Personal Loans

Buka email jer pagi ni, terbaca pula tawaran hebat personal loans dari Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan. Sudah insaf rasanya nak buat personal loans lagi.. memandangkan komitmen untuk bayaran bulanan yang semakin tinggi dan juga mencabar. Bayangkan dengan harga barangan yang semakin meningkat naik  ( padahal harga minyak dah turun ) ditambah pula dengan perbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan, sekaligus menambahkan lagi bebanan bagi kakitangan kerajaan yang bergaji sederhana dan kecil seperti aku ni.

Memang lah seronok bila mendapat kelulusan personal loans dari bank , tetapi keseronokan itu hanya sementara sahaja dan bila wang habis dibelanjakan, terpaksa pula menanggung beban untuk membayar hutang sampai ke tua, baru lah terasa sengsara. Tempoh bayaran bulanan sekarang telah ditetapkan selama 10 tahun maksimun sahaja bagi setiap bank bagi kakitangan kerajaan yang layak. Bagi aku, membuat personal loans ni boleh dilaksanakan jika dalam keadaan terdesak sahaja, kalau sekadar untuk bersuka-ria dan enjoy sana sini baik kita lupakan saja lah.

Di sini aku sertakan template personal loans dari Bank Rakyat , mana tahu ada kawan-kawan yang berminat untuk mencuba.




No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...