Serius aku cakap ...masa raya nanti kalau takda tempe memang tak meriah lah hari raya. Mana taknya masa dulu.. sebelum kawin ,selamber jer makan nasi impit dengan kuah kacang..memang takda masalah punya.... tapi sekarang ..setelah berkahwin dengan orang Jawa ...hidangan pagi raya tu wajib ada lodeh kerana ramuannya!! ADA TEMPE!!..mak aiii sedapnyaaa dan di makan pula bersama rendang ayam atau daging , memang terangkat beb, sampai solat sunat hari raya pun boleh miss
Nie apahal lak pagi-pagi ramadhan boleh cerita pasal tempe pulak?? baru 1 ramadhan la pulak kan. Bukannya apa masa belek-belek facebook pagi tadi ternampak pulak gambar makcik tempe yang amat popular tempe nya di Muar Johor. Kalau hari raya memang tak 'miss' lah untuk ber tempe di rumah makcik tersebut. Aduh.. lupa la pulak nama makcik tu..nanti lah tanya dengan my isteri sebab diorang tu ada bau-bau tempe antara satu sama lain.
Nie gambar makcik tempe , memang kalau nampak muka dia memang teringat akan tempe nya yang amat lazat , berkhasiat dan segar tu . Nampaknya dia tengah testing tempe goreng la tu.
Apa itu Tempe?
Mengikut Wikipedia :
Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari suku jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengantauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
Tempe bermula dengan kacang soya mentah, yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk dipermukaan -- ia tidak berbahaya, walaupun tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.
Protein soya di dalam tempe semakin mudah diceranakan dangan proses penapaian. Secara khususnya, (oligosakarida) yang sering dikaitkan dengan gas dan tidak hadam dikurangkan dengan banyaknya oleh kultur Rhizopus. Dalam kedai tradisional membuat tempe, kultur pencetus sering kali mempunyai bakteriaberguna yang menghasilkan vitamin (seperti vitamin B12). Di negara-negara Barat, menjadi kebiasaan bagi menggunakan kultur tulen yang hanya mengandungiRhizopus oligosporus. Disebabkan tempe dihasilkan daripada biji kacang, ia turut merupakan sumber serabut yang baik.
Tempe juga terkenal di Malaysia dan sangat popular terutamanya di daerah Klang kerana banyak penduduk yang berasal dari Indonesia telah mempopularkan makanan ini. Tempe khas turut boleh diperbuat daripada kekacang jenis lain, atau juga mengandungi campuran kacang dan bijiran. Tempeh bongrek adalah tempe Indonesia yang disediakan dengan campuran kelapa. Tempe jenis ini kadang-kala tercemar dan organisma yang tidak diingini menghasilkan toksindaripada kelapa. Masaalah ini tidak dihadapi oleh tempe yang diperbuat daripada kacang atau bijiran. Apabila tempa kacang atau bijiran mempunyai warna yang betul, tekstur, dan bau, ia merupakan petunjuk penting bahawa hasil itu adalah selamat.
Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan memotongnya kepada kepingan kecil, direndam dalam air garam, atau sos masin, dan digoreng dalam minyak. Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicampur cili, sup, dan kuah. Tempe mempunyai pelbagai perisa yang telah digambarkan sebagai berkacang, berdaging, dan seperti cendawan. Tempe boleh didingin-beku dan tersedia dikebanyakan negara barat di pasaran etnik dan kedai makanan kesihatan.
Sekeping Tempe mentah
Khasiat tempe untuk makluman semua :
Vitamin B2 (riboflavin) - pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, dan tumbesaran sel
Vitamin B12 (cobalamin) - pembentukan sel darah merah dan sum sum tulang Vitamin B3 (niasin) - untuk peredaran darah dan kulit yang sihat
Vitamin B5 (asam pantorenat) - penting utk proses pemecahan lemak, karbo & protein kpd tenaga
Vitamin B6 (pyridoxine) - pengeluaran sel darah merah dan antibodi
Vitamin C, E, karotenoid, isoflavin (antara sumber antioksidan) termasuk Protein, karbohidrat, dll...
Nampak tak tempe tu banyak khasiat kan , so lepas ni kita amal-amalkan makan tempe setiap masa.
HIDUP MAKCIK TEMPE !!
hehhe..yeeah! hidup makcik tempe! hehehe
ReplyDeletehehehhe
ReplyDelete