Bantuan Khas Kewangan RM500


8 Jun 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Syukur alhamdulillah !! , walaupun pemberian boleh dikatakan kecil tapi lebih baik ada dari takda. Pada mulanya Cuepacs berharap kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bantuan hari raya sebanyak sebulan gaji, tapi akhirnya RM500 juga lah yang akan kita terima nanti.

RM500 ..emm nak buat apa dengan duit tu yer? Rasanya cukup-cukup untuk keperluan duit minyak dan pembayaran tol semasa balik ke kampung nanti. Lebihnya boleh digunakan untuk beri 'ampau' kepada sanak saudara. Kalau hendak membeli pakaian baru memang tidak cukup lah dan terpaksa juga kena keluarkan duit belanja sendiri.

Dapat bonus ker atau tak dapat bonus ker..raya mesti diteruskan. Semoga raya tahun ini akan lebih bersinar lagi dengan pemberian bonus raya yang boleh dikatakan cukup-cukup makan tu. 








Bazar Ramadhan

Hari pertama berpuasa , Hafizi dan Miza dah excited nak berbuka di luar . Diorang kata bagi can la Baba sebab kitaorang dah berjaya berpuasa penuh hari ni. Aduss , ingat nak berbuka di rumah jer hari ni memandangkan malas nak bergerak ke luar. Lagipun memang tengah berangan nak makan ayam goreng , sambal belacan dan masak lemak petola masa berbuka nanti..kalau tengah lapar memang 'kick' giler makan masakan tu. Tapi angan-angan itu , hanya tinggal angan-angan je la pada masa tu ishk!!

Kami sampai di Bazar Ramadhan  dalam jam 6 petang. Kelihatan ramainya umat manusia di situ. Hafizi dan Miza pun tak tahu apa yang hendak dimakannya. Semuanya nampak sedap . Tapi yang tak sedapnya harga makanan sudah semakin mahal berbanding dengan tahun lepas. Dulu tepung pelita boleh dibeli dengan harga RM2 bagi enam biji , tapi sekarang hanya dapat 4 biji jer. Semuanya mahal sekarang. Roti John , Kue Teow goreng kerang , nasi ayam dan  perbagai makanan lain pun naik harga dengan mendadak ..adusss..memang pening la macam ni.

Disebabkan bengang punya pasal dengan harga yang mahal tu , kami bersepakat ..hari ni kita berbuka di Secret Recipe hahaha padan muka ( lagi mahal ). Dekat RM100 gak terbang petang tu , tapi takpa lah kali ni jer tau, lain kali jangan minta lagi yer sebab sambal belacan dah memanggil-manggil dengan manjanya.... sambal belacan ....kau la ratu hatiku.

Makan kek masa berbuka..tak syok lansung..aduhhh

Bazar Ramadhan atau Bazir Ramadhan?

Kedatangan bulan ramadhan memberikan persepsi yang berbagai-bagai. Ada golongan yang menganggapnya seperti satu adat yang hadir pada setiap tahun,  maka menjalaninya secara biasa dan sambil lewa. Setengahnya pula amat bergembira kerana mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda berniaga di bazar ramadhan. Manakala golongan yang ketiga menganggap kehadiran ramadhan memberikan peluang yang terbaik untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Di antara hikmah dan faedah berpuasa adalah untuk mendidik hawa nafsu mengikut kehendak syariat. Nafsu ada dalam diri manusia dan merupakan keperluan hidup manusia. Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat 14 menyatakan:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada syahwat (perkara yang diingini nafsu ), iaitu wanita-wanita, anak pinak dan harta benda yang banyak yang melimpah limpah berupa emas, perak, kuda-kuda yang dipelihara yang bertanda serta baik, binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Demikian itu merupakan kesenangan hidup didunia. (Ingatlah) disisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya ( iaitu Syurga)"
 Maksud berpuasa adalah menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, memasukkan sesuatu kedalam rongga yang terbuka dan lain-lain bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Namun puasa yang sebenar-benarnya ialah meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa berupa dosa dan maksiat yang dilakukan oleh anggota-anggota yang zahir. Nabi bersabda:
"Berapa banyak orang yang berpuasa, tiadalah dapat dari puasa itu melainkan lapar dan dahaga"
Apabila kita berpuasa bermakna jumlah makan minum semakin berkurangan. Kalau kita tidak berpuasa kita akan makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Dengan berpuasa kita hanya makan dua kali sehari iaitu sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Ini bermakna kita tidak perlu berbelanja yang banyak boleh berjimat cermat. Apatah lagi dalam keadaan hari ini barang-barang keperluan harian semakin hari semakin bertambah mahal.  
Apabila lapar semua makanan dan minuman dirasakan sedap dan lazat. Itu semua adalah kerana dorongan nafsu. Kalau pergi membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadan, dengan makanan dan minuman yang beraneka, rasanya semua jenis juadah nak dibeli sedangkan apabila kita makan nanti, kita hanya mampu makan sebagaimana waktu kita tidak berpuasa juga. Akhirnya akan berlaku pembaziran sedangkan pembaziran itu amat dilarang kerana mensia-siakan harta. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Israk ayat 27:
"Sesungguhnya membazir itu adalah sahabat syaitan"
Membeli pakaian yang baru untuk diri dan keluarga adalah digalakkan. Ini kerana, disebut dalam kitab fiqh bahawa sunat memakai pakaian yang terbaik sewaktu pergi mendirikan solat Aidul Fitri. Bila sebut yang terbaik termasuk yang baru atau lama tetapi sesekali dipakai. Perlu diingat tidak perlu berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran. Yang penting berbelanja  mengikut kemampuan dan keperluan. Jangan sampai defisit.
Biasanya bila menjelangnya  hari raya atau hari-hari perayaan yang lain terdapat berbagai-bagai promosi dan diskaun potongan harga yang ditawarkan menggugat keimanan dan kemampuan kita. Jangan sampai terpengaruh dan terpedaya dengan harga yang ditawarkan padahal jika kita adalah pengguna yang bijak sepatutnya kita telah membuat perbandingan harga sebelum dan semasa musim perayaan, samada ia adalah memang tawaran yang menguntungkan atau  satu perangkap peniaga yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan yang berlebihan.
Berbelanja secara berlebih-lebihan untuk menyambut hari raya dengan menukar perabut, perkakas rumah, hiasan rumah, kenderaan termasuk kuih-muih apatah lagi mercun sangat bertentangan dengan semangat dan roh ramadhan  sekiranya terpaksa berhutang dan bergolok bergadai lebih-lebih lagi dengan niat untuk bermegah-megah.
Apa yang penting ialah pengisian ramadhan itu dilakukan bagi mencari rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka selama sebulan sedangkan menyambut kemenangan ramadhan pada hari raya hanya sehari tetapi ramai dikalangan kita yang merasa seolah-olah puasa ramadhan  hanya sehari tetapi hari raya seperti sebulan.
Sumber : Laman Web JAIS

