Kuala Nal


Alamak !! ...kali ni terpaksa menghantar rombongan perminangan anak buah ( anak sulong Kak Long ) ke Kuala Nal di dalam daerah Kuala Krai , Kelantan . Mulanya macam malas la nak pergi sebab terpaksa nak feri bagai dan jaraknya dari Shah Alam yang terlalu jauh , tapi digagahkan diri juga untuk pergi ke sana memandangkan aku pun belum pernah menjejakkan kaki di bumi Kelate.

Perjalanan bermula pada jam 1 pagi dari Shah Alam dan kemudian singgah sebentar di Damansara Damai utk mengambil Abe Khairul dan Kak Kamariah . Ok jugak mereka nak tumpang kerana boleh share-share minyak ..jimat sikit kos perjalanan kan. Perjalanan diteruskan melalui Lebuhraya MRR2 , memasuki tol Gombak dan seterusnya ke Genting Sempah.

Berhenti seketika di stesen Petronas di Laluan Lebuhraya Karak sebab Miza sibuk hendak ke toilet . Dia ni kalau jalan asyik nak ke toilet jer , tapi ok la..boleh la pekena kopi panas sekejap. 20 minit selepas itu perjalanan diteruskan melalui simpang kiri Bentong Barat menuju ke bandar Bentong dan ke Raub.

Disebabkan pada pagi itu jalan memang 'clear' , kami sampai di Gua Musang pada jam 6 pagi , so sempat lah solat subuh dan 'breakfast' di RnR Gua Musang. Jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai . Perjalanan mengambil masa 2 jam kerana terlalu banyak kenderaan berat berada di atas jalanraya , nak memotong pun kena berhati-hati kerana laluan ni amat berbahaya dan berliku-liku. Jam 9 pagi kami sampai di Kuala Krai dan kami ke masjid berdekatan utk salin pakaian, takkan nak pergi kenduri kawin pakai tshirt jer hehehe.

Selepas siap semuanya , kami terus ke Jeti utk menaiki feri ke Kuala Nal , ini yang tak best ni feri dia dah la slow lepas tu sempit pulak , so terpaksa la tunggu giliran dengan tempoh masa yang agak lama. Kata orang sabar tu separuh dari iman...so sabar je la...

 Tu dia feri yang kami naiki , Khairul dan Kak Kam nampak ceria jer , maklumla dalam kereta boleh tidur dengan nyenyak , aku jer ngantuk tak tidur lansung ..aduhhhaii

My Lovely Wife nampak ceria gak pagi ni...

 Miza dan Mama sempat bergambar di atas feri yang slow ni

 Ini lah feri Kuala Nal

Sungai Kelantan 

Pekan Rantau Panjang Kelantan



Rantau Panjang di sempadan Thailand-Malaysia Kelantan boleh dikatakan syurga membeli-belah bagi rakyat Malaysia terutamanya kaum wanita kerana harga barangnya adalah lebih murah dari tempat lain , tapi kena pandai tawar menawar la yer. Lagi elok kalau korang pandai kecek kelate, sudah tentu boleh tawar menawar sehingga harga terendah sebab diorang ni x layan sangat kalau 'customer' tu dari luar Kelantan . Mengikut pengalaman yang pernah saya lalui , macam tu lah keadaan nya jika membeli belah di sana , lagi elok jika ada member dari Kelantan yang join kita... lagi senang nak tawar menawar.


Sungai Golok yang memisahkan Malaysia dan Thailand , so sesiapa nak seludup barang-barang samada dari Malaysia ke Thailand atau sebaliknya boleh mengikuti sungai ni dengan hanya menaiki sampan  , tapi di sepanjang sungai ni askar-askar Malaysia sentiasa ada utk memastikan tiada penyeludup berjaya ke Malaysia atau ke Thailand. Kalau berani cuba lah..

 Hafizi sempat bergambar di Sg Golok 

 Amboi seronok diorang ni bergambar , sampai askar yang berkawal di situ pun 'confuse' diorang ni nak shopping ker atau nak ke seberang. Tengok Kak Long tu ..dia yang paling teruja.

