30 hb Julai 2014 ( 3 Syawal ) . Setelah semua keluarga telah ada di kampung , saatnya tiba utk upacara bermaaf-maafan , bersalam-salaman dan bergambar - 'gambaran' sesama keluarga. Pada masa inilah semua sanak saudara berpakaian baru dengan perbagai warna dan corak , maklumlah nak bergambar mestilah pakai baju yang comel-comel dan baru kan, takkan nak pakai jersey bola pulak? hehehe..
Diorang ni....orang sibuk nak memulakan upacara..tak abis-abis nak berselfie jer..hehehe...
Pandai gak mak-mak orang ni bergaya di depan kamera , ala-ala model kalendar gitu...tahun depan jangan lupa jadi model lagi yer..
Cucu cicit Tuan Haji Asrap sedang bergambar dengan meriahnya , Aan tgh buat apa pulak tu?
Nie dia keluarga besar kami di Kampung Parik Bengkok , Gersik . Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin , semoga panjang umur dan berjumpa lagi di tahun hadapan.
Hari Raya Ke 2
29 Julai 2014 ( 2 Syawal ) , Awal pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk pulang berhari raya ke kampung ( Parit Bengkok , Gersik , Johor ) . Selepas selesai mem 'packing' apa yang patut , kami pun mula bertolak dari Puncak Perdana lebih kurang jam 12 tghari. Kami singgah sebentar di Kampung Merbau Sempak untuk menyimpan kereta kami iaitu Honda CRV ( tahun ni kami balik ke kampung menaiki Perodua MYVI , disebabkan tayar Honda CRV kami tak berapa sesuai digunakan untuk perjalanan jarak jauh).
Perjalanan dari Shah Alam ke persimpangan KLIA melalui leburaya ELITE berjalan dengan lancar sekali , walaupun kenderaan banyak bertali arus tapi tahap kesesakan masih kurang, tetapi apabila mahu memasuki sahaja lebuhraya PLUS di Seremban , kesesakan di lebuhraya amat teruk sekali. Kami ingatkan kesesakan ini akan berkurangan setelah melepasi Tol Seremban atau Tol Senawang tetapi kesesakan ini berlanjutan sehingga ke Ayer Keroh , punya la seksa nya memandu dalam keadaan macam ini , rasa macam nak terbang jer...
Kami sampai di kampung Parit Bengkok dalam jam 4 petang, Ejam , Kak Ida dan Azah sekeluarga masih belum sampai lagi, so untuk tidak membuang masa, selepas solat Asar kami pun beraya juga di 'Darat' dengan beberapa keluarga yang dah ada. Sempat juga lah kami beraya dalam 2-3 rumah pada petang tersebut.
Kila nampak paling bergaya ari tu, duduk di tengah-tengah pulak tu..hehehhe
Ni dia pasangan paling romantik di hari raya kedua ni , berdua-duaan kesana kesini..huhuhu
Orang nak beraya dia ni asik tgk gajet jer....camno nak fokus raya camni??
Gadis-gadis comel berhari raya...seronok nampak diorang tu.
Sebelum balik pekena rambutan dulu, mmg lazat dan berkhasiat.
Apa yang ditengok tu? ada cicak lak kat tayar .."eeee geli la" kata Kila.
Selepas magrib , aktiviti raya kami diteruskan ke rumah makcik Tempe dan Wak Sukini. Ok la tu sempat juga beraya di hari raya kedua ini.

Hari Raya Pertama di Kampung Merbau Sempak
28 Julai 2014 ( 1 Syawal ) . Hari Raya pertama di sambut di kampung Merbau Sempak , Sungai Buloh , Selangor. Seperti biasa sanak saudara berkumpul bermaaf maafan dan bersalam salaman di hari yang mulia ini. Yang paling gembira tentulah budak-budak sebab mendapat duit raya , simpan elok elok tau, nanti boleh simpan di Tabung Haji.
Jieha sempat berdoa di pagi raya ... .Nanti Pak Long kasi duit raya lebih yer...
Anak , Menantu dan Cucu perempuan sempat bergambar bersama emak/nenek mereka..tapi baby perempuan satu lagi takda dalam gambar kerana tidur.
Miza dan Hafizi bergambar bersama Atuk dan Neneknya. Miza kena senyum sikit baru nampak comel...
Bergambar beramai-ramai di luar rumah sebelum menziarahi sanak saudara.
Inilah keluarga Moin bin Abdullah , semunya ceria tapi Jieha gak muka masam...lapar kot?
Berhari raya di rumah nenek , kelihatan mak dan abah sedang berbual dengan nenek.
Miza dipaksa oleh baba utk bergambar di belakang rumah. Comelkan !!

Shopping di saat akhir ramadhan
26 Julai 2014 , Misi kali ini adalah untuk mencari tudung , songkok , sampin dan bunga utk persiapan hari raya dan destinasi yang dituju sudah semestinya di Jalan TAR Kuala Lumpur . Walaupun jalanraya sesak dengan kenderaan bertali arus tetapi misi tetap akan diteruskan , dan akhirnya kami sampai juga di Jalan TAR dalam jam 10 malam.
Misi pertama adalah untuk mencari sampin Hafizi , kira murah la jugak ..sehelai dalam RM10 . Setelah berpuas hati dengan pemilihan warna dan corak sampin , kami pun membelinya dengan hati yang lega.
Misi seterusnya....mencari songkok Hafizi...
Berjaya juga...maklumlah di situ memang banyak gerai yang menjual songkok , saiz yang dipilih adalah 20 suku dan harganya setelah tawar menawar dapatlah dalam RM15 , kira ok la.
Seterusnya tudung Miza dan emaknya...
Berjaya lagi..mencari tudung selendang berwarna kelabu , harga berpatutan dan hati pun lega sebab misi telah berjaya dilaksanakan dengan pantas dan jimat ( ni paling penting hehehe )
La...Hafizi mahu beli kain tudung juga ka? ...atau mahu belajar jual beli kain tudung?
Misi terakhir adalah mencari bunga....
Setelah berjalan selama hampit 30 minit mencari gerai bunga , akhirnya kami berjaya ketemui jua. Mahal juga harga bunga tu, ada sekuntum dalam RM18 ...tapi ada juga yang harganya RM1 tapi kualiti dia terlalu "hampeh". Setelah perbincangan dilakukan selama beberapa minit akhirnya kami telah memutuskan utk membeli bunga dan juga bekasnya sekali , ini memudahkan bagi proses gubahan bunga. Setelah 15 minit akhirnya proses tersebut telah dilaksanakan dengan "comelnya" dan harganya lebih kurang RM150.
Selesai pembayaran , kami pun singgah sebentar di gerai minuman kerana Miza dan Hafizi terlalu dahaga. Dalam jam 12 30 malam kami pun balik ke rumah memakan masa selama 1 jam 30 minit disebabkan jalan di TAR KL terlalu sesak dengan kenderaan dan org.
Bye Bye ...tahun depan jumpa lagi....

Subscribe to:
Posts (Atom)
HP Bowling Tournament 2017
Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...
-
Tarikh : 13/7/2016 Kami bertolak ke KLIA 2 pada jam 9:30 pagi , perjalanan yang selesa kerana tiada kesesakan lalulintas di ELITE Highw...
-
Bangun seawal 4 pagi untuk sembahyang Subuh dan kemudian pn Isteri buat sarapan dan bekalan untuk makan tengahari. Hari ni buat sandwic...