Hari Raya Ketiga

30 hb Julai 2014 ( 3 Syawal ) . Setelah semua keluarga telah ada di kampung , saatnya tiba utk upacara bermaaf-maafan , bersalam-salaman dan bergambar - 'gambaran' sesama keluarga. Pada masa inilah semua sanak saudara berpakaian baru dengan perbagai warna dan corak , maklumlah nak bergambar mestilah pakai baju yang comel-comel dan baru kan, takkan nak pakai jersey bola pulak? hehehe..


Diorang ni....orang sibuk nak memulakan upacara..tak abis-abis nak berselfie jer..hehehe...

Pandai gak mak-mak orang ni bergaya di depan kamera , ala-ala model kalendar gitu...tahun depan jangan lupa jadi model lagi yer..
Cucu cicit Tuan Haji Asrap sedang bergambar dengan meriahnya , Aan tgh buat apa pulak tu?

Nie dia keluarga besar kami di Kampung Parik Bengkok , Gersik . Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin , semoga panjang umur dan berjumpa lagi di tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...