 Aktiviti membeli-belah sedang giat dilaksanakan oleh kaum-kaum ibu dan hawa , risau ni ...kena cek beg duit ni..cukup ker tak ni nak beli macam-macam ni..risau sangat ni XD

Apa yang Miza buat kat situ? tunggu Mama ker? meh ikut Baba kita pi ngeteh dulu..kalau Mama shopping mahu berjam-jam tu....sengal lutut mahu tunggu...

Ok la tu sempat gak bergambar di sini...maklumlah baru pertama kali menjejakkan kaki kat sini..tentu teruja tu.

Ciko..si kucing comel ku...

24/5/2016 , hari ini genaplah umur Ciko 7 bulan . Di sebabkan Ciko ni kuat makan dan kuat tido , cepatlah badan dia gemuk XD . Ciko ni manja sangat ..asik nak minta diusap-usap jer...pastu suka tido di tempat yang sejuk terutamanya di dalam bilik tido yang ber'aircon'.

 Aku nak rehat pun disuruhnya photoshoot..terpaksa kasi pose yang menarik ni...meoww
 Nak selfie gak..jangan jeles tau..ensem tak saya???
Photoshoot bersama abang saya...abang Hafizi..

*** Ciko dah meninggal dunia pada 26/8/2016 Jumaat pagi disebabkan keracunan makanan , tetiba jer dia sakit , dan abang dia Hafizi telah kebumikannya di belakang rumah. Memang sedih sebab Ciko ni seekor kucing yang manja.

Telaga Tujuh Langkawi

Mengikut Wikipedia


Air Terjun Telaga Tujuh (Seven Wells) merupakan rangkaian air terjun yang berasal dari tujuh mata air, mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Curahan dari telaga pertama terjadi sebatang sungai kecil dan menerusi ke telaga yang lain. Ia terletak di tebing Gunung Mat Chinchang menghala ke Teluk Burau. Air Terjun Telaga Tujuh setinggi 91 meter ini boleh didaki melalui 900 anak tangga curam sehingga bahagian pertama air terjun. Ia boleh mengambil masa antara 45 minit sehingga sejam untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun Telaga Tujuh yang setinggi 90 meter ini.

Air Terjun Telaga Tujuh mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan membentuk tujuk kolah pada muka bukit, dari mana ia mendapat nama. Aliran air yang pantas menjadikan batu sekelilingnya licin ketika air mengalir dari satu kolam ke kolam yang lain sehingga kolam ke tujuh di kaki bukit 90 meter di bawah. Air terjun ini dikatakan sungguh cantik sehinggakan ia menjadi tempat pari-pari mandi dan juga mampu merawat penyakit.

Terdapat pokok limau sintuk yang terdapat di kawasan air terjun itu yang dikatakan ditinggalkan oleh pari-pari tersebut. Limau Sintuk biasanya digunakan dalam perubatan Melayu bagi membuang sial dengan mandi bersintuk.

Air Terjun Telaga Tujuh boleh dicapai menggunakan kereta, motorsikal atau teksi; satu meter selepas melepasi Pantai Kok, belok ke kanan, bersetentangan dengan Burau Bay Resort sehingga sampai ke tempat letak kereta. Terdapat gerai menjual cendera hati di kaki bukit. Memanjat ke puncak air terjun memakan masa sekitar 45 minit, dan pengunjung dapat menikmati pemandangan indah semulajadi di hutan hujan khatulistiwa sepanjang perjalanan.
Bagi mereka yang mata tajam, mereka berpeluang melihat haiwan liar seperti monyet dan tupai, selain berpeluang melihat burung enggang yang bertenggek di dahan pokok.

Pengunjung dinasihati agar mematuhi panduan yang diberi, mereka yang tidak mematuhi arahan keselamatan ada yang tercedera atau terbunuh di masa lalu. Ini berlaku apabila pengunjung melintasi tali halangan untuk pergi lebih hampir dengan air terjun lalu tergelincir akibat batu yang licin

Hafizi sedang leka mandi di air terjun telaga tujuh ni , kesejukan airnya memang terasa . Tapi kalau nak mandi di sini kena lah berjalan menaiki tangga yang banyak , lenguh kaki dibuatnya , tinggi bebenor air terjun ni, mana-mana yang sakit lutut , mahu kejang dibuatnya bila sampai ke atas. Apa-apa pun permandangan dari atas bukit ni memang indah dan mengasyikkan

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...