4 Januari 2014,
Di kesempatan di pagi hari Sabtu, kami tidak melepaskan untuk menghirup udara pagi sambil menjenguk ruangan laman yang telah lama ditinggalkan. Bukan apa, kami dok sibuk 'Jom...cuti-cuti Malaysia' dan balik kampung tempohari. Walaupun lamanku sekangkang kera keluasannya dan dok sibuk bekerja namun dapat juga kami serikan laman tu dengan sedikit pokok bunga, pokok ulam dan pokok herba.
Aduhai daun-daun ros kekeringan dan jatuh berguguran sebab tidak disirami air selama seminggu. Sang Belalang dan geng-geng serangga juga telah bertandang menjamu selera dilamanku. Jaga-jaga kamu semua nanti kita orang cari racun serangga tau dok halau 'u all'.
Tertarik dengan info majalah Impiana Laman mengenai fakta menanam pokok di halaman rumah itulah yang menarik minat kami untuk menanam sedikit pokok di depan rumah...Infonya berbunyi begini 'Selain menjadi penapis kepada pencemaran dan memenuhi keperluan estetika, kehijauan juga mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti dan mencetuskan idea dan pemikiran kreatif kepada penghuninya'.
Tengok lah rumput yang Baba tanam nie...subur tak rumput nie? Saya suka kat rumput nie boleh dipijak-pijak macam karpet kan...
Mama cakap rumput nie namanya Rumput Bermuda dan ia tahan kepada kemarau dan cuaca yang panas terik.
Inilah pokok ulam raja yang kita orang semai dan tumbuh dengan subur di lamanku. Hafizi dengan spontan cakap kat Baba dia 'Baba jangan lupa tau nanti makan ulam raja nie, dah banyak nie?'
Adik! Tengoklah pokok bunga kemboja mama tu dah dijangkiti bakteria lah pulak...
**Peningler mama tu kan***.
So terpaksalah mama dan Hafizi mencantas semua daun yang kena bakteria dan buang jauh-jauh bagi mengawal jangkitan bakteria supaya tidak merebak ke pokok lain.
Sempat gak tu mama baca novel "Kasih Orang Terbuang' nukilan novelis Norhisham Mustaffa selepas penat membersihkan serba sedikit pokok-pokok rosak di laman.
Info dari UPM mengenai fakta Sisa Tanaman Suburkan Pokok
- Sisa tumbuhan seperti dedaun kering yang luruh atau rumput yang sudah dipotong perlu direndam terlebih dulu di dalam bekas takungan yang sesuai.
- Tetapi, anda perlu pastikan sisa ini cukup kering takut nanti jiran kurang senang dengan baunya.
- Paling baik, pilih bekas yang mempunyai penutup bagi mengelak pembiakan jejentik. Rendaman sisa tumbuhan ini perlu dilakukan selama satu hingga dua minggu, namun ia bergantung kepada berapa banyak sisa tumbuhan dan air yang dicampur.
- Bila mana air rendaman sisa tumbuhan sudah sedia untuk digunakan, ia akan bertukar warna kekuningan atau sedikit coklat. Jika ini berlaku, anda boleh menggunakan air ini untuk disiram pada pokok bunga di laman anda.
No comments:
Post a Comment