Hari Raya Pertama

Tarikh :  6/7/2016



Hari ni memang hari yang paling sibuk buat kami sekeluarga. Setelah balik dari rumah mak di Kg Merbau Sempak pada jam 2 pagi , kami terus menyediakan bahan-bahan untuk membuat rendang daging dan lodeh. Daging batang pinang seberat 2 kilo setengah dihiris kecil kecil utk dibuat rendang. Mata memang dah ngantuk giler , tapi kena buat juga lah sebab sekejap lagi dalam jam 5 pagi dah mula nak masak. Selesai sahaja disiapkan bahan-bahan utk masak pagi nanti , kami mengambil keputusan untuk tidur sebentar , sebab badan pun dah terlalu penat.




Bila terjaga jer , tengok-tengok dah hampir pukul 6 pagi , alamak dah terlewat dah ni. Maka pn isteri dengan semangat jitunya terpaksalah menyediakan rendang dan lodeh dengan lebih cepat dan terges-gesa. Lodeh memang dapat di siapkan dengan cepat tetapi masalahnya rendang daging tu. tak mahu lembut sampailah ke jam 8:30 . Akhirnya dalam jam 9 pagi , kami berhenti masak kerana keluarga di Kg Merbau Sempak dah memanggil kami utk berhari-raya serta hendak menikmati hidangan rendang dan ketupat. Walaupun daging tu tidak berapa lembut tapi kira oklah tak liat sangat. Kami sebenarnya memerlukan hanya 30-40 minit lagi untuk melembutkan daging ke paras yang paling 'cun'.




Sampai jer di Sg Buloh lebih kurang jam 10:00 pagi , kami lihat ramai saudara-mara dah datang menziarahi. Apa lagi terus la kami hidangkan rendang , lodeh , kuah kacang dan ketupat. Diorang cakap rendang ni memang sedap dan lazat cuma tak berapa lembut/empuk, tapi masih dalam kategori sedap la.Apabila tetamu sudah balik , kami meneruskan aktiviti bergambar dan bersalaman bersama keluarga serta pemberian duit raya. Miza dan Hafizi memang paling gembira hari tu kerana mendapat ampau lebih dari RM200. Diorang cakap nak simpan untuk berbelanja di Ho Chi Minh City minggu depan.


Miza ,Hafizi dan sepupu bersama Atok dan Nenek

Walaupun penat , aktiviti bergambar tetap diteruskan.

Banyak Hafizi dapat 'ampau' , boleh la berbelanja di Vietnam nanti

Selepas selesai , kami menziarahi  Mak Ngah  dan Pak Long belah abah yang rumahnya berhampiran dengan rumah kami. Setelah selesai kami solat Zohor dahulu , Selepas solat ,kami ingat hendak terus ke Kg Kubu Gajah utk menziarahi Pak Ngah belah mak , tapi adik beradik nak pergi selepas Asar pulak. Memang lambat la camni. Dalam jam 6 petang baru kami gerak ke sana. Boleh dikatakan masa terbuang dengan banyak pada hari tu. Lepas tu kami balik lagi ke rumah untuk solat maghrib, sebelum meneruskan perjalanan ke Gombak untuk menziarahi Mak Long belah mak. Sampai sahaja di Gombak jam dah menunjukkan 9 malam , memang kelaparan lah pada masa tu. Nasib baiklah Mak Long dah masak nasi dengan kuah kari ayam , memang kami pulun la sampai licin.

Dalam jam 10:30 malam , kami balik semula ke Merbau Sempak utk berehat seketika sebelum balik ke Puncak Perdana pada jam 12 malam. Hari ni memang hari yang paling penat buat kami sekeluarga , Sampai jer di rumah kami terus tidur dengan lenanya memandangkan esok kami akan beraya ke Johor pula.

Batuk pulak dah !!

Adusss..stress..tensen betul la, time puasa nilah pulak batuk menyerang tekakku. Biasanya kalau kena batuk masa puasa memanglah susah nak sembuh. Mana taknya haram minum air di siang hari, kalau minum gak alamatnya batal puasa wei... Paling tidak pun kena minum air suam banyak di waktu malam hari. Terseksa jiwa raga menahan perit tekak coz tidak boleh minum banyak air suam sebab berpuasa, so kena tahan jer la batuk memanjang. Suara pun dah macam Ella bla bla, serak serak basah gitu, kalau nanyi sure tak siapa yang nak dengar huhuhu.

