Kelulut Walk 2016
8 Oktober 2016...Selepas subuh, kami terus bertolak ke Taman Botani Negara Shah Alam untuk menyertai program Kelulut Walk 2016, anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Sekitar jam 7.20 pagi, kami sampai di lokasi dan kelihatan ramai kakitangan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian& Industri Asas Tani (MOA) turut mengambil bahagian di dalam program ini. Tidak ketinggalan juga, ahli keluarga kakitangan juga sama-sama mengambil bahagian bagi memeriahkan program.
Kami terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar dan urusetia telah memberi kami sarapan iaitu roti gardenia, sedikit madu kelulut, sebiji pisang dan air mineral.
Pn Isteri sedang mendaftar bagi program Kelulut Walk 2016
Sarapan disediakan
Alhamdulillah, namun masa itu kami telah kenyang kerana sudah bersarapan di rumah sebelum datang ke sini. Seterusnya kami terus ke ruang utama untuk aktiviti senamrobik/zumba. Kami menunggu ketibaan YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang dijangka tiba pada jam 8 pagi untuk merasmikan program Kelulut Walk 2016 ini. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah tiba dan terus di bawa melawat ke gerai Kelulut Madu.
Kami sempat bergambar bersama Pak Sabri , ikon Kelulut Walk 2016
Selepas itu, aktiviti senamrobik dan zumba dimulakan. Jelas kelihatan semua peserta seronok memulakan gerakan senamrobik ini. Memang sengal jugak lah badan kerana dah lama tak buat senamrobik ni, nasib baik tak kejang kaki. Aktiviti senamrobik dan zumba selesai dalam masa 30 minit.
Senamrobik dan Zumba
Video YB Dato' Sri berzumba boleh dilihat di sini
Program Kelulut Walk dirasmikan oleh YB dan aktiviti berjalan kaki sejauh 3.7km pun dimulakan.
Perasmian Program Kelulut Walk 2016
Perjalanan sejauh 3.7km bermula
Pada mulanya kami ingat laluannya rata sahaja tetapi setelah 1km kami berjalan, terpaksa pula menaiki dan menuruni bukit yang curam, adus sengal lutut, boleh kejang urat saraf ni, Kami teruskan juga perjalanan sehinggalah sampai ke garisan penamat.
Video Kelulut Walk boleh dilihat di sini
Miza sempat bergambar dengan YB Dato' Sri
Di sana kami disajikan pula dengan makanan tengahari yang enak dan lazat. Program selesai pada jam 11 pagi.
No comments:
Post a Comment