengalami kerosakkan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campurtangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A' Famosa pada hari ini. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia.

Sebahagian kubur Belanda

Gereja Portugis yang menghadap keindahan dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit syiling. 








No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...