`Renew` Pasport Antarabangsa Malaysia

31/5/16 - Selasa

Pasport kami telah tamat tempoh!!! Aduhai perlu ambil tindakan segera dan misi `renew` perlu dilaksanakan  dengan jayanya, Jikalau tidak, gagal ler untuk menjejakkan kaki ke luar negara. Sebenarnya sudah dua kali kami telah gagal untuk mendapatkan nombor giliran bagi `renew` pasport nie...frust giler tahap gaban...rupanya ramai rakyat Malaysia yang berurusan dengan Imigresen Malaysia untuk membuat pasport. Kaya sungguh rakyat Malaysia....gamaknya!!!!

Tanpa berlengah lagi di pagi hari selasa yang hening, kami terus bersiap-siap untuk ke Jabatan Imigresen Malaysia...Kereta dipacu menuju Bangunan Wisma PKNS. Pejabat Imigresen Malaysia berada di Tingkat 2, Wisma PKNS, Shah Alam, Selangor. Kami tiba di sana sekitar jam di tangan telah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Ingatkan kami antara orang yang terawal, rupa-rupanya barisan menunggu nombor giliran telah panjang...Emmm..redha ajer la...kali ini pantang berundur...pasti misi berjaya...Dalam tempoh masa satu jam kami beratur barulah sampai di kaunter nombor giliran. Hari ni kami berjaya mendapat nombor giliran 83, 84, 85 dan 86. Antara langkah-langkah peraturan `renew' pasport, antaranya:

  • Isi dan lengkapkan borang maklumat pemohonan (warna biru)
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Pasport yang telah tamat tempoh
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, Ibu bapa atau penjaga dikehendaki membawa sijil lahir. Sekiranya tidak membawa sijil lahir maka salinan kad pengenalan pemohon dan kad pengenalan Ibu/bapa/ penjaga. ( pemohon mesti memohon `renew` melalui ibu/bapa /penjaga).

Agak lama juga kami menunggu untuk mendengar nombor giliran dipanggil...namun terpaksa bersabar...bersabar dan terasa sungguh menyeksakan. Setelah hampir 4 jam  menunggu...akhirnya nombor giliran kami dipanggil, lega plus puashati, macam orang lain jugak kan. Kami menuju ke kaunter no. 10  sambil menunggu arahan pegawai bertugas. Pasport lama tersebut kami serahkan bersama-sama kad pengenalan, sijil lahir (bagi pemohon bawah 18 tahun) dan borang biru. Kemudian ibu jari kanan diimbas bagi memastikan identiti adalah sama dan betul dengan pemohon. Selepas itu, pegawai bertugas mengarahkan agar kami duduk di kerusi menghadap kamera untuk diambil gambar (muka sahaja) untuk tujuan dicetak gambar di dalam pasport baru nanti. Emmm dah tidak perlu bawa gambar ukuran pasport lagi...jimat RM12.00..huhuhuhu

Langkah seterusnya membuat pembayaran sebanyak RM200.00 ( 5 tahun/ 50 mukasurat) manakala pemohon bawah umur 13 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 sahaja. Selepas selesai proses bayaran kami disuruh menunggu lagi dalam tempoh masa satu jam kemudian barulah menuntut dan mengambil pasport baru di kaunter. So pandai-pandai la bajet pada masa tu .

Kenangan lama yang menjadi sejarah

Pasport lama yang digunting setelah pasport baru diterima

Resit rasmi , RM100 sahaja yang dicaj kepada Hafizi kerana belum mencapai umur 13 tahun

Yess..pasport baru dah siap..boleh mengembara lagi selepas ni.



Hari Keluarga LKIM

Hari keluarga lagi !! Sabtu lepas Hari Keluarga LKIM telah diadakan di Morib Gold Coast Resort. Disebabkan tiada aktiviti yang hendak dibuat pada masa tu, maka kami semua bersetuju untuk mengikuti program hari keluarga tersebut. Semua perbelanjaan ditanggung oleh LKIM...kira berbaloi la kan...di samping mengeratkan silahturrahim sesama ahli keluarga.

Kami bertolak dari Puncak Perdana pada jam 9 malam Jumaat dan sampai di lokasi lebih kurang dalam jam 11 malam . Apabila sampai di lokasi, kami diberi kupon utk sarapan pagi dan tiket percuma untuk aktiviti di Water Theme Park di Resort tersebut. Keesokkan hari, kami bersarapan sarapan  dan selepaas itu, kami terus ke taman tema air untuk melakukan aktiviti mandi manda , berenang dan menggelunsor. Hafizi dan Miza kalau jumpa kolam memang suka teramat sangat , sampai berjam-jam pun sanggup diorang duduk berendam di dalam tu. Tak takut kecut ke nanti??

Sebelah petang selepas Zohor, acara sukaneka diadakan di pantai Morib , nasib baik banyak pokok di pantai tersebut ,so taklah panas sangat nak bersukaneka. Pasir di situ memang bersih dan putih.