Pasal bab nak sembahyang tarawikh lagilah tak boleh, asik batuk jer sampai nak terkeluar isi tekak, risau termuntah pulak depan orang nanti...bikin haru jer. Ingat dengan minum air jer boleh hilangkan batuk, tapi gagal juga. Dengan semangat juang yang tinggi  & aku kuatkan semangat untuk membeli ubat batuk di kedai `macha`. Biasa lah aku bukan suka makan ubat pun huhuhu. Nasib baik ada ubat batuk cap kelapa laut afrika...memang sedap ubat tu manis dan lazat, memang tak sangka ada ubat yang sedap di dalam dunia ni.
Akhirnya, setelah seminggu lebih barulah batukku semakin reda dan berkurangan namun anakku Si Miza pula yang terjangkit penyakit batuk ni..lecehlaaa. Tu la dia suka sangat gomol dengan Baba...memang kena jangkit la. Tapi batuk dia masih batuk-batuk manja lagi, tak ganas macam Baba nya. Harap dalam minggu depan batuk ni akan hilang seperti hilangnya cahaya matahari di malam hari, hahaha.

Ok la..sebelum tidur ni nak pekena sesudu ubat batuk dulu...sayonaraaaaa batukku. 




Bantuan Khas Kewangan RM500


8 Jun 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Syukur alhamdulillah !! , walaupun pemberian boleh dikatakan kecil tapi lebih baik ada dari takda. Pada mulanya Cuepacs berharap kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bantuan hari raya sebanyak sebulan gaji, tapi akhirnya RM500 juga lah yang akan kita terima nanti.

RM500 ..emm nak buat apa dengan duit tu yer? Rasanya cukup-cukup untuk keperluan duit minyak dan pembayaran tol semasa balik ke kampung nanti. Lebihnya boleh digunakan untuk beri 'ampau' kepada sanak saudara. Kalau hendak membeli pakaian baru memang tidak cukup lah dan terpaksa juga kena keluarkan duit belanja sendiri.

Dapat bonus ker atau tak dapat bonus ker..raya mesti diteruskan. Semoga raya tahun ini akan lebih bersinar lagi dengan pemberian bonus raya yang boleh dikatakan cukup-cukup makan tu. 








Bazar Ramadhan

Hari pertama berpuasa , Hafizi dan Miza dah excited nak berbuka di luar . Diorang kata bagi can la Baba sebab kitaorang dah berjaya berpuasa penuh hari ni. Aduss , ingat nak berbuka di rumah jer hari ni memandangkan malas nak bergerak ke luar. Lagipun memang tengah berangan nak makan ayam goreng , sambal belacan dan masak lemak petola masa berbuka nanti..kalau tengah lapar memang 'kick' giler makan masakan tu. Tapi angan-angan itu , hanya tinggal angan-angan je la pada masa tu ishk!!

Kami sampai di Bazar Ramadhan  dalam jam 6 petang. Kelihatan ramainya umat manusia di situ. Hafizi dan Miza pun tak tahu apa yang hendak dimakannya. Semuanya nampak sedap . Tapi yang tak sedapnya harga makanan sudah semakin mahal berbanding dengan tahun lepas. Dulu tepung pelita boleh dibeli dengan harga RM2 bagi enam biji , tapi sekarang hanya dapat 4 biji jer. Semuanya mahal sekarang. Roti John , Kue Teow goreng kerang , nasi ayam dan  perbagai makanan lain pun naik harga dengan mendadak ..adusss..memang pening la macam ni.

Disebabkan bengang punya pasal dengan harga yang mahal tu , kami bersepakat ..hari ni kita berbuka di Secret Recipe hahaha padan muka ( lagi mahal ). Dekat RM100 gak terbang petang tu , tapi takpa lah kali ni jer tau, lain kali jangan minta lagi yer sebab sambal belacan dah memanggil-manggil dengan manjanya.... sambal belacan ....kau la ratu hatiku.

Makan kek masa berbuka..tak syok lansung..aduhhh

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...