Ole-ole dari Melbourne


Hari tu adik baru balik bercuti dari Melbourne selama 10 hari dan ini ole-ole untuk aku . Sebenarnya ada 2-3 benda lagi yang dia bagi aku seperti duit syiling , baju dan apron memasak. Semuanya untuk kenang-kenangan . Duit  Australia tu yang paling best dan mahal..kalau ditukar ke RM boleh dapat banyak tu hehehe . Apa yang diberi, aku sangat-sangat menghargainya . Nanti kalau pergi mana-mana lagi bolehlah bagi lagi yer XD . Thanks Sis!

Pasar malam Saujana Utama

Kebiasaanya hari Rabu adalah hari yang ditunggu-tunggu bagi penduduk di kawasan sekitar Taman Saujana Utama, Sg Buloh. Pada petang hingga malam hari tersebut merupakan aktiviti Pasar Malam. Kami pun tidak melepaskan peluang menjamu mata dan meninjau pasar malam kot-kot mana tau ada yang berkenan di hati, terus grap beli ler jawabnya. Pelbagai barang dan makanan di jual di pasar malam, ada yang mahal dan ada yang murah...tetapi kebanyakkannya mahal-mahal belaka dan situasi ini amat berbeda dengan pasar malam zaman dulu-dulu, di mana harga barang jualan dan makanan adalah murah berbanding di kedai dan pasaraya.

Aii..pening betul nak beli barang...semuanya mahal-mahal belaka.

Hafizi mencuba kopiah , mana saiz yang sesuai dan muat di kepalanya utk dipakai semasa tarawih nanti.

Cantiknya baju ni ,Miza berkenan la tapi harganya mahal la pulak, kalah butik


Emm sedapnya kuih Takoyaki ni , wajib beli ni...

Tunggu 10 minit utk Takoyaki siap dimasak...ingatkan sedap sangat..tapi bila dimakan emmm biasa-biasa jer..sedap lagi cekodok bilis isteri aku.

Pantai Morib

Cuti sekolah telah tiba lagi , so destinasi apa yang boleh kita pergi yang mempunyai pantai yang indah beserta resort yang menarik? Sudah tentunya lokasi nya adalah di Pantai Morib .Ia  adalah salah satu destinasi pelancongan yang amat menarik di daerah Kuala Langat Selangor. Para pelancong juga boleh memilih hotel dan resort yang menarik dengan harganya agak berpatutan.

Mengikut laman web percutianbajet.com . tarikan utama pelancong ke sini adalah :

  • Kawasan pantai yang dibangunkan utk aktiviti pelancongan
  • Meriah - terdapat perbagai gerai jualan yang menjual perbagai barangan
  • Tempat makan yang menarik - terdapat kedai makanan , kedai kerepek dan juga makanan laut
  • Tempat penginapan yang menarik - ada waterpark di Gold Coast Morib
  • Aktiviti menarik - mandi laut , main layang-layang , sukan pantai dan sebagainya


Suasana damai dan tenang boleh dirasai bila malam menjelang tiba. Ini adalah beberapa gambar yang sempat aku rakamkan semasa matahari melabuhkan dirinya apabila hari kian meniti senja.




`Renew` Pasport Antarabangsa Malaysia

31/5/16 - Selasa

Pasport kami telah tamat tempoh!!! Aduhai perlu ambil tindakan segera dan misi `renew` perlu dilaksanakan  dengan jayanya, Jikalau tidak, gagal ler untuk menjejakkan kaki ke luar negara. Sebenarnya sudah dua kali kami telah gagal untuk mendapatkan nombor giliran bagi `renew` pasport nie...frust giler tahap gaban...rupanya ramai rakyat Malaysia yang berurusan dengan Imigresen Malaysia untuk membuat pasport. Kaya sungguh rakyat Malaysia....gamaknya!!!!

Tanpa berlengah lagi di pagi hari selasa yang hening, kami terus bersiap-siap untuk ke Jabatan Imigresen Malaysia...Kereta dipacu menuju Bangunan Wisma PKNS. Pejabat Imigresen Malaysia berada di Tingkat 2, Wisma PKNS, Shah Alam, Selangor. Kami tiba di sana sekitar jam di tangan telah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Ingatkan kami antara orang yang terawal, rupa-rupanya barisan menunggu nombor giliran telah panjang...Emmm..redha ajer la...kali ini pantang berundur...pasti misi berjaya...Dalam tempoh masa satu jam kami beratur barulah sampai di kaunter nombor giliran. Hari ni kami berjaya mendapat nombor giliran 83, 84, 85 dan 86. Antara langkah-langkah peraturan `renew' pasport, antaranya:

  • Isi dan lengkapkan borang maklumat pemohonan (warna biru)
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Pasport yang telah tamat tempoh
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, Ibu bapa atau penjaga dikehendaki membawa sijil lahir. Sekiranya tidak membawa sijil lahir maka salinan kad pengenalan pemohon dan kad pengenalan Ibu/bapa/ penjaga. ( pemohon mesti memohon `renew` melalui ibu/bapa /penjaga).

Agak lama juga kami menunggu untuk mendengar nombor giliran dipanggil...namun terpaksa bersabar...bersabar dan terasa sungguh menyeksakan. Setelah hampir 4 jam  menunggu...akhirnya nombor giliran kami dipanggil, lega plus puashati, macam orang lain jugak kan. Kami menuju ke kaunter no. 10  sambil menunggu arahan pegawai bertugas. Pasport lama tersebut kami serahkan bersama-sama kad pengenalan, sijil lahir (bagi pemohon bawah 18 tahun) dan borang biru. Kemudian ibu jari kanan diimbas bagi memastikan identiti adalah sama dan betul dengan pemohon. Selepas itu, pegawai bertugas mengarahkan agar kami duduk di kerusi menghadap kamera untuk diambil gambar (muka sahaja) untuk tujuan dicetak gambar di dalam pasport baru nanti. Emmm dah tidak perlu bawa gambar ukuran pasport lagi...jimat RM12.00..huhuhuhu

Langkah seterusnya membuat pembayaran sebanyak RM200.00 ( 5 tahun/ 50 mukasurat) manakala pemohon bawah umur 13 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 sahaja. Selepas selesai proses bayaran kami disuruh menunggu lagi dalam tempoh masa satu jam kemudian barulah menuntut dan mengambil pasport baru di kaunter. So pandai-pandai la bajet pada masa tu .

Kenangan lama yang menjadi sejarah

Pasport lama yang digunting setelah pasport baru diterima

Resit rasmi , RM100 sahaja yang dicaj kepada Hafizi kerana belum mencapai umur 13 tahun

Yess..pasport baru dah siap..boleh mengembara lagi selepas ni.



HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...