Air Terjun Telaga Tujuh (Seven Wells) merupakan rangkaian
air terjun yang berasal dari tujuh mata air, mengalir ke tujuh telaga semula
jadi. Curahan dari telaga pertama terjadi sebatang sungai kecil dan menerusi ke
telaga yang lain. Ia terletak di tebing Gunung Mat Chinchang menghala ke Teluk
Burau. Air Terjun Telaga Tujuh setinggi 91 meter ini boleh didaki melalui 900
anak tangga curam sehingga bahagian pertama air terjun. Ia boleh mengambil masa
antara 45 minit sehingga sejam untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun
Telaga Tujuh yang setinggi 90 meter ini.
Air Terjun Telaga Tujuh mengalir dari satu kolam ke satu
kolam yang lain dan membentuk tujuk kolah pada muka bukit, dari mana ia
mendapat nama. Aliran air yang pantas menjadikan batu sekelilingnya licin
ketika air mengalir dari satu kolam ke kolam yang lain sehingga kolam ke tujuh
di kaki bukit 90 meter di bawah. Air terjun ini dikatakan sungguh cantik
sehinggakan ia menjadi tempat pari-pari mandi dan juga mampu merawat penyakit.
Terdapat pokok limau sintuk yang terdapat di kawasan air
terjun itu yang dikatakan ditinggalkan oleh pari-pari tersebut. Limau Sintuk
biasanya digunakan dalam perubatan Melayu bagi membuang sial dengan mandi
bersintuk.
Air Terjun Telaga Tujuh boleh dicapai menggunakan kereta, motorsikal
atau teksi; satu meter selepas melepasi Pantai Kok, belok ke kanan,
bersetentangan dengan Burau Bay Resort sehingga sampai ke tempat letak kereta.
Terdapat gerai menjual cendera hati di kaki bukit. Memanjat ke puncak air
terjun memakan masa sekitar 45 minit, dan pengunjung dapat menikmati
pemandangan indah semulajadi di hutan hujan khatulistiwa sepanjang perjalanan.
Bagi mereka yang mata tajam, mereka berpeluang melihat
haiwan liar seperti monyet dan tupai, selain berpeluang melihat burung enggang
yang bertenggek di dahan pokok.
Pengunjung dinasihati agar mematuhi panduan yang diberi,
mereka yang tidak mematuhi arahan keselamatan ada yang tercedera atau terbunuh
di masa lalu. Ini berlaku apabila pengunjung melintasi tali halangan untuk
pergi lebih hampir dengan air terjun lalu tergelincir akibat batu yang licin
Hafizi sedang leka mandi di air terjun telaga tujuh ni ,
kesejukan airnya memang terasa . Tapi kalau nak mandi di sini kena lah berjalan
menaiki tangga yang banyak , lenguh kaki dibuatnya , tinggi bebenor air terjun
ni, mana-mana yang sakit lutut , mahu kejang dibuatnya bila sampai ke atas.
Apa-apa pun permandangan dari atas bukit ni memang indah dan mengasyikkan
No comments:
Post a Comment