Personal Loans

Buka email jer pagi ni, terbaca pula tawaran hebat personal loans dari Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan. Sudah insaf rasanya nak buat personal loans lagi.. memandangkan komitmen untuk bayaran bulanan yang semakin tinggi dan juga mencabar. Bayangkan dengan harga barangan yang semakin meningkat naik  ( padahal harga minyak dah turun ) ditambah pula dengan perbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan, sekaligus menambahkan lagi bebanan bagi kakitangan kerajaan yang bergaji sederhana dan kecil seperti aku ni.

Memang lah seronok bila mendapat kelulusan personal loans dari bank , tetapi keseronokan itu hanya sementara sahaja dan bila wang habis dibelanjakan, terpaksa pula menanggung beban untuk membayar hutang sampai ke tua, baru lah terasa sengsara. Tempoh bayaran bulanan sekarang telah ditetapkan selama 10 tahun maksimun sahaja bagi setiap bank bagi kakitangan kerajaan yang layak. Bagi aku, membuat personal loans ni boleh dilaksanakan jika dalam keadaan terdesak sahaja, kalau sekadar untuk bersuka-ria dan enjoy sana sini baik kita lupakan saja lah.

Di sini aku sertakan template personal loans dari Bank Rakyat , mana tahu ada kawan-kawan yang berminat untuk mencuba.




Info@Philately: New Stamp Issue 14/2016 | PENANG FREE SCHOOL - 200 YEARS OF EXCELLENCE | Date of Issue: 21.10.16 | Date of Sale: 21 & 23.10.16

Pos Malaysia akan mengeluarkan satu lagi set setem kenangan isu " PENANG FREE SCHOOL - 200 YEARS OF EXCELLENCE" pada 21 dan 23 Oktober ni. Pada peminat setem dan sampul surat hari pertama diminta jangan melepaskan peluang untuk membeli set keluaran yang istimewa ini.




Segala pertanyaan , bolehlah berhubung dengan :

Mohd Zainuddin Noor Rosdy (Moza)
Sales & Marketing, Online Services & Creative
Stamp & Philately Unit, Pos Niaga

Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t:              +603 2267 2002
f:              +603 2694 2139


Hari Sukan Negara 2016

Kelulut Walk 2016

8 Oktober 2016...Selepas subuh, kami terus bertolak ke Taman Botani Negara Shah Alam untuk menyertai program Kelulut Walk 2016, anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Sekitar jam 7.20 pagi, kami sampai di lokasi dan kelihatan ramai kakitangan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian& Industri Asas Tani (MOA) turut mengambil bahagian di dalam program ini. Tidak ketinggalan juga, ahli keluarga kakitangan juga sama-sama mengambil bahagian bagi memeriahkan program.

Kami terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar dan urusetia telah memberi kami sarapan iaitu roti gardenia, sedikit madu kelulut, sebiji pisang dan air mineral. 

Pn Isteri sedang mendaftar bagi program Kelulut Walk 2016

Sarapan disediakan

Alhamdulillah, namun masa itu kami telah kenyang kerana sudah bersarapan di rumah sebelum datang ke sini. Seterusnya kami terus ke ruang utama untuk aktiviti senamrobik/zumba. Kami menunggu ketibaan YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang dijangka tiba pada jam 8 pagi untuk merasmikan program Kelulut Walk 2016 ini. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah tiba dan terus di bawa melawat ke gerai Kelulut Madu. 

Kami sempat bergambar bersama Pak Sabri , ikon Kelulut Walk 2016

Selepas itu, aktiviti senamrobik dan zumba dimulakan. Jelas kelihatan semua peserta seronok memulakan gerakan senamrobik ini. Memang sengal jugak lah badan kerana dah lama tak buat senamrobik ni, nasib baik tak kejang kaki. Aktiviti senamrobik dan zumba selesai dalam masa 30 minit.

Senamrobik dan Zumba
Video YB Dato' Sri berzumba  boleh dilihat di sini

Program Kelulut Walk dirasmikan oleh YB dan aktiviti berjalan kaki sejauh 3.7km pun dimulakan. 

Perasmian Program Kelulut Walk 2016
Perjalanan sejauh 3.7km bermula

Pada mulanya kami ingat laluannya rata sahaja tetapi setelah 1km kami berjalan, terpaksa pula menaiki dan menuruni bukit yang curam, adus sengal lutut, boleh kejang urat saraf ni, Kami teruskan juga perjalanan sehinggalah sampai ke garisan penamat.

Video Kelulut Walk boleh dilihat di sini

Miza sempat bergambar dengan YB Dato' Sri 

Di sana kami disajikan pula dengan makanan tengahari yang enak dan lazat. Program selesai pada jam 11 pagi.

Info@Philately: New Stamp Issue 13/2016 | POSMEN KOMUNITI | Date of Issue: 09.10.16 | Date of Sale: 09 & 10.10.16

Pos Malaysia akan mengeluarkan satu lagi set setem kenangan isu " POSMEN KOMUNITI" pada 9 dan 10 Oktober ni. Pada peminat setem dan sampul surat hari pertama diminta jangan melepaskan peluang untuk membeli set keluaran yang istimewa ini.



Segala pertanyaan , bolehlah berhubung dengan :

Mohd Zainuddin Noor Rosdy (Moza)
Sales & Marketing, Online Services & Creative
Stamp & Philately Unit, Pos Niaga

Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t:              +603 2267 2002
f:              +603 2694 2139

JEJU ALOE 99% The Face Shop


Produk korea yang hot dan best seller ( kata sales girl kat face shop ) sudah semestinya adalah produk Jeju Aloe 99% yang mempunyai 99% extract aloevera dari pulau Jeju , Korea. 

Pulau Jeju terbentuk dari letusan gunung berapi di dasar laut. Larva yang meletus keluar dan bertembung dengan air laut menghasilkan sebuah daratan yang subur. Oleh sebab itu, Pulau Jeju dikatakan sangat unik dan diiktiraf dunia sebagai one of 7 natural wonders of the world. Oleh kerana Jeju merupakan bekas pulau gunung berapi, tanah di sini sangat subur dan sesuai untuk penanaman alovera yang bermutu tinggi.

The Face Shop di Setia City Mall ni selalu buat SALE dan hari ini ia menawarkan harga diskaun yang amat murah. Harga sebenar untuk 1 Gel Aloevera ni adalah lebih kurang RM 23++ , tapi hari ini kami ditawarkan dengan harga RM 45 untuk 3 Gel Aloevera, memang berbaloi lah kami membelinya.

Antara kegunaannya :

Selain digunakan untuk moisturizer , ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan lecur pada kulit , merawat sunburn dan merawat rambut. Yang paling penting ia bebas paraben.


Model The Face Shop 




HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...