Tempe Ohh Tempe !!

Serius aku cakap ...masa raya nanti kalau takda tempe memang tak meriah lah hari raya. Mana taknya masa dulu.. sebelum kawin ,selamber jer makan nasi impit dengan kuah kacang..memang takda masalah punya.... tapi sekarang ..setelah berkahwin dengan orang Jawa ...hidangan pagi raya tu wajib ada lodeh kerana ramuannya!! ADA TEMPE!!..mak aiii sedapnyaaa dan di makan pula bersama rendang ayam atau daging , memang terangkat beb, sampai solat sunat hari raya pun boleh miss

Nie apahal lak pagi-pagi ramadhan boleh cerita pasal tempe pulak?? baru 1 ramadhan la pulak kan. Bukannya apa masa belek-belek facebook pagi tadi ternampak pulak gambar makcik tempe yang amat popular tempe nya di Muar Johor. Kalau hari raya memang tak 'miss' lah untuk ber tempe di rumah makcik tersebut. Aduh.. lupa la pulak nama makcik tu..nanti lah tanya dengan my isteri sebab diorang tu ada bau-bau tempe antara satu sama lain.

Nie gambar makcik tempe , memang kalau nampak muka dia memang teringat akan tempe nya yang amat lazat , berkhasiat dan segar tu . Nampaknya dia tengah testing tempe goreng la tu.


Apa itu Tempe?

Mengikut Wikipedia :
Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari suku jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengantauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
Tempe bermula dengan kacang soya mentah, yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk dipermukaan -- ia tidak berbahaya, walaupun tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.

Protein soya di dalam tempe semakin mudah diceranakan dangan proses penapaian. Secara khususnya, (oligosakarida) yang sering dikaitkan dengan gas dan tidak hadam dikurangkan dengan banyaknya oleh kultur Rhizopus. Dalam kedai tradisional membuat tempe, kultur pencetus sering kali mempunyai bakteriaberguna yang menghasilkan vitamin (seperti vitamin B12). Di negara-negara Barat, menjadi kebiasaan bagi menggunakan kultur tulen yang hanya mengandungiRhizopus oligosporus. Disebabkan tempe dihasilkan daripada biji kacang, ia turut merupakan sumber serabut yang baik.

Tempe juga terkenal di Malaysia dan sangat popular terutamanya di daerah Klang kerana banyak penduduk yang berasal dari Indonesia telah mempopularkan makanan ini. Tempe khas turut boleh diperbuat daripada kekacang jenis lain, atau juga mengandungi campuran kacang dan bijiran. Tempeh bongrek adalah tempe Indonesia yang disediakan dengan campuran kelapa. Tempe jenis ini kadang-kala tercemar dan organisma yang tidak diingini menghasilkan toksindaripada kelapa. Masaalah ini tidak dihadapi oleh tempe yang diperbuat daripada kacang atau bijiran. Apabila tempa kacang atau bijiran mempunyai warna yang betul, tekstur, dan bau, ia merupakan petunjuk penting bahawa hasil itu adalah selamat.

Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan memotongnya kepada kepingan kecil, direndam dalam air garam, atau sos masin, dan digoreng dalam minyak. Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicampur cili, sup, dan kuah. Tempe mempunyai pelbagai perisa yang telah digambarkan sebagai berkacang, berdaging, dan seperti cendawan. Tempe boleh didingin-beku dan tersedia dikebanyakan negara barat di pasaran etnik dan kedai makanan kesihatan.

Hasil soya peram lain termasuk misodouchinatto dan oncom

Sekeping Tempe mentah

Khasiat tempe untuk makluman semua :

Vitamin B2 (riboflavin) -  pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, dan tumbesaran sel  
Vitamin B12 (cobalamin) - pembentukan sel darah merah dan sum sum tulang Vitamin B3 (niasin) - untuk peredaran darah dan kulit yang sihat 
Vitamin B5 (asam pantorenat) - penting utk proses pemecahan lemak, karbo & protein kpd tenaga 
Vitamin B6 (pyridoxine) - pengeluaran sel darah merah dan antibodi 
Vitamin C, E, karotenoid, isoflavin (antara sumber antioksidan)  termasuk Protein, karbohidrat, dll...

Nampak tak tempe tu banyak khasiat kan , so lepas ni kita amal-amalkan makan tempe setiap masa.
HIDUP MAKCIK TEMPE !!


HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...