Raket Yonex Carbonex 21SP ku..

11 Jan 2014

Rata-rata orang berkata tiada guna mempunyai raket mahal jikalau tiada teknik/skil bermain badminton. Namun bagi diriku raket pula ibarat nyawa bagi setiap pemain badminton dan dunia aksi badminton tiada makna jika tali raket tetiba putus. Frust giler plus pening kepala, terus tiada mood nak bermain badminton. Itu lah yang terjadi kepadaku semalam di Dewan Badminton Alam Jaya, Puncak Alam.

Tali raketku putus di kala aku sedang rancak smash bulutangkis  ke arah musuhku. Terlalu kuat kot smash tue adalah agak-agak melebihi 300km sejam...hahahaha...terkilan, geram bercampur blurr Dengan ini, aku isytiharkan koleksi raketku yang telah terputus talinya berjumlah tiga (3) batang raket. 

Tak boleh dibiarkan berlarutan nie, mau atau tidak kena cari jugak kedai untuk pasang tali raket  tu. Kereta dipacu menuju Alam Jaya di Puncak Alam. Nasib baik ketika aku sampai di sana kedai Najman Sport masih lagi dibuka so dapatlah raket-raketku dipasang talinya.

Sampai aje di kedai aku nyatakan jenis tali raket dan berapakah ketegangan yang dikehendaki. Pembantu kedai memahami kehendakku dan segeraku tinggalkan raket-raketku untuk diikat talinya. Kebiasaannya tali raket diikat bermula dengan ketegangan (string tension) dari 18 lbs - 30 lbs atau mungkin lebih, bergantung pada kekuatan tangan dan kesesuaian dengan diri anda.

 Antara ciri-ciri tali iaitu :-
Soft Feeling
Medium Feeling
Hard Feeling

Inilah dia ketiga-tiga raket Yonex Carbonex 21SP yang telah dibuang talinya untuk dihantar ke kedai...harus dijaga dengan baik. Emmm mahal tau harga raket sekarang nie...mau harganya mencecah RM400 sebatang.

 Antara bulu tangkis yang ada dijual di kedai. Aku lebih menyukai jenis RSL Gold dan Silver kerana ianya tahan lasak dan harganya juga amat berpatutan.   Kalau nak beli jenama Yonex tak mampu la...RM beb

 Aduhai sempat gak puan isteri dan Hafizi  'window shopping'...macam tau-tau aje yang si abang berkenan dengan bulutangkis RSL Gold tu, nak belikan ker tu!

 Lihatlah raket-raket yang tergantung nie dan tengoklah harga RM tue...mahal kan? Apa-apa pun aku tetap dengan pilihan dari dulu hingga kini iaitu jenama YONEX. Bukan nak promosi tapi  sudah terbiasa dan selesa... 

Inilah kedai kelengkapan peralatan sukan yang ada di Alam Jaya, Puncak Alam. 
Harganya mahal sedikit jika nak dibandingkan di kedai peralatan sukan di  Pertama Kompleks KL tue namun disebabkan lokasinya berdekatan dengan rumah...singgah jer la.

Menara Condong Teluk Intan..

5 Jan 2014

Tengahari selepas pulang dari Lumut , anak anak sibuk pula hendak melihat menara condong Teluk Intan , so kami singgah sebentar di bandar tersebut. Memang agak condong jugak la , risau juga dan berharap jangan jadi macam Highland Tower udah la. rugi la nanti . Harap pihak berwajib dapat memelihara bangunan tersebut dengan lebih sempurna .

Fakta mengenai menara condong ini :

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali

Sumber Wikipedia



Sempat juga Hafizi bergambar kenangan di depan Menara Condong Pisa nie..opss Teluk Intan nie.

Mood Jalan-jalan ke Pantai Lumut

Sabtu, 4 Jan 2014

Tidak dijangka perjalanan kali ini tanpa dirancang sama sekali. Pada awalnya, kami cuma ronda-ronda tanpa tujuan sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan pemandangan di laluan lebuhraya LATAR. Kereta terus dipacu menuju ke Kuala Selangor, emmm macam best ajer tengok suasana perkampungan di sepanjang jalanraya. Bermacam-macam jualan produk hasil pertanian yang boleh dibeli di sepanjang bahu jalanraya seperti ubi kayu, keladi, air nira dan mentarang. Sudah beberapa kali ternampak mentarang dijual di tepi jalan, teringin juga nak membeli namun disebabkan tidak tahu nak dimasak apa dengan mentarang tu, so kita orang pun batalkan saja niat hendak membelinya. 

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah ke destinasi Lumut, macam tak caya aje jalan-jalan sampai ke Lumut ler pulak...huhuhu jauhnya jalan-jalan kali ini. Ada mood jalan-jalan  lagi rupanya, takper ler kira Jom...cuti-cuti Malaysia di awal tahun 2014.  Destinasi kali ini adalah LUMUT. 