Mama dan Hafizi menunggu giliran untuk menunjukkan bakat bersukan , tapi leceh la takda acara lari dalam guni , kalau ada sure kalah punya kalau join XD

Bersemangat betul diorang ni. 


Alamak...tetiba ada pulak seorang budak kecik dalam grop Hafizi ni , tipis ler peluang nak menang kalau macam ni.

Pantas dan Hebat!!!! harapan pada Hafizi jer sekarang ni...tapi akhirnya kumpulan Hafizi mendapat tempat ke 3 . OK lah tu dari kalah

Miza dan Mama masuk bertanding juga.tapi keputusannya kalah juga, aiiii bila la nak menang ni , kena tunggu Baba yang masuk sekejap lagi kot..

Mama dan Miza masih juga mencuba dalam acara yang lain....
Hasilnya ...tergolek jatuh di atas pasir...hehehe . 

Acara kesukaan Baba telah tiba, acara tu tidak lain dan tidak bukan adalah acara baling belon yang berisi air . Nampaknya seperti yang dijangka acara ini di menangi oleh Baba dan Mama dengan mudah sekali.

Antara ahli keluarga LKIM yang hadir .

Jam 8 malam, aktiviti makan malam dan penyampaian hadiah dimulakan .Acara cabutan bertuah juga telah di adakan. Tunggu punya tunggu akhirnya nombor bertuah Mama telah dipanggil dan dapat la hadiah barangan dari HP. Selesai makan kami terus balik ke Puncak Perdana kerana pada keesokkan harinya kami ada aktiviti di tempat lain ( sibuk bebenor ni)

Masa untuk Tenis

29/5/2016 - 6:00 petang

Hari ni memang hari paling sibuk buat kami sekeluarga , mana tidaknya baru sampai rumah sahaja Hafizi dan Miza mengajak bermain tenis pula. Diorang kata dah lama tak main tenis , lagipun tentu court tenis kosong hari ni sebab pada masa ni , pelajar UiTM tengah bercuti kan? ..katanya lagi. Untuk makluman , lokasi yang selalu kami bermain  adalah di UiTM Puncak Alam , Kampus Alam Bina . Di situ terdapat 2 court tenis yang baru dan persekitarannya yang segar dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah dan bersukan.

Apa lagi selesai solat Asar , Hafizi dah sibuk mencari reket tenis di dalam bilik . Tidak lupa juga dengan bola tenis dan air sejuk ..memang aktif betul dia ni. Nasib baik la ada 4 reket tenis , so semua boleh bermain sekaligus. Hafizi bermain menggunakan reket tenis berjenama Dunlop , manakala selebihnya adalah berjenama Wilson. 

Apabila semua peralatan sukan selesai di masukkan ke dalam bonet kereta , kami terus menuju ke UiTM Puncak Alam .Perjalanan dari UiTM Puncak Perdana ke UiTM Puncak Alam mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Suasana sunyi dan hening menemani kami apabila kami sampai di lokasi yang dituju memandangkan pada masa ini pelajar UiTM tengah bercuti.

Hafizi dan Miza tak sabar-sabar utk beraksi di gelanggang. "Baba..Mama..cepatlah pakai kasut sukan ni .adik tak sabar nak pukul bola ni"..katanya lagi

Wah hebat pukulan ni..Roger Federer tengok ni sure nangis

Miza dan Mama pun bermain juga sambil Baba menjadi jurulatih kepada mereka semua. Ok la petang-petang ni dapat juga keluarkan peluh... kan bagus untuk kesihatan.




Ace Central Mart

29/5/2016 - 3:00 petang

Aktiviti membeli belah barang dapur untuk masak makan malam bermula. Kami menuju ke Ace Central Mart, Saujana Utama. Kereta di parking dan list barang untuk dibeli pun dibawa sekali supaya membeli barang yang perlu saja. Elakkan membazir, beli barang yang perlu saja...jimat cermat amalan mulia.

Masak Pajeri Nenas best jugak malam ni. Nenas segar-segar dijual di sini ..rasa nak beli la pula , padahal sebelum ni menu dalam kepala nak masak lemak sayur pucuk manis.

Miza pula asyk sibuk memilih kurma, dia kata puasa dah nak hampir tiba, so must prepare early laaa utk beli buah kurma, katanya. Amalan makan buah kurma di bulan puasa adalah amalan mulia dan  digalakkan kepada umat Islam...perhhh berfalsafah pula my daughter.

"Baba..saya dahagalah..nak minum air...tapi tak tahu nak pilih yang mana satu..semua nampak sedap sedap belaka "

Hafizi pun sibuk menolong Baba mencari sayur utk masakan malam nanti 

Rajin lah anak-anak Babah nie...bagus lah... semua tolong angkat barang yang dibeli dan letak ke dalam kereta. 
lokasi: Pintu belakang Ace Central Mart 

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...