Hari pertama berpuasa , Hafizi dan Miza dah excited nak berbuka di luar . Diorang kata bagi can la Baba sebab kitaorang dah berjaya berpuasa penuh hari ni. Aduss , ingat nak berbuka di rumah jer hari ni memandangkan malas nak bergerak ke luar. Lagipun memang tengah berangan nak makan ayam goreng , sambal belacan dan masak lemak petola masa berbuka nanti..kalau tengah lapar memang 'kick' giler makan masakan tu. Tapi angan-angan itu , hanya tinggal angan-angan je la pada masa tu ishk!!
Kami sampai di Bazar Ramadhan dalam jam 6 petang. Kelihatan ramainya umat manusia di situ. Hafizi dan Miza pun tak tahu apa yang hendak dimakannya. Semuanya nampak sedap . Tapi yang tak sedapnya harga makanan sudah semakin mahal berbanding dengan tahun lepas. Dulu tepung pelita boleh dibeli dengan harga RM2 bagi enam biji , tapi sekarang hanya dapat 4 biji jer. Semuanya mahal sekarang. Roti John , Kue Teow goreng kerang , nasi ayam dan perbagai makanan lain pun naik harga dengan mendadak ..adusss..memang pening la macam ni.
Disebabkan bengang punya pasal dengan harga yang mahal tu , kami bersepakat ..hari ni kita berbuka di Secret Recipe hahaha padan muka ( lagi mahal ). Dekat RM100 gak terbang petang tu , tapi takpa lah kali ni jer tau, lain kali jangan minta lagi yer sebab sambal belacan dah memanggil-manggil dengan manjanya.... sambal belacan ....kau la ratu hatiku.
Makan kek masa berbuka..tak syok lansung..aduhhh
No comments:
Post a Comment