Kami masih terkenang-kenang keindahan dan kedamaian di Pantai Lumut, Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Pantai Lumut. Apalagi kita orang teruja kegirangan hendak meneroka keindahan Pantai Lumut. Kami pun 'posing' di tempat-tempat yang cantik di sekitar kawasan pantai tu dan 'snapshot' guna handphone Samsung Galacy Note aje...huhuhu sedihnya...kita orang terlupa nak bawa kamera sebab perjalanan kali ini tidak dirancang tetapi menjelajah sampai ke Pantai Lumut. Apa yang pasti 'memang terbaek' ler pantai nie.

biar foto-fotoku yang berbicara
betapa indahnya...
betapa damainya suasana...
betapa asyiknya bayu di sana...
betapa gemersiknya alunan ombak berbicara...
seolah-olah pasir dan batu berkata-kata...
sayup-sayup kedengaran sang pokok menyapa...
hanya kau lah sumber inspirasi nyata. 


 Macam tau-tau aje nak pergi pantai...sempat jugak lah si Hafizi bersiap dengan baju mandinya yang ada tersimpan di dalam kereta. 

Ada pondok anjung tinjau bagi pengunjung pantai yang ingin menikmati kedamaian laut sambil menghirup udara nyaman. Kalau teringin nak posing di atas batu pun ok gak, ndak bergolek bah si batu tue...

 Si Hafizi cuba membina istana pasir namun kelengkapan tak dibawa bersama...pandai-pandai aje ler guna kretiviti tersendiri..ahakssss

Jom kita belajar berenang..
step 1...try dulu teknik berenang di tepian pantai
step 2...bila dah agak-agak mahir barulah terjun ke dalam pantai...berenang kita!


 Koleksi kerang-kerangan yang boleh dijumpai di sepanjang tepian pantai.

 agak-agak kukuh tak si batu nie?..ditolak-tolak...tak juga jatuh si batu nie...apa ler mama nie batu tu kan lagi besar daripada dia...siap fikir strategik lagi...ada hati pulak nak golekkan batu tu...aduhai mama buat lawak ler pulak.

 Miza sedang melayan perasaan di tepian pantai sambil duduk di atas batu...emmm tak takut dipukul ombak ler kunon.

 Aktiviti mencari koleksi kerang-kerangan telah bermula.

bagaimana rupa i...cantik tak? pasti tergoda dan terpesona dengan keindahanku ini...itulah aku si Pantai Lumut.

Laman oh Laman ku

4 Januari 2014,

Di kesempatan di pagi hari Sabtu,  kami tidak melepaskan untuk menghirup udara pagi sambil menjenguk ruangan laman yang telah lama ditinggalkan. Bukan apa, kami dok sibuk 'Jom...cuti-cuti Malaysia' dan balik kampung tempohari. Walaupun lamanku sekangkang kera keluasannya dan dok sibuk bekerja namun dapat juga kami serikan laman tu dengan sedikit pokok bunga, pokok ulam dan pokok herba. 

Aduhai daun-daun ros kekeringan dan jatuh berguguran sebab tidak disirami air selama seminggu. Sang Belalang dan geng-geng serangga juga telah bertandang menjamu selera dilamanku. Jaga-jaga kamu semua nanti kita orang cari racun serangga tau  dok halau 'u all'.  

Tertarik dengan info majalah Impiana Laman mengenai fakta menanam pokok di halaman rumah itulah yang menarik minat kami untuk menanam sedikit pokok di depan rumah...Infonya berbunyi begini 'Selain menjadi penapis kepada pencemaran dan memenuhi keperluan estetika, kehijauan juga mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti dan mencetuskan idea dan pemikiran kreatif kepada penghuninya'.

Tengok lah rumput yang Baba tanam nie...subur tak rumput nie? Saya suka kat rumput nie boleh dipijak-pijak macam karpet kan...
Mama cakap rumput nie namanya Rumput Bermuda dan ia tahan kepada kemarau dan cuaca yang panas terik. 

Inilah pokok ulam raja yang kita orang semai dan tumbuh dengan subur di lamanku. Hafizi  dengan spontan cakap kat Baba dia 'Baba jangan lupa tau nanti makan ulam raja nie,  dah banyak nie?' 

Adik! Tengoklah pokok bunga kemboja mama tu dah dijangkiti bakteria lah pulak...
**Peningler mama tu kan***. 
So terpaksalah mama dan Hafizi mencantas semua daun yang kena bakteria dan buang jauh-jauh bagi mengawal jangkitan bakteria supaya tidak merebak ke pokok lain. 

Sempat gak tu mama baca novel "Kasih Orang Terbuang' nukilan novelis Norhisham Mustaffa selepas penat membersihkan serba sedikit pokok-pokok rosak di laman.  

Info dari UPM mengenai fakta Sisa Tanaman Suburkan Pokok
  • Sisa tumbuhan seperti dedaun kering yang luruh atau rumput yang sudah dipotong perlu direndam terlebih dulu di dalam bekas takungan yang sesuai.
  • Tetapi, anda perlu pastikan sisa ini cukup kering takut nanti jiran kurang senang dengan baunya.
  • Paling baik, pilih bekas yang mempunyai penutup bagi mengelak pembiakan jejentik. Rendaman sisa tumbuhan ini perlu dilakukan selama satu hingga dua minggu, namun ia bergantung kepada berapa banyak sisa tumbuhan dan air yang dicampur.
  • Bila mana air rendaman sisa tumbuhan sudah sedia untuk digunakan, ia akan bertukar warna kekuningan atau sedikit coklat. Jika ini berlaku, anda boleh menggunakan air ini untuk disiram pada pokok bunga di laman anda.



